Chapter 20

292 40 1
                                    

Lia mengetap bibirnya. Dia berusaha setenang yang mungkin. Lia menarik nafasnya sedalam-dalam yang mungkin sebelum menghembuskannya.

" we can do it "-ujar Yeonjun perlahan

Lia dan Ryujin mengangguk yakin

" yes we can do it "-sahut Ryujin dan Lia sambil menggepalkan tangannya

Kumpulan Beomgyu terlihat sangat tenang dan itu membuat Lia kembali ketakutan. Takut akan kekalahan dan takut akan ejekan yang akan diterimanya jika sampai dia kalah nanti. Tidak dapat bayangkan jika itu terjadi.

Kini keenam-enam mereka sudah berada di hadapan kelas. Kumpulan beomgyu pada bahagian kanan kelas manakala kumpulan yeonjun pada bahagian kiri kelas. Kini mata semua murid kelas 2-1 tertumpu ke arah mereka berenam.

" okay, soalan tak banyak, cuma 5 soalan sahaja dan oh ye saya lupa nak bagitau, soalan yang akan ditanya hanya ada dalam bab gelombang sahaja ye "

Kata-kata Tc Kim menerima reaksi yang tidak biasa daripada kedua-dua kumpulan lawan. Mereka berenam terbeliak memandang Tc Kim. Mereka menatap Tc Kim dengan tatapan tidak percaya. Sembilan bab sudah dibelek satu persatu dengan begitu teliti, bab gelombang sahaja yang masuk? Kenapa realiti sungguh menyakitkan?

" sabar.. Sabar "-cetus ryujin perlahan sambil menggepalkan tangannya, ikutkan hati ingin sahaja dia memprotes, tetapi nanti.. dia juga yang akan menerima padahnya. Ah sudahlah, mari kita mulakan sahaja. Ketika kedua-dua kumpulan sudah betul-betul bersedia, lantas Tc Kim memulakan pertandingan kuiz tersebut.

" soalan pertama, apakah jenis gelombang bagi gelombang cahaya? "

Yeonjun dan Beomgyu mengangkat tangan serentak. Masing-masing memandang satu sama lain.

" sabar sabar..saya kira sampai 3 baru angkat tangan "

" 1....2...        3! "

Yeonjun dan Beomgyu mengangkat tangan masing-masing dengan sangat pantas. Namun majoriti murid di dalam kelas itu menuding jari ke arah Yeonjun. Beomgyu mendengus geram. Tanpa melengahkan masa, yeonjun terus menjawab..

" gelombang melintang teacher "

" alright betull satu point untuk team Archimedes "

Ryujin dan Lia tersenyum gembira sebaik sahaja Tc Kim berkata begitu.

" ok next question, berikan definisi gerakan gelombang "

Lia tersenyum lega mendengar soalan itu. Inilah peluangnya untuk menjawab soalan! Serta merta tangannya diangkat laju dengan sangat yakin. Oleh kerana tiada wakil dr kumpulan beomgyu yang mengangkat tangan, jadi Lia terus mengemukakan jawapannya.

" gerakan gelombang ialah getaran yang berulang-ulang dan berkala yang bergerak melalui satu medium serta memindahkan tenaga dari satu lokasi ke lokasi yang lain "-ujar Lia dengan sangat lancar

" wow nicee 1 point lagi utk team archimedes! "

Satu kelas memberi tepukan gemuruh kepada Lia diikuti Ryujin dan Yeonjun. Ryujin tersenyum bangga kepada Lia. Beomgyu dan 2 ahli kumpulannya yang lain nampaknya semakin geram.

2 soalan lagi diajukan dan kini mereka berada pada kedudukan yang seri. 2-2. Ah ini sangat menegangkan bagi para peserta mahupun para penonton. Sudah seperti pertandingan bola sepak rasmi yang melibatkan dua negara pula.

" last question, bila kita kaji fenomena berkaitan gelombang dengan menggunakan tangki riak, kita memerlukan suatu alat untuk memudahkan kita melihat gelombang yang terhasil di permukaan air. Berikan nama alat itu "

DANG. Dari sekian banyak soalan yang diajukan, baru kali ini keenam-enam dari mereka senyap tak bersuara. Masing-masing termenung sendiri. Badan kaku. Akal tersangkut, oh tidak, lebih tepatnya hilang. Hilang entah kemana secara tiba-tiba.

Namun dalam beberapa saat, Ryujin mengangkat tangannya dengan laju. Kini, kesemua anak mata tertumpu ke arahnya.

" s-s-se... Ah jap "

" aduhh time2 ni lah nak lupa ergh "-cetus hati ryujin geram

Melihat Ryujin yang tergagap-gagap, Beomgyu terus mengangkat tangannya.

" aduh aku dah ingat dah!! "-keluh hati Ryujin

Ryujin, Lia dan Yeonjun sudah mengeluh hampa. Hm, mungkin memang tiada peluang hendak menjadi wakil utama.

" stetoskop teacher! "-ujar beomgyu penuh yakin

Mendengar jawapan itu. Ryujin terus menoleh laju sebelum kembali bersemangat untuk mengangkat tangannya.

" salah beomgyu.. Ye ryujin? Apa jawapan awak "

" stroboskop teacher! "

" goodjob team archimedes! Awak bertiga akan jadi wakil utama sekolah untuk pertandingan roket air nanti! "-ujar Tc Kim sambil tersenyum

Beomgyu ternganga mendengar ucapan Tc Kim. Menggelegak hatinya.

" heh simpanan pun simpanan ah "-ujarnya pasrah

Satu kelas memberikan tepukan gemuruh pada kumpulan archimedes.

Sewaktu pulang sekolah.

" see? Kita menang "-ujar yeonjun

Lia dan Ryujin hanya tersenyum bangga.

Lia sudah mula terbayang-bayang wajah jodohnya pada hari wakil sekolah nanti.

" memandangkan kita dpt wakil sekolah.... Jom pergi bar !!!! Woooo!!!! "-ujar Lia penuh semangat

Ryujin dan Yeonjun yang tadinya tersenyum kini memandangnya tidak percaya

" w-what? "-tanya yeonjun tidak percaya

" apa kau cakap? "-tanya Ryujin pula meminta kepastian

" apa? "

" pergi bar? "

" eh aku cakap bar eh tadi? I mean pantai hehehehhehhe  "

" kau kan.. kau jgn macam macam eh, tibai satgi "

Lia hanya tersengih-sengih malu. Memang taklah melepak di bar. Umur sahaja belum cukup.

Mereka bertiga lantas memulakan langkah menuju ke pantai yang pernah dikunjungi mereka sebelum ini. Bau kenikmatan Iced chocolate sudah dapat dibayangkan oleh Ryujin. Sudah tiga hari dia tidak ke sana.

Di pinggir pantai

" yah, kita boleh celebrate birthday kau malam esk puas2! Aaaaaaa seronoknyaaaa "-ujar Lia gembira

" yes!! Korang pakai lawa-lawa au besok! Memang tak ramai yang ada tapi kita kene have fun! "-ujar ryujin pula

" aku? Lawa-lawa? "-potong yeonjun

" eh HAHHAHAAH hensem-hensem "

" ceh aku hensem la ni ? "

Ryujin memandang Yeonjun datar. Ah sudahlah, penat sungguh hendak melayan. Lia hanya mentertawakan Ryujin di sebelah. Ya Lia, itu memang sangat membantu.

To be continued

The DayWhere stories live. Discover now