Chapter 25

272 37 3
                                    

Di luar wad

Ryujin masih mendiamkan sehingga eomma Yeonjun membuka bicara.

" ryujin, jeongmal gamsahamnida "

" eh? W-waeyo? "

" lepas ryujin balik semalam, yeonjun tiba-tiba bagitau aunty yang dia nak buat transplantasi jantung tu, aunty sure tu mesti sbb ryujin kan? "

Mendengar apa yang dikatakan eomma Yeonjun itu, Ryujin tersenyum kecil. Tidak dapat digambarkan betapa gembiranya hatinya sekarang.

" sekarang kita tinggal cari penderma yang sesuai "-ujar eomma yeonjun

Ryujin terdiam. Ouh, masalah masih belum selesai rupanya. Mencari penderma jantung bukanlah mudah, apalagi jika ingin mencari jantung yang sesuai.

---

Beberapa hari kemudian, di dalam wad Yeonjun

Yeonjun masih lagi belum dibenarkan keluar daripada hospital, doktor mengatakan bahawa keadaannya semakin memburuk sejak hari pertama dia dimasukkan ke hospital itu.

Sekarang dia sedang beristirahat, Ryujin dan Lia tetap setia menemani Yeonjun meskipun Yeonjun masih tidur sedari tadi.

" weh... dah berapa hari dah ni, kita tak jumpa lagi penderma yang sesuai "-ujar Ryujin

Lia termenung seketika. Sudah pelbagai cara telah mereka lakukan bagi menemukan penderma jantung yang sesuai buat Yeonjun. Ayah Lia merupakan seorang doktor, dia turut membantu Yeonjun dengan menghubungi beberapa rakan doktornya dari pelbagai hospital. Namun... ianya masih tidak membuahkan hasil. Masa juga semakin suntuk. Mungkinkah mereka sempat untuk menemukan jantung yang mahu didermakan dan yang sesuai buat Yeonjun ?

" forget it, seminggu lagi, dah tak banyak masa, korang dah cuba macam-macam, aku appreciate semua benda yang korang dh buat untuk aku, just let me go"-ujar Yeonjun tiba-tiba

" NO! "-tengking Lia dan Ryujin serentak

" stop cakap benda bodoh, time-time macamni kau kene guna otak bijak kau untuk cakap benda yang positive je "-ujar Lia geram

Yeonjun menyerah kalah, sebijak dan secerdas mana pun dia, jika berdebat dengan seorang perempuan, dia pasti akan tetap kalah. Jadi, diam adalah lebih baik.

Ryujin kemudiannya meminta izin untuk keluar dari wad itu untuk ke bawah sebentar. Dia ingin membeli snack untuk dia dan lia. Lia ingin mengikuti Ryujin namun dihalang, Ryujin menyuruhnya untuk menjaga Yeonjun sahaja.

Sebaik sahaja Ryujin keluar dari wad itu, Lia membuka bicara.

" Yeonjun "-panggil lia dengan nada yang perlahan

" ye? "-tanya Yeonjun

" kita kawan kan? "

" yup "

" then..jujur dengan aku "

" jujur apa? "

" kau suka ryujin? "

Yeonjun terdiam sebaik sahaja mendengar soalan Lia.

" nonsense "-jawab yeonjun singkat

" ye atau tak? "

" tak. Dah ah takde soalan lain ke "

Lia menjeling Yeonjun sinis. Jawapan yang diberikan Yeonjun agak mengejutkan. Tidak memuaskan. Sukar untuk dipercaya namun riak wajahnya tampak sangat serius.

The DayWhere stories live. Discover now