Chapter 27

272 36 7
                                    

" Yeonjun! Waeyo?! "-jerit ryujin

" panggil doctor!! "-ujar Ryujin

Lia kemudiannya segera berlari keluar untuk memanggil doctor. Beberapa minit kemudian, doctor peribadi yeonjun datang dengan tergesa-gesa bersama beberapa orang jururawat.

Ryujin dan Lia diminta untuk tunggu di luar sementara doctor menangani yeonjun.

Di luar wad

Ryujin duduk di kerusi yang disediakan di luar wad itu untuk menenangkan dirinya. Dia melepaskan tangisannya di situ. Lia yang merasa kasihan melihat ryujin mengusap-ngusap belakang Ryujin dan menyuruhnya untuk tenang.

" sokay ryujin, yeonjun mesti okay "-ujar Lia

Yeonjun sudah berlumuran darah seperti itu, bagaimana lagi Ryujin boleh berfikiran positif? Namun, Ryujin berusaha melawan fikiran negatifnya.

Ryujin mengangguk.

" aku turun kejap eh? Aku nak beli air untuk kita. Kau tunggu sini tau "-ujar lia

Ryujin mengangguk sekali lagi.

Sebaik sahaja Lia hilang dari pandangannya, dia melepaskan smeula tangisannya. Dia menutup mukanya kerana malu. Ryujin seboleh-bolehnya tidak mahu nangis. Kerana itu bukanlah dirinya. Dia tidak mahu menjadi orang yang dipandang lemah. Kerana pada umumnya, perempuan selalu dianggap lemah kerana sering menangis. Dan dia sangat membenci tanggapan orang yang suka berfikiran negatif terhadap perempuan.

Tiba-tiba tangisan Ryujin terhenti seketika setelah disapa seseorang.

" nah "

Beomgyu menghulurkan sapu tangannya kepada Ryujin.

Ryujin berpaling ke tempat lain. Dia malu jika orang melihatnya menangis. Baginya, dia akan terlihat sangat hodoh.

" ani-ani.. gwaenchanha "-ujar Ryujin menolak pemberian beomgyu

" takpe ambik je, tkyah bg balik "

Ryujin kemudiannya menerima sapu tangan itu dan menutup mukanya kembali.

" stop nangis "-ujar beomgyu

" suka hati la, kau siapa "-balas ryujin

" aku bf kau "

" oh.. ye.. "-detik hati ryujin

Dia terlupa bahawa sekarang beomgyu telah rasmi menjadi namchinnya. Malang sungguh nasibnya.

" tau cipanzi? "-tanya beomgyu tiba-tiba

Ryujin mengangguk tanpa menoleh ke arah beomgyu yang sedang duduk di sebelah.

" kalau kau menangis muka kau mcmtu "

" YAHHH!!! "-jerit Ryujin sedaya upaya menahan gelak

" haa senyum mcmtu kan senang "

Ryujin tertawa kecil. Hmm, tanggapannya terhadap beomgyu rupanya salah. Dia tidaklah sejahat mana.

Eh, tunggu. Dia mengambil kesempatan dalam kesempitan. Jadi dia jahat.

" yah.. kau suka yeonjun eh "-tanya beomgyu memecah keheningan

Ryujin menoleh laju.

" ani!! "-jawabnya

Tidak mungkin jika Ryujin memberitahu Beomgyu. Bagaimana kalau dia membocorkan rahsianya. Itu akan lebih bahaya! Silap hari bulan, satu kelas dapat tahu! Bahkan, satu sekolah! Fuh jangan sampai itu terjadi.

The DayWhere stories live. Discover now