Chapter 16

275 38 1
                                    

" janji, kalau kau betul-betul anggap aku kawan kau, jangan berahsia, ada problem, jangan pendam, okay? "-ujar Ryujin sambil tersenyum

Yeonjun hanya tersenyum sebelum berpaling semula ke arah kolam di hadapannya.

Beberapa hari kemudian,
Di kelas Fizik

" weh korang, esok teman beli brg utk birthday party "-ujar Ryujin sambil tersengih-sengih meminta simpati

Lia dan Yeonjun tidak mampu berbuat apa-apa. Akhirnya bersetuju menjadi satu-satunya pilihan.

Keesokan hari, di MegaMall

Ryujin rambang mata melihat barang-barang berwarna merah jambu yang cantik tersusun menghiasi setiap rak yang terdapat di dalam sebuah kedai di dalam mall itu.

" kau suka pink? "-tanya Yeonjun yang tiba-tiba

" A LOT "-jawab Ryujin sambil merenung barang-barang yang terdapat disitu dengan matanya yang membulat

Yeonjun hanya mengangguk faham. Dia kemudiannya beredar dari sisi Ryujin. Manakala Lia sibuk membelek-belek barang-barang yang terdapat di situ. Macamlah dia yang akan menyambut hari jadi.

Setelah penat termenung, akhirnya Ryujin membuka langkahnya menuju ke arah rak yang tersusun pelbagai motif belon.

" Lia!! "-panggil ryujin

Lia segera berlari menuju ke arah suara Ryujin yang baru sahaja memanggilnya tadi.

" wae? "-tanya Lia

" mana lagi lawa? "-tanya Ryujin sambil menunjukkan dua pilihan belon yang dilihatnya.

" this one "-jawab Lia sambil menuding jarinya ke arah belon berwarna pink muda yang mempunyai tulisan Happy Birthday berwarna hitam. Motif yang terdapat pada belon itu juga boleh tahan cantik. Sangat kena dengan tema parti hari jadi Ryujin nanti.

Tanpa membuang masa, Ryujin terus mengambilnya dan diletakkan di dalam troli belanja.

Setelah penat mencari barang, akhirnya mereka baru sedar yang Yeonjun tidak ada di situ. Haih sudahlah penat, Yeonjun pula menghilang.

Tetapi alangkah bersyukurnya mereka setelah melihat kelibat Yeonjun datang menghampiri mereka.

" pergi mana ? "-tanya lia sambil bercekak pinggang

" kedai buku "-jawab Yeonjun

Lia tercengang. Tidak bosan ke menghadap buku hari-hari? Cuba beli video game, pasti hidupnya akan lebih berwarna. Ini tidak, di sekolah baca buku, di luar baca buku, pergi shopping mall pun mau cari buku lagi? Oh no..Dia lebih sanggup berlari menaiki bukit dan menuruni bukit berulang kali daripada harus membaca buku. Itu sungguh membosankan.

Yeonjun hanya menjeling Lia yang memandangnya pelik. Baginya, buku itu adalah satu keperluan hidup, jika tiada buku, maka tiadalah hala tuju hidup. Ye memang, sekarang semua boleh diakses dan dicari dengan hanya menggunakan gajet, tapi bukankah buku yang memulakan semuanya? Berterima kasihlah pada pena dan kertas!

Jika dulu, sebelum wujudnya telefon pintar, manusia suka merujuk kepada buku. Setiap muka surat akan dibelek-belek sehingga memperolehi maklumat yang diperlukan. Buku itu panduan, tetapi tergantung kepada penulisnya juga. Namun pada zaman kini, usahkan membaca isinya, membaca kulitnya sahaja belum tentu ramai yang mahu.

" yeonjun "-panggil lia

" wae? "-tanya Yeonjun

" bawak la kitorang masuk bilik kau "-ujar Lia sambil menyilangkan kedua tangannya

" eh?! "-Yeonjun tersentak mendengar permintaan Lia. Sudah gila ke? Apa yang dia mahu buat di dalam bilik seorang lelaki yang belum dia kenal sepenuhnya?

" tak.. maksud aku lepak2 la adu "-sambung Lia yang menyedari perubahan reaksi wajah Yeonjun

Yeonjun mengangguk lega. Dia sudah terasa seperti maruahnya agak terancam tadi.

Ryujin hanya tergelak mendengar perbualan Lia dan Yeonjun. Lia pun satu, macam-macam karenahnya. Sudahla Ryujin ini mudah terhibur, jika tekaknya itu tidak tersambung dengan baik, sudah lama ia terlucut keluar kerana terlalu sering ketawa!

Semasa pulang dari mall, mereka singgah di rumah Ryujin terdahulu untuk meletakkan barang-barang yang baru dibelinya tadi. Setelah itu, baru mereka bertiga beredar ke rumah Yeonjun.

Lia berjalan laju dihadapan, manakala Yeonjun dan Ryujin ketinggalan di belakang. Mungkin Lia terlalu bersemangat untuk ke rumah Yeonjun, maklumlah, rumah besar bukan kepalang.

Sedang asyik berjalan kaki, tiba-tiba sebuah kereta meluru laju dari hadapan dan hampir melanggar sisi Ryujin yang sedang khusyuk bermain hpnya.

Serta merta tangannya ditarik laju oleh Yeonjun. Ryujin tersentak dan hpnya tercampak ke pinggir jalan. Kini mereka berdiri kaku dalam keadaan yang sangat rapat. Ya. Sangat. Rapat. Anak mata masing-masing tertumpu antara satu sama lain.

Ryujin terdiam seribu bahasa. Ah..ini lah salah satu keadaan yang seboleh-bolehnya dia tidak mahu hadapi. Sukar untuk dia beradaptasi dengannya. Sukar juga untuk dia berpura-pura bertindak seolah-olah tiada apa-apa yang mempengaruhinya setelah kejadian seperti itu. Apalagi...

" Don't ever love me. "

Seketika kata-kata Yeonjun terimbas kembali di dalam ingatannya. Lantas kedua bahu yeonjun ditolak agak kasar ke belakang.

" m-mian "-ujar Ryujin seraya memandang ke bawah

" eh asal mian? Er g-gwaenchanhayo? "-tanya Yeonjun

Ryujin mengangguk sebelum berkata " gomawo "

Yeonjun lega mendengar jawapan Ryujin, dia kemudiannya mengambil hp Ryujin yang tercampak di pinggir jalan. Ah untung sahaja hanya bahagian screenprotector yang tercalar.

Jujur, Ryujin masih trauma dengan kejadian tadi. Namun pada masa yang sama, dia juga masih janggal untuk berbual dengan Yeonjun.

Mereka kemudiannya meneruskan perjalanan untuk ke rumah Yeonjun.

Beberapa minit setelah berjalan pun, fikiran Ryujin masih dipenuhi dengan kejadian tadi.

" no... I-I can't "-kata-kata itu tercetus di hati Ryujin.

Di dalam bilik Yeonjun

" wah daebak, macam library do "-ujar Lia sebaik sahaja memasuki bilik Yeonjun

Bilik yang bertemakan galaxy itu menarik perhatian Lia dan Ryujin. Buku yang tersusun cantik di sudut bilik itu amat memukau pandangan.

Yeonjun meminta izin untuk ke dapur sebentar untuk menyiapkan air. Lia dan Ryujin hanya mengangguk faham.

Lia sibuk menerokai setiap sudut bilik Yeonjun. Segala barang dibelek-beleknya sehingga dia sendiri bosan merenung bilik Yeonjun. Dia kemudiannya mengambil tempat di sebelah Ryujin yang duduk berhampiran dengan katil Yeonjun. Keduanya duduk bersila di atas karpet yang sangat lembut bermotifkan galaxy.

" Ryujin "-panggil Lia

" hm? "-jawab Ryujin sambil menoleh ke arah Lia

" what's wrong? "-tanya Lia yang menyedari sikap Ryujin yang berubah

" a-aniya.. penat je jalan tadi "-jawabnya sambil tersenyum kecil sebelum kembali menunduk ke bawah

" Do you love him ? "-tanya Lia untuk kedua kalinya

Ryujin menoleh laju ke arah Lia. Dia terdiam sejenak menghadam semula soalan Lia. Sepatah kata pun tidak diucapkannya. Dia tidak tahu apa yang harus dijawab.

Ye pada hari ketika dia ditanya soalan sebegitu oleh lia, dia memang yakin dengan jawapannya, iaitu tidak. Jika sekarang, entahlah, adakah dia masih boleh yakin dengan jawapan tidak itu? Ah sudahlah..

Ketika otaknya ligat berfikir tentang jawapan yang tepat, tiba-tiba Yeonjun memasuki biliknya.

To be continued

The DayWhere stories live. Discover now