Chapter 18

290 40 4
                                    

" asal..gempak an nama perempuan mark dgn felix "-ujar Yeonjun penuh yakin

Ryujin hanya ternganga mendengar kata-kata Yeonjun. Okaylah, lepasni jika dia membela kucing jantan, dia ingin menamakannya Rokiah. Comel bukan? Heh.

Petang Ryujin dihabiskan dengan bermain arnab di rumah Yeonjun. Untunglah tuan rumah baik.

----

Beberapa hari pun berlalu dengan sangat pantas, kini merupakan malam terakhir sebelum pertandingan roket diadakan. Ahh walaupun cuma bertanding lawan rakan sekelas, tetapi ia tetap mendebarkan!

Ryujin membuka hpnya dan menghantar mesej kepada Lia.

" yah.. aku takut do "

" sama lahhh! "-balas lia

Keesokan hari di sekolah

Kesemua murid kelas 2-1 telah berada di padang bola sepak sekolah mereka dengan roket kumpulan masing-masing. Boleh tahan luas juga padang sekolah mereka.

Ryujin dan Lia hanya berdiri tegak memandang roket kumpulan lain.

" ah shoot kenapa roket diorang lawa-lawa "-ujar Ryujin perlahan

" haah lah, aku tak expect pun "-balas Lia

Perasaan gementar di dalam diri mereka semakin bertambah. Mahu sahaja mereka berpura-pura demam dan tarik diri sekarang juga.

" relax, lawa tak penting "-ujar Yeonjun penuh tenang sambil menyilangkan tangannya dan fokus memandang ke arah tengah padang

Ryujin dan Lia hanya kagum dengan reaksi yang diberikan Yeonjun. Bagaimana dia boleh setenang itu?

" macam mana kalau roket kita tak terbang? "-tanya Lia

" mesti terbang. "-jwb yeonjun ringkas

" ok mcm mana kalau tak turun dgn elok "-tanya ryujin pula

" mesti elok. "-jwb yeonjun lagi

" macam mana kalau tak turun?! "-soalan Lia membuat Yeonjun dan Ryujin terdiam dan memandangnya serentak dengan mata terbeliak bukan main

" what?! Mcm mana kau boleh terfkir mcmtu? "-ujar yeonjun sambil mengangkat sebelah keningnya. Pemikiran yang sangat di luar kotak. Malah jauh dari kotak.

" mana tau "-balas Lia

" ha betul-betul "-sokong Ryujin

" nonsense "-balas Yeonjun ringkas

Ryujin dan Lia kembali terdiam. Tidak apalah, mungkin mereka sahaja yang terlalu berfikiran negatif.

" okay murid2 sila berkumpul di hadapan cikgu ikut barisan kumpulan masing-masing "-ujar Tc Kim dr tengah padang

Seluruh murid kelas 2-1 berlari anak membawa roket kumpulan masing-masing dan berbaris di hadapan Tc Kim. Manakala Ryujin dan Lia berjalan dengan perlahan sambil mengenggam tangan satu sama lain. Tangan mereka yang sebelah dimasukkan ke dalam poket coat berwarna biru khas yang dipakai mereka setiap kali pada musim bunga.

" tch..dhla jgn takut "-ujar Yeonjun yang pasrah dgn Ryujin dan Lia.

" okay first of all, ketua kumpulan sila isi air pada roket masing-masing ye, kalau tk macam mana nak terbang "-pesan tc kim

Yeonjun, Lia dan Ryujin memandang satu sama lain.

" sapa menang dia pergi isi air "-ujar Ryujin

Yeonjun dan Lia mengangguk setuju.

" gawi bawi bo! "

" ahh.. "-keluh Yeonjun kerana dia terpaksa pergi mengisi air pada roket setelah memenangi hand games itu

Ryujin dan Lia bersorak gembira. Maka Yeonjun pergi ke tempat mengisi air dengan langkah yang terpaksa. Nasib nasib.

Selesai mengisi air.

" Okay murid-murid, kejap lagi, satu demi satu kumpulan dtg ke depan utk launch roket masing2 okay? Tiga-tiga kene pergi depan, sorang jaga roket, sorang jaga tmpat launch, sorang press benda alah untuk launch tu "-ujar Tc Kim

Satu kelas mereka hanya mengangguk faham sebelum menjawab " baik teacher !! "

Di antara mereka, ada yang kelihatan gementar, ada yang kelihatan tenang, dan ada juga yang kelihatan bersemangat. Salah satu murid yang nampak bersemangat ialah..

Beomgyu.

----

Beomgyu berjalan menghampiri Lia.

" nervous ke? Heh loser "-ujar beomgyu sengaja memanas-manaskan hati Lia

Lia memandangnya tajam. Mahu sahaja ditumbuk-tumbuk muka beomgyu yang tidak sedar diri itu.

" tngok jela nanti. Heh "-balas Lia geram

Beomgyu berlalu dari pandangan mereka bertiga.

" okay, dijemput kumpulan...eh jap kumpulan apa ni? Sk.. sks.. skskskksks? What?! Apekebenda punya nama ni! Spesies terancam ke?!  "-jerit tc kim geram

" ergh abaikan dijemput ketua kumpulan.. beomgyu "

Seluruh murid kelas 2-1 kecuali ahli kumpulan beomgyu ketawa dengan sangat kuat di tengah padang  setelah mendengar nama ketua kumpulan itu.

" patutlah pelik! Budak autisme tu rupanya HAHHAHAH "-jerit Lia mengherdik beomgyu

Beomgyu hanya menjelingnya sinis.

Roket beomgyu terbang dengan sangat lancar dan mendarat dengan sangat baik. Tc Kim memuji roket kumpulan Beomgyu. Itu membuatkan hati Lia menggelegak.

Beomgyu sekali lagi menghampiri Lia. Tidak lain tidak bukan hanya untuk memanaskan hatinya.

" dgr apa tc cakap? Bagus kumpulan beomgyu, roket terbang dgn sangat seimbang, welldone "-ujar Beomgyu sengaja mengulang kata-kata pujian dr tc kim tadi.

Mendengar kata-kata beomgyu, membuat hati lia semakin panas dan

* bugh *

Satu tendangan kuat setaraf tendangan pemain bola sepak yang terkenal Christiano Ronaldo mendarat di kaki Beomgyu.

" ARGHH!!! Sakit la gila! "-jerit beomgyu sambil menggosok-gosok kakinya yang sakit

Yeonjun hanya berusaha menahan gelak manakala Ryujin sudah melepaskan ketawanya dengan sangat terang-terangan kerana tidak mampu mengawalnya. Padan muka si beomgyu. Itulah, lain kali jangan mencari masalah dengan perempuan.

Setelah beberapa kumpulan dipanggil untuk melancarkan roket mereka, kini tiba masanya untuk kumpulan Yeonjun yang dipanggil.

" sekarang turn kumpulan.. archimedes! Wah bagus nama kumpulan "-ujar Tc Kim memuji kumpulan Yeonjun

Sebaik sahaja mendengar pujian itu, lia yang tadinya berjalan kehadapan kini dengan pantas menoleh ke arah beomgyu dan melibas-libat rambutnya gaya diva, tidak lupa juga dia mengangkat-angkat keningnya berulang kali. Beomgyu menjeling lia dgn geram.

Oleh kerana Yeonjun lelaki, dia mewakili dirinya di tempat menekan gas, lia menjaga bacaan tekanan, dan Ryujin menekan button untuk melancarkan roket.

Sebaik sahaja tc kim memberi isyarat thumbs up kepada Yeonjun. Yeonjun dengan spenuh tenaga menekan pam gas itu dan Lia khusyuk memperhati bacaan tekanan. Ryujin sudah bersedia untuk menekan button.

Setelah mencapai tekanan yang dikehendaki, Ryujin menekan button dan..

DANG.

Roket mereka tidak naik.

To be continue..

The DayWhere stories live. Discover now