[ 013 ]

42 15 0
                                    

 
 

   |♬STRAYKIDS-ON TRACK |

                  ••••••••••••••••••

Seonghwa sebagai pembantu peribadi , dia tolong membukakan pintu buat jieun.
Jieun keluar daripada perut kereta  , dia melepaskan keluhan berat setelah dia tiba dihadapan syarikat LNG  , sekian lama dia tidak menjejak kaki di atas permukaan syarikat tersebut, dan kini barulah dia munculkan dirinya  semula  .

"Eo? Cik jieun  , selamat kembali ke syarikat "sapa wanita tersebut dengan ramahnya atas kemunculan jieun yang sudah bertahun-tahun tidak berjumpa  . Turut sama dengan pekerja-pekerja yang lain menyambut kedatangan jieun dengan ramahnya.

"JIEUN SSHIII  !"panggil seorang gadis yang agak kurang sama umur darinya lalu berlari anak menghampiri ke arah jieun. 

"Aku rindu kau "dia memeluk erat tubuh jieun kian lama mereka tidak bersua muka  . Jieun terkaku seperti diperbuat daripada batu bata  .

Pelukkan dileraikan oleh gadis tersebut  . "Ha  , nak kata kau ni amnesia tak pula  , tak ingat aku ke apa? "Tanyanya sambil menggeleng kecil  .

"Ingat—bae suzy"balas jieun malas  , gadis yang bernama suzy itu tersenyum lebar  . Mati-mati dia ingatkan jieun ni amnesia  . Sebab daripada riak wajah dia macam tak kenal je  .

"Wei aku terharu kau dah mula masuk kerja tak adalah aku nak kena handle kan lagi.. "Suzy tersenyum puas  , lega sebab jieun dah muncul sebab selama ni dia yang tolong handle kan untuk jieun .  Jieun mencebik perlahan.

Seonghwa yang masih berdiri disebelah jieun , suzy mula menoleh ke arahnya dengan  menayangkan wajah tanda tanya  . Siapa pula lelaki ni? Takkan jieun dah kahwin kot..tertanya-tanya suzy.

"Oh apa khabar  , saya pengawai peribadi cik jieun.. Park seonghwa imnida "sapa seonghwa dengan badannya ditunduk 90° .

"Oh , saya bae Suzy "suzy turut memperkenalkan dirinya  .

"Sejuk pula dekat luar ni, jom masuk dalam"ajak suzy lalu dia berjalan beriringan dengan jieun manakala seonghwa membuntuti mereka dibelakang  .

"Banyak dah perubahan dekat syarikat ni  , kau kena bertuah sebab aku dah uruskan dengan baik dan semua berjalan dengan lancar.. Semua pekerja pun selesa dengan kemudahan yang telah disediakan disini"jelas suzy panjang lebar , terselit ayat membanggakan dirinya  . Mereka berjalan disepanjang kaki lima yang terdapat disitu  . Anak mata jieun melilau memerhati sekeliling kawasan syarikat situ  . Memang benar kata suzy  , banyak perubahan sepanjang dia tiada disini.  Jauh beza dari yang dulu yang hanya biasa-biasa sahaja  . Sekarang lebih jauh bezanya  .

"So? Aku ada ganjaran tak? Alang-alang aku dah uruskan semua ni? "Lengan jieun dicuit lembut oleh suzy  , suzy tersengih-sengih seperti kerang busuk yang mahukan sesuatu.

Jieun menggulingkan bebola matanya ke atas  , suzy memang tak pernah berubah sejak dari dulu lagi mereka berkawan  . "Haritu kau ada kata yang kau teringin nak beli kereta moden terbaharu tu kan..so,  aku belanja kau kereta yang kau nak sangat tu..puas? "Kata jieun terus membuatkan suzy tersenyum makin lebar  .

"Seriusly  , gomawo chinggu ya"suzy memeluk tubuh jieun , dia sangat-sangat berterima kasih dengan jieun.  Dapat juga dia beli kereta tu kian lama berangan-angan sahaja  .

【C】 Star :: Voices |I아이유[feat.성화]Where stories live. Discover now