Chapter 15

291 36 0
                                    

" petang nanti kt taman mcm biasa? "-tanya Ryujin sambil tersengih-sengih

" nae "-balas yeonjun berserta senyuman

Petang, di taman

" Hari ni nak study apa? "-tanya Yeonjun

" hmm, aku low bab kimia tau, ajar la hehe "-balas Ryujin

Yeonjun hanya mengangguk bersetuju, buku rujukan kimia yang selalu dibawanya dikeluarkan dr dalam beg dan diletakkan di atas meja. Tebal bukan main, mengalahkan buku teks bahasa koreanya dikali 3.

Mata Ryujin terbeliak melihat buku itu.

" j-jinja?! Kau khatam habis satu buku ni? "-tanya Ryujin sambil membelek2 buku kimia yang berat itu

" ani, aku baca mana yang aku suka je "-jawab Yeonjun selamba

Sesi pembelajaran mereka dimulakan dengan begitu lancar dan semangat. Ryujin yang gemar mempelajari sesuatu yang baharu, dan Yeonjun yang sepertinya sudah tahu segalanya. Memang lengkap!

Sebaik sahaja sesi pembelajaran bersama Mentor Yeonjun tamat, Ryujin segera mengeluarkan isi hatinya yang sebenar.

" Y-yeonjun.."-panggilnya dengan nada agak ketakutan

" wae? "-tanya yeonjun

" er..erm "

Yeonjun menatap Ryujin sambil mendagu di atas meja. Memang semua perempuan macam ni ke? Bila memanggil sahaja semangat, apabila tiba masa untuk memberitahu, terus huruf E dan R sahaja yang dia kenal.

" waeyo? "-tanya Yeonjun lagi

" 17 april "

" hm? "

" 17 april birthday aku jemputla dtg dgn family kau gamsahamnida "-sambung Ryujin laju bukan main dan menundukkan kepalanya

Yeonjun yang mendengarkan pernyataan itu terus ketawa sejadi-jadinya.

" yah! Kau nak invite aku pergi birthday party kau je, kau takut apa ha "-tanya Yeonjun

" ehehehe "

Malu sungguh rasanya.

Tiba-tiba Yeonjun menyedari ada sesuatu yang hinggap di tangannya.

" eh? "

Tanpa disangka-sangka, hujan mula turun dengan lebatnya dan membasahi Ryujin dan Yeonjun yang sedang duduk di bawah pokok sakura di taman itu.

Untung sahaja mereka sudah mengemas segala buku lebih awal.

" MWOYAAAAA!!! "-jerit Ryujin sebelum tangannya ditarik oleh Yeonjun.

Yeonjun dan Ryujin berlari sekuat hati meredah hujan.

" gwaenchanhayo?!! "-tanya Yeonjun dalam nada tinggi dek kerana bunyi hujan yang begitu lebat.

" gwaenchanha!! "-balas Ryujin

Oleh kerana rumah Yeonjun lebih dekat dari taman itu. Maka Ryujin terpaksa mengikuti Yeonjun untuk berteduh di rumahnya.

Di rumah Yeonjun

Yeonjun dan Ryujin tercungap-cungap sebaik sahaja tiba di hadapan pintu rumah itu.

" kau stay kt rumah aku dulu, nanti aku suruh mak aku call mak kau okay? "-ujar Yeonjun sambil mengacak-acak rambutnya yang basah.

Ryujin hanya mengangguk kesejukan. Eomma Yeonjun yang baru keluar segera mempelawa Ryujin untuk masuk ke dalam dan mengganti bajunya yang basah.

6p.m.

The DayWhere stories live. Discover now