Chapter 30

577 56 20
                                    

Seminggu setelah itu, Ryujin sudah mula beradaptasi dengan keadaannya.

Yang paling mengagumkan, perasaannya terhadap Yeonjun semakin hilang ditelan waktu. Well, hidup perlu terus berjalan.

Tetapi sangat memalukan juga apabila diingat semula kejadian itu. Namun, berkat bantuan beomgyu, Ryujin kini sudah dapat menghilangkan perasaannya terhadap Yeonjun.

---

Setelah penantian yang lama, akhirnya tiba masanya untuk kumpulan yeonjun dan beomgyu mewakili sekolah dalam pertandingan roket air.

Jam kini menunjukkan pukul 8.30 pagi, kumpulan yeonjun dan kumpulan beomgyu masing-masing sudah tiba di gangnam highschool bersama guru pembimbing mereka iaitu Tc Kim.

Beomgyu sedar tadi tidak senang duduk, dia asyik bermundar mandir di hadapan pelajar-pelajar lain.

" yah, aku yg nak bertanding, asal kau yang nervous "-tanya yeonjun

" shh.. aku takut "-balas beomgyu

Manakala Lia, dia ligat melirik ke kanan dan ke kirinya seperti sedang mencari seseorang.

" cari siapa? Khusyuk betul "-tanya Ryujin

" jodoh aku la "-ujar Lia penuh yakin

" ngeh..bangun weh bangun..dah pkul 8 lebihh..lagipun "-ujar Ryujin

" lagipun? "

" kau ada jodoh ke? "-perli ryujin

Lia memandang Ryujin datar. Auch, tajamnya kata-kata itu. Terlalu menyakitkan. Sangat tidak sopan ya.

Ryujin tertawa melihat reaksi Lia. Kasihan pula si Lia kerana sering dibuli.

---

Sebaik sahaja pertandingan roket air selesai, Kumpulan Yeonjun dan Beomgyu duduk di pinggir padang sekolah itu. Mereka sedang menanti waktu untuk pentadbir mengumumkan nama sekolah pemenang.

Jantung masing-masing kini berdegup dengan lebih kencang. Mereka sudah berusaha sehabis mungkin untuk memenangi pertandingan ini. Sekolah mereka selalu memperolehi tempat pertama pada setiap tahun, jangan sampai mereka merudumkan rekod kejuaraan sekolah mereka pada tahun ini.

Pemenang tempat keempat dan tempat ketiga telah diumumkan. Degupan jantung mereka semakin laju. Namun tiba-tiba datang seorang pelajar dari sekolah lain yang mengenakan suit berwarna merah. Dia menghampiri yeonjun.

" sekolah korang johan "-ujar pelajar itu

" srs ah?! Eh jap.... yeye je kau "-ujar Lia geram

" tah "-ujar ryujin

Masing-masing memandang pelajar itu datar. Datang-datang entah dari planet mana, tegur pun tidak, kenal pun tidak, tiba-tiba mengatakan mereka sebagai pemenang. Dia fikir dia juri?

" johan jatuh kepada...... sakura high school!! "-ujar pentadbir di atas pentas yang dibina di hujung tengah padang sekolah itu.

Mereka dihujani tepukan gemuruh oleh pelajar-pelajar dari sekolah lain yang turut menyertai pertandingan itu.

" eh? Ye do sekolah kita menang "-ujar ryujin teruja

" WEHH SRS AH "-ujar lia pula

" heh, kita pro "-bangga yeonjun

Mereka berenam kemudiannya bangun dengan muka yang penuh kejutan.

" YEAYYYYY!!!! "-jerit Ryujin dan Lia terloncat-loncat.

The DayWhere stories live. Discover now