[ 012 ]

47 17 2
                                    

          

        |ATEEZ - STAR 1117|

                ••••••••••••••••••

Seonghwa masuk ke dalam kelab malam  , anak matanya tercari-cari kelibat bo ah  . Ya  , sebentar tadi dia ada dapat panggilan daripada gayoung merupakan kawan bo ah  , dia suruh seonghwa datang kelab malam .

"Dia nak jumpa dengan kau , sampai mabuk tau "

"Aku dah ajak dia balik tapi dia tak nak  , masih berdegil nak berjumpa dengan kau "

Terngiang-ngiang kata-kata gayoung sebentar tadi di dalam kotak fikiranku  . Anak mata seonghwa tertangkap pada figura gadis yang agak dia kenali di tempat bar minum  . Lantas seonghwa menghayunkan langkah nya ke arah figura tersebut  .

"Jom , saya hantar awak balik "ajak seonghwa dia menarik lengan bo ah supaya pergi dari situ  .

Bo ah tidak berganjak  , wajah kacak seonghwa dia merenung dengan wajah redup malah matanya sebam dengan air mata yang tidak henti-henti mengalir  .

"Susah sangat ke awak nak maafkan saya... "Kata bo ah dalam nada kecewa  , wajahnya sudah pun berwarna kemerahan bermaksud dia sudah mabuk teruk  , lagipun minum wain yang mahal-mahal  .

"Gaja.. "Terus seonghwa menarik kasar lengan bo ah dan membawanya keluar daripada kawasan yang kurang rasa bising disebabkan lagu kuat bergema diselubungi kelab malam. Jadi kurang untuk dia mendengar dengan lebih jelas  .

Seusai tiba di luar kelab malam  , bo ah menepis kasar lengannya daripada dipegang oleh seonghwa.  Bukan nya lembut tarik tapi kasar  , merah pergelangan tangannya  . Wajah kacak seonghwa ditenung kosong  . Angin dingin mula menerpa tubuh mereka berdua  , nasib masing-masing berpakaian tebal  .

"Saya kesal sebab putuskan hubungan dengan awak.. "Bo ah memulakan perbicaraan sekian mereka berdiam diri  .

"Saya tak suka awak ungkit benda yang dah lama .."balas seonghwa  .

"Tapi... Saya nak bersama semula dengan awak—"

"Kan saya dah—"

"Sekurang-kurangnya  , saya nak sembuhkan kesakitan yang saya dah lakukan Terhadap awak—"lantas bo ah memotong kata-kata seonghwa  , langsung tiada ruang untuk seonghwa membuka mulut  .

"Ini...saya dah sakitkan"tapak tangan bo ah mendarat pada bahagian dada seonghwa atau lebih tepat lagi jantung seonghwa yang sedang berdegup sekarang  . Seonghwa sekadar berdiam diri dia biarkan sahaja bo ah berbuat demikian  .

"Dan ini telah lukakan nya—"sambung bo ah  , kali ini dia memegang pula bahagian jantungnya terletak  . Seonghwa faham kiasan yang disampaikan oleh bo ah  .

"Saya yang bodoh sebab bertindak tak berfikir dulu "bo ah meletakkan tangannya ke sisi semula  , wajahnya ditunduk ke bawah dengan perasaan serba salah . Seonghwa perasan air mata milik bo ah mula mengalir keluar  .

Tiba-tiba munculnya perasaan serba salah pada diri seonghwa  , adakah patutnya dia maafkan gadis itu ataupun biarkan sahaja gadis itu merana seperti dia .

"Hikss.. Hiksss... "Tersedu-sedu bo ah menangis  , terus seonghwa tolong mengelapkan air mata milik bo ah dengan menggunakan ibu jarinya  .

"Sekurang-kurangnya awak dah rasai seperti apa yang saya rasa selama ni "seonghwa pula mula berbicara sekian lama dia berdiam diri  . Begini lah perasaan dia setelah ditinggalkan oleh seseorang yang dia sangat sayangi .

【C】 Star :: Voices |I아이유[feat.성화]Where stories live. Discover now