[ 025 ]

47 17 0
                                    


          |♬ OST-FOR YOU |

                •••••••••••••••••

"Tahniah yeosang dan in ah ,  berkeluarga sudah korang berdua ni.."Ucap kawan-kawannya yang lain  , senang cakap ateez yer  . By the way majlis ni tak adalah besar-besaran sangat  , just yang hadir itu cuma kawan-kawan yeosang dan keluarga, saudara macam-macam lah  . Malas pula nak explain panjang-panjang.

Mereka semua menepuk tangan , bergema sudah dewan tu  .

"Okey pengantin boleh campak bunga dekat tetamu-tetamu yang bertuah dapat menyambut"kata pengacara majlis tersebut  .

Dengan itu  , semua tetamu-tetamu yang terasa diri dia single mula berdiri dan bersedia untuk sambut sejambak bunga yang bakal dilemparkan oleh pasangan pengantin itu  .  Pftt—apa yang aku merepek ni  , hope korang tahulah apa yang aku nak cakapkan ni...sejujurnya aku tak pandai bab macam ni.. Huhuuu.. Sendu—

"Wei sang campak dekat aku ha  , aku nak kahwin cepat ni"jerit mingi dengan muka tak malu dia  .

"Apa pula biar uyoung yang kahwin dulu , kan sannie"wooyoung sudah tersenyum-senyum dengan san  . Bukan gayyyyyyssss...

"1......2......3...HIYAHH  !"akhirnya bunga tadi dilemparkan oleh pasang pengantin  , terus berebut-rebut mereka yang mahu sambut bunga tu  . Sehingga lah sejambak bunga tu mendarat dan yang dapat menyambutnya adalah..

"WAH  ! PFTT"

Terus tetamu-tetamu disitu memberi tepukkan kepada dua orang pasangan yang telah menyambutnya..

Jieun memandang seonghwa yang berada disisinya manakala tangan mereka berdua saling memegang sejambak bunga yang dicampak tadi  .

"Huhuu hyung kau akan berkahwin tak lama lagi.. Tahniah "san mula menyakat seonghwa  , terus seonghwa melepaskan tangannya daripada memegang jambak bunga tu  .

"Akhirnya hyung akan berkahwin juga"kali ini wooyoung pula yang menyakat . Mereka semua menayangkan muka senget. 

"Kyah.. Korang ni "nak saja seonghwa lepuk sorang-sorang, tapi dia pandai bersabar. Tak pasal majlis ni hancur kang  . Jieun disebelahnya sudah menunduk kepala kerana malu  .

"Ini namanya jodoh hyung.. "Hongjoong menyiku lengan seonghwa  . Diorang kalau dapat menyakat memang takkan henti-henti  . Seonghwa menutup kedua belah pasang telinga nya akibat malu tahap maksimum  .

Eh.. Takkkk adalah ..

              ••••••••••••••••

Seungyeon merenung keluar biliknya  , sememangnya dia terasa malas nak masuk kerja disebabkan mood dia tidak seberapa baik selepas kena marah dengan jieun kemarin .

"Hyung.. "Lamunannya terhenti setelah munculnya kelibat si adik lelakinya seungbin  .

"Ouh, bin "

"Dari semalam bin perasan yang hyung asyik termenung lepastu muram,sedih , ada apa-apa yang berlaku ke?ada masalah kah? Cuba lah hyung kongsi dekat bin ni  , mana tahu bin boleh tolong hyung ke? "Soal seungbin yang memang perasan akan perubahan hyungnya sejak dari semalam lagi  , tu dia datang nak tanya apa masalah hyung dia ni  .

Seungyeon melepaskan keluhan berat  , pipinya yang semalam kena tumbuk dengan jieun semakin lama terasa kekurangan sedikit , lebam pun mula pudar  . Jieun tumbuk dia dah macam kena tumbuk dengan pemain gusti pula  . Bukan lembut tapi sakit dia ya amat hanya tuhan sahaja yang tahu perasaan seungyeon .

"Oh  , t—tak ada apa-apa pun cuma mood hyung tak seberapa baik.. Tiada masalah pun yang berlaku "seungyeon menafikan soalan seungbin  .

"Yelah tu  , hyung takkan muram kalau tiada apa-apa yang berlaku  , bin ni dah masak sangat dengan perangai hyung.. Janganlah simpan je, cuba kongsi "seungbin masih tidak mengalah dengan penafian si hyungnya.

"Hurmm.. Hyung cuma sedih "akhirnya seungyeon meluahkan perasaan nya yang sudah lama tersimpan didalam hatinya.

"Sedih? "Seungbin keliru  .

"Bin kenalkan bekas teman perempuan hyung? "

"Oh, jieun noona.. Kenal je , so apa yang terjadi? "

"Hyung nak jumpa dia sebab hyung nak tebus semula kesalahan hyung tapi.. Hyung kecewa bila dia dah tak suka dekat hyung malahan dia langsung tak nak tengok muka hyung lagi.. "

"Hyung nak bersama dengan dia semula.. "Luah seungyeon panjang lebar  , dan air matanya turut sama mengalir keluar  . Terasa sebak bila diingatkan kisah semalam  .

"Dia benci hyung.. "Sambung seungyeon  , seungbin yang masih setia mendengar luahan si hyungnya terus menepuk badan belakang seungyeon seraya memujuk seungyeon  .

"Bin rasa hati dia dah tak boleh terima hyung lagi.. "Kata seungbin .

"Jadi apa patut hyung buat untuk dia terima hyung semula dalam hidup dia? "Suara serak basah seungyeon mula berbicara.

"Bin rasa...."

"Hyung patut lupakan dia.. Mungkin hati dia dah lama tertutup untuk hyung.. Tiada cara lagi selain hyung lupakan dia sahaja.. "Straight to the points sahaja seungbin berkata.

"Lagipun dalam dunia ni masih ramai lagi perempuan yang lebih baik dari dia.. "

               •••••••••••••••

Kedua-dua seonghwa dan jieun melangkah keluar daripada perut kereta  , angin pantai mula menerpa tubuh mereka berdua  . Ya, sekarang mereka berdua berada dipantai atas permintaan jieun yang mahu pergi ke pantai  , katanya nak hirup udara segar  .

"Wahhhhhhhh ! Cuaca pada hari ni memang menginzinkan kita !"teriak jieun dengan muka yang ceria  . Sudah lama dia tak menjejak kaki ke pantai . 

Mereka mengambil tempat dibangku yang berada di bawah pokok besar dan redup  , tak adalah mereka nak kena berjemur  .

Burung-burung yang berkicauan di atas udara telah menarik perhatian kedua-dua jieun dan seonghwa  , suasana sunyi seketika  . Masing-masing tak tahu apa yang patut dibualkan terdahulu  .

"Hurmm.. "Jieun berdehem cuba membuangkan suasana sunyi diantara mereka berdua  .

"Seonghwa "lantas seonghwa menoleh ke arah jieun setelah namanya diseru  .

"Ya agasshi "balas seonghwa menayangkan muka ingin tahu kenapa jieun tiba-tiba panggil dia  .

"Semalam awak ada bagitahu kan  , yang awak ada suka seseorang .. Kenapa awak tak luah sahaja dekat dia  , sebab awak tak yakin kah.. ?"soal jieun  . Seonghwa mengetap giginya sebelum berbicara  .

"Macam yang saya beritahu  , saya tak yakin.. "Kata seonghwa .

"Awak tak yakin?.. Macam mana nak jadi lelaki gentleman kalau diri awak tak yakin..."jieun menggeleng kecil .

"Saya.. Saya boleh yakinkan awak "kata jieun membuatkan anak mata mereka bertentangan  .

"M—macam mana? "Tanya seonghwa yang agak tertarik dengan kata-kata jieun.

"Pertama.. "Jieun mula mendekatkan dirinya pada seonghwa , dengan tindakkan itulah membuatkan jantung seonghwa mulai berdegup kencang  .

"Awak pegang tangan dia macam ni.. Manakala anak mata awak cuba untuk bertentangan dengannya.. "Jelas jieun  , dia mula merenung iris mata seonghwa  . Terasa membahang sudah telinga seonghwa sekarang  .

"L—lepastu? "Gagap sahaja nada suara seonghwa  . Tak lepas dari memandang iris mata jieun  . Jieun tersenyum nipis  .

   

              →to be continued

















【C】 Star :: Voices |I아이유[feat.성화]Where stories live. Discover now