Chapter 11

338 43 6
                                    

Ryujin menatap Yeonjun yang masih kelihatan lemah.

" yah..Yeonjun-ah.. Cepat sembuh.. tak sesuai la budak coldhearted mcm kau sakit "-ujar ryujin mengusik Yeonjun

" ha betul2, lagipun kalau kau sakit lama2, kita takleh menang roket sama2, pstu takleh wakil sekolah, pastu aku tak dpt jumpa prince aku, pstu aku single lagi, kalau aku single, kau yang susah sebab setiap hari aku akan ungkit yang aku still single so cepat sikit sembuh pstu blablabla "-bebel lia panjang

Yeonjun hanya tersenyum setelah mendengar kata-kata mereka yang kelihatan mengejek namun dia tahu itu adalah sebuah kata semangat yang tidak mahu diungkapkan dengan cara yang menyedihkan.

Sesungguhnya dia belum mempunyai kekuatan untuk berbicara.

Beberapa minit kemudian, eomma yeonjun memasuki wad itu dengan wajah yang sangat cemas. Hati ibu mana yang tidak risau apabila mendengar khabar bahawa anak satu-satunya dimasukkan ke wad kecemasan di hospital secara tiba-tiba.

" Yeonjun? Wae?"-tanya eomma Yeonjun sambil menatap Yeonjun sayu

Yeonjun hanya menggeleng perlahan sambil tersenyum

Eomma Yeonjun mengangguk faham sambil menatap Yeonjun dengan hati yang terluka.

" er btw ni ke lia? "-tanyanya

" ha ye aunty saya lia "-jwb lia smbil mengukirkan senyuman lebar menampakkan giginya

" aaa I see "-sambungnya sambil tersenyum

" emm sorry tp boleh aunty minta ruang utk borak berdua dgn Yeonjun sekejap? " -ujar eomma Yeonjun

" eh sure boleh aunty tp doc pesan jgn ajak dia borak sangat  "-ujar Ryujin

" alright "-balas eomma Yeonjun

Ryujin dan Lia pun bergerak keluar dari wad tersebut dan menunggu di luar.

" kau rasa eomma yeonjun nak cakap apa sampai kita kene keluar? "-tanya ryujin musykil

" not sure tp mesti benda ni privacy gila "-jwb lia

" kan.. "

Ada sesuatu perkara yang timbul di fikiran Ryujin namun ianya tidak dapat digambarkan dengan kata-kata. Mungkin betul, mungkin juga salah. Tetapi.. siapa yang tahu bukan?

" termenung apa? "-tanya lia

" masa depan "-dalih Ryujin

Selang beberapa minit, Eomma Yeonjun keluar dari wad kecemasan.

" ryujin, lia, terima kasih sangat sangat dh tlong jaga yeonjun "

" eh takpe aunty tu la guna kawan "-jawab ryujin sambil tersengih-sengih malu

" weh stop, jijik do "-tegur lia perlahan

" biadap kau "-balas ryujin sambil menjeling lia

---

" oh aunty.. yeonjun mmg selalu mcm ni ke "-tanya ryujin memecah keheningan

" ah er..y-yeah..dia ada asthma biasa je "-jawab eomma Yeonjun

" inhalan? mcm mana? Saya tak pernah nampak dia bawak pun "-tanya ryujin lagi

" i-inhalan? A-ahh haah dia selalu tinggal dkt rumah "-jwb eomma yeonjun lagi

Ryujin hanya mengangguk faham. Namun sebenarnya dia mula mengesyaki sesuatu setelah Eomma Yeonjun tergagap-gagap ketika menjawab soalannya tadi. Apa yang cuba disembunyikannya?

The DayWhere stories live. Discover now