Chapter 23

268 39 3
                                    

" ye cik "

" b-boleh saya tahu hospital mana? "

Pengawal keselamatan rumah yeonjun itu kemudiannya memberitahu detail hospital yang dimasuki Yeonjun.

Tanpa melengahkan masa, Ryujin segera menuju ke arah hospital yang ditempatkan Yeonjun. Tanpa dia sangka, hujan mula turun dengan lebatnya diikuti dengan angin yang agak kuat. Dia terpaksa menahan rintangan angin yang hampir menerbangkan payungnya.

Sesungguhnya di dalam fikirannya sekarang hanyalah yeonjun. Bagaimana keadaan Yeonjun sekarang? Persoalan itu berlegar di kepala Ryujin. Langkah demi langkah semakin dipercepat oleh Ryujin. Dia berlari dengan sekuat hati tanpa menghiraukan hujan yang semakin lebat. Kasutnya sudah hampir penuh dengan air, namun dia masih tidak menghiraukannya.

Beberapa minit kemudian, dia tidak mampu lagi menahan payungnya. Tanpa berfikir panjang dia melepaskan payungnya dan terus berlari.

---

Setibanya Ryujin di hospital yang diberitahu pengawal tadi, dia berhenti seketika sebelum segera menuju ke arah kaunter pertanyaan.

Orang-orang di sekeliling Ryujin melihatnya dengan pandangan aneh kerana dia sudah basah kuyup. Ryujin hanya mengendahkan mereka. Jika kita terus peduli tentang pandangan orang terhadap kita, itu sama sahaja seperti kita menumpang di hidupan mereka. Berdirilah di kaki sendiri, dan jadilah diri sendiri.

" annyeonghaseyo, boleh saya tau pesakit atas nama yeonjun dkt wad mana? "-tanya Ryujin kepada penjaga kaunter itu

Setelah mengetahui bilik wad yang ditempati yeonjun, Ryujin bergegas ke sana.

-----

Setibanya Ryujin di wad yang ditempati Yeonjun, dia merenung ke arah tingkap wad itu. Dia menatap Yeonjun dengan hampa. Air matanya mula mengalir deras.

Sakit.

Itu yang dia rasakan.

" yeonjun waeyo? "-detik hatinya

Yeonjun terbaring lemah sendirian dengan beberapa alat bantuan pernafasan.

Dengan perlahan-lahan, tangannya membuka pintu bilik wad tersebut. Setelah memasuki bilik itu Ryujin kembali menutupnya.

Wadnya sangat sunyi, ditemani bunyi mesin jangka hayat yang berada di sebelah Yeonjun. Yeonjun nampaknya sedang tidur dengan sangat lena. Atau mungkin dia masih belum sedar sejak pagi tadi?

Ryujin berusaha menahan air matanya daripada terus mengalir, jangan sampai Yeonjun melihat dia menangis. Namun dia tidak mampu, dia tak mampu melihat seseorang yang bergelak tawa dengannya malam tadi, terpaksa menanggung kesakitan seorang diri sekarang.

Ryujin menggenggam tangan Yeonjun dan melepaskan tangisannya. Dia rasa seperti orang bodoh kerana menangis seorang diri, namun itu bukanlah kehendaknya.

Selang beberapa minit, setelah kesedihan ryujin sudah mula reda. Dia teringat akan kotak hadiah Yeonjun yang diterimanya malam tadi.

Dia mengeluarkan kotak itu dari dalam begnya. Dia merenungnya beberapa saat sebelum membukanya. Ryujin terkejut diikuti rasa terharu. Manga-manga yang tersusun rapi diikati reben berwarna pink itu membuatnya tersenyum kecil.

Tiba-tiba matanya tertumpu pada sekeping kad yang dilipat dan diselitkan di dalam kotak itu.

Ryujin membuka lipatan kad itu dan mula membaca setiap perkataan yang tertulis satu per satu.

" Annyeong! Holla! Ohayo! Hehe..Happy Birthday! Aku tak pandai reka ayat sangat, but takpe aku usaha, first of all, thankyou sebab jadi kawan aku, actually aku pun pelik, why kau nak berkawan dgn introvert macam aku? I thought kau ada niat lain, rupanya aku salah.. Lol, sorry aku pernah negative thinking psl kau. Kau dah 17 sekarang, tinggal setahun lebih lagi kau nak graduate, aku harap kau terus semangat kejar cita-cita kau, aku tak tau kau nak jadi apa but trust me, aku selalu support kau okay? Sorry kalau aku pernah buat kau sakit hati, aku sayang kau, as my friend, always "

The DayWhere stories live. Discover now