[ 010 ]

52 18 3
                                    

             
                        

           |♬ATEEZ  - WAVE |

                •••••••••••••••••••

Selesai membeli belah mereka berdua singgah makan tengah hari di restoran yang bertaraf lima bintang dekat dalam shopping mall, orang macam jieun memang suka pergi tempat yang mahal-mahal . Mereka mengambil tempat disebelah cermin tingkap lut sinar  , suasana luar dapat dilihat dari dalam  .

"Ahhh mana pelayan ni? "Anak mata jieun melilau mencari bayangan pelayan  .

"Uh-ya.. Pelayan "jieun melambai tangannya memanggil si pelayan yang baru keluar daripada dapur  .

Pelayan itu berjalan menghampiri meja mereka dengan membawa buku order dan buku kecil untuk ditulis senarai pesanan pelanggan  .

"Ya  , cik muda nak pesan apa? "Soal pelayan lelaki yang berpakaian kemas sambil tangannya memegang pen sedia untuk menulis pesanan  .

Jieun membelek kesemua senarai makanan yang terpapar di dalam buku pesanan itu  . "Seonghwa sshi awak nak order apa? Saya akan belanja , awak jangan risau "teliti sahaja jieun melihat buku order  , wajah seonghwa dia tidak pandang.

"Saya makan apa-apa sahaja  , saya tak kisah .."balas seonghwa  .

"Okey 2 chicken chop dan fresh orange "pesan jieun  , dia selesai melihat buka order  .

"Okey  , makanan akan sampai dalam masa 5 or 7 minit  , so saya harap cik sila tunggu ya "katanya sebelum menapak pergi dari situ  .

"Oh okey "balas jieun sambil tersenyum nipis di hadapan pelayan lelaki itu  , bukan nak mengorat eh  .

Huhuu—

Pelayan lelaki tadi mulai menghilang daripada pandangan mereka berdua. Suasana sunyi sahaja di antara mereka berdua  , tak tahu apa yang mahu dibualkan  . Masing-masing sibuk dengan hal lain  .

"Seonghwa sshi—"panggil jieun tiba-tiba  , seonghwa yang duduk dihadapannya mula menongkat dagu memandang wajah majikannya  .

"—terima kasih sebab teman saya untuk hari ni"ucap jieun sambil tangannya sibuk bermain dengan tisu yang berada disitu  .

"Ahhh tak mengapa agasshi.. "Seonghwa ketawa hambar  , tak pernah pula dia dengar jieun ucap terima kasih dekat dia , rasa pelik pula  . Dan dia pun pelik dengan perangai jieun  , yang pagi tadi ice cold tiba-tiba jadi pelembut pula  . Takkan dia dah tak marah pasal kejadian semalam  .

"Ahhh ini kali pertama saya berterima kasih dekat orang.. "Jieun menunduk wajahnya ke bawah  . Tak sanggup nak bertentangan mata dengan seonghwa  .

"Rasa kekok pula "seonghwa tersenyum hambar  . Masing-masing berdiam diri semula  .

Tidak lama menunggu  , makanan yang dipesan oleh mereka pun sampai  . "Selamat menjamu selera "pelayan itu menghidangkan makanan dan air di atas meja mereka  .

"Oh ya "balas seonghwa ramah  , pelayan lelaki itu mempamitkan dirinya  .

"Jemput makan agasshi "kata seonghwa sambil memegang garfu dan pisau  .

                    •••••••••••

Selesai menikmati makan tengah hari  , mereka pun mengambil keputusan untuk balik ke rumah semula. 

【C】 Star :: Voices |I아이유[feat.성화]Where stories live. Discover now