[ 011 ]

51 17 0
                                    

            

 |♬YOUNHA-WINTER FLOWER |

                 ••••••••••••••••••

"KYAH IN AH  ! KAU NI DAH KENAPA DATANG SINI  ! LEPASTU BUAT MUKA TAK TAHU MALU  ! NI CONFIRM KENA HALAU KAN  ?!!"

"YEOSANG bolehlah aku tinggal serumah dengan kau "

"OTAK KAU  ! DAHLAH YANG TINGGAL DEKAT SINI SEMUANYA LELAKI  , KAU NI TAK SIUMAN KE APA  "

Dari luar apartment suara mereka sudah bergema diseluruh aras situ . Seonghwa yang baru tiba itu  , tergesa-gesa masuk ke dalam rumah .

"Hyung  "yeosang berlari menghampiri seonghwa yang berada di permukaan pintu  .

Dia memandang gadis dihadapannya yang berada di dalam keadaan selekeh , dengan rambut tak dirapikan betul-betul  . Buat sakit mata sahaja seonghwa melihat  .

"Kau kenapa datang sini in ah  , ada apa-apa kah yang terjadi kepada kau? "Soal seonghwa hairan  , pelik pula tiba-tiba budak in ah ni datang ke sini  .

In ah menunduk wajahnya ke bawah kemudian dia melepaskan keluhan berat  . "A—aku kena halau sebab dah lama tak bayar duit sewa, lepastu budak jiryun entah menghilang ke mana  , tinggal aku sorang je "jelas in ah  , dia memberanikan dirinya menoleh manusia dihadapan nya  .

"Bukan ke kau kerja dekat kedai 24 jam tu  , mesti dapat gaji juga "sampuk yeosang  .

"Aku.. Aku dah berhenti "sayu sahaja suara in ah  .

"Ahhhh.. Kau pun satu juga patutlah tak bayar duit sewa rumah... "Yeosang menepuk dahinya  , pandai betul in ah ni  . Dah ada kerja lepastu berhenti  .

"Ya  , memang aku kesal dengan diri aku ni terlampau pandai sangat "kata in ah lalu memukul kepalanya  . Otak bodoh betul  .

"Pembetulan bodoh tahap babun afrika "sempat lagi yeosang memerli in ah  .

"Kau pun apa kurangnya  , sama je bodoh "

Terus yeosang sentap dengan ayat yang baru sahaja dilemparkan oleh mingi dan yunho yang kebetulan baru tiba  .

"Eh bila korang datang? "Soal
Seonghwa setelah perasan kehadiran dua ekor galah itu  .

"Tahun lepas .. Dah tahu tanya lagi "balas yunho selamba  . Nak saja seonghwa sumbat kuali dalam mulut yunho tu  .

"Eo? In ah sshii "mingi menghampiri ke arah in ah  , lalu dia menepuk lembut bahu in ah  .

"Kau ni mengigau ke sampai datang ke sini? "Soal yunho terselit ayat sindiran  .

"Kau nampak ni? "In ah menolak beg bagasi nya  , mingi dan yunho terdiam seketika  .

"Engkau? Tinggal dekat sini ke? "Soal mingi terkejut  .

"Dia tu kena halau  , lepastu tiba-tiba datang sini.. Senang dia je kata 'boleh aku tinggal sini tak? 'Lepastu buat muka seposen "bebel yeosang sambil mengejek-ejek kata-kata in ah  .

"Ahhhhhh—aku tumbuk kang"in ah menunjuk suku penumbuknya , bila-bila masa je dia boleh rosakkan muka  visual yeosang tu.

"Sudah-sudah lah tu  , in ah kalau kau tak ada sangat tempat tinggal  , tinggallah sementara dekat rumah kitorang  ... "Kata seonghwa meredakan keadaan  .

【C】 Star :: Voices |I아이유[feat.성화]Where stories live. Discover now