Chapter 22

281 38 5
                                    

" err.. Tak tak ..amm t-time tu kau kan call tiba2 ha aku terkejut laaaa "-dalih ryujin

" ouhh I see "-ujar yeonjun sambil mengangguk-angguk

Soobin memandang ryujin. Lantas ryujin memberikan pandangan tajamnya kpd soobin.

----

Jam menunjukkan pukul 11.30 malam.

Ryujin melangkah masuk ke dalam biliknya dengan langkah lemah longlai sambil membawa beberapa kotak hadiah yang lumayan besar. Hm rasanya dia tidak mengundang terlalu banyak tetamu tadi, tetapi banyak pula hadiahnya. Penat sungguh rasanya, tetapi lumayan seronok! Hanya tinggal 30 minit sebelum tarikh lahirnya berganti tarikh esok hari.

" lawa la jugak "-kata-kata Yeonjun kembali berlegar di dalam ingatannya. Senyuman nipis terukir diwajahnya diikuti dengan ketawa kecil.

" goodnight ryujin, happy birthday "-ujar ryujin perlahan sebelum terlena dibuai mimpi.

Besok ialah hari Isnin, yang mana merupakan hari persekolahan. Jadi, mahu tidak mahu haruslah tidur lebih awal! Tiada pengecualian untuk birthday girl ya.

----

Pagi itu, Ryujin sangat bersemangat untuk ke sekolah.  Dia menggunakan perfume sakura yang dihadiahkan eommanya semasa majlis malam tadi. Aroma yang tidak terlalu kuat dan sangat menenangkan.

Dia mencapai beg sekolahnya sebelum segera melangkah ke pintu. Namun langkahnya terhenti secara tiba-tiba. Dia menoleh ke arah sebuah kotak hadiah yang diberi Yeonjun malam tadi.

" oh, aku tak bukak lagi! "

" tapi nnti nk cepat g sekolah tak feeling pulak bukak hadiah.. Hm tapi nk tau, tapi.. Ah bukak lepas balik sekolah nnti je ah "

Ryujin membuka pintu biliknya dan melangkah keluar.

Di meja makan semasa sarapan

" gembira nampak "-ucap Kai

" memang ahhh "-balas Ryujin sambil tersengih-sengih

" happy nak jumpa yeonjun ah tu "-usik kai lagi

Ryujin kini memandangnya tajam. Derita seorang kakak apabila mempunyai adik yang mulutnya sangat celupar.  Habislah jika eomma dan appanya percaya nanti.

" bila kenal dgn yeonjun tu? "-tanya appanya

Deg. Seram sejuk satu badannya.

" b-bulan lepas pa.. "-jawab Ryujin

" appa dh borak2 ngn family dia, so friendly, yeonjun pun nmpk baik, kalau dh ada jgn sorok2 "-usik appanya

Ryujin menoleh laju

" ani!!! "-responnya sambil menggeleng laju

" baru je kenal "-sambung ryujin

Eomma dan appanya tertawa kecil melihat respon ryujin.

----

Hari ini Ryujin dihantar ayahnya ke sekolah. Sudah lama dia tidak merasakannya. Semenjak menyambut hari lahirnya yang ke-17 semalam, dia menjadi semakin ceria dan boleh dikatakan hyper-active.

Sebaik sahaja memasuki pagar sekolah, Lia terlebih dahulu menyambutnya dihadapan dengan senyuman.

" asl? seronok semacam je "-tegur Lia

Ryujin memberikan senyuman janggal sebelum mengangkat kedua bahunya. Entahlah, dia sendiri tidak faham. Semangat untuk bertemu Yeonjun? Ya, dia berusaha menafikannya tetapi apa boleh buat? Itulah kenyataannya.

The DayWhere stories live. Discover now