[ 016 ]

40 17 1
                                    


            | ♬NCT- KICK IT |

                  •••••••••••••••••

"Lambat "jieun menjeling seonghwa yang tolong membukakan pintu untuknya  , seonghwa menggigit bibirnya dengan muka bersalah .

Jieun melangkah keluar daripada perut kereta milik seonghwa  , pintu ditutup oleh seonghwa selepas jieun keluar  .
Baru sahaja jieun nak mengorak langkah pergi  , tiba-tiba munculnya dua orang insan menghampiri ke arah jieun dengan menayangkan senyum lebar  .

"Hai maaf sebab menganggu masa awak  , kalau tak keberatan.. Cik nak tak jadi model untuk kami.. Lagipun muka cantik cik sesuai dengan iklan model kami.. Boleh tak? "Wanita bersanggul kemas itu mula berkata , dia menghulurkan kertas kepada jieun  .

"Kalau cik setuju.. Sila lah isi borang itu bersama dengan tandatangan "jelas wanita itu lagi  . Jieun merenung lama kertas itu sebelum membuat keputusan  .

"Saya rasa.. Lebih baik awak tanya lelaki tu.. Dia lebih sesuai.. Saya dah lewat ni "kertas tadi terus diserahkan semula kearah wanita itu  , tanpa membuang masa yang lama  , jieun menapak masuk ke dalam syarikat nya .

"Mianae.. Saya rasa mood cik jieun tak seberapa okey.. "Kata seonghwa lalu menunduk tubuhnya 90° .

"Saya minta diri dulu.. "Baru sahaja seonghwa ingin mempamitkan dirinya  . Wanita itu terdahulu menegurnya  .

"Kalau dia tak setuju.. Awak boleh tolong tak jadi iklan model kami.. Bukan susah pun.. "Merayu wanita itu sambil menunggu persetujuan daripada seonghwa  .

"Saya?.. Saya bukannya kacak pun.. Maaflah.. Saya tak yakin.. "Tolak seonghwa ramah  , nak kata jadi model  . Memang bukan minat dia  .

"Sebenarnya.. Kalau kami tak jumpa model.. Kami akan kena—"

"Pecat "sambung lelaki itu pula dengan wajah kecewa  .

"Hanya jadi model untuk iklan kami sahaja pasal bayaran kami akan bayar.. Itu jangan risau.. "

Seonghwa berfikir sejenak. "Urmm—kalau macam tu saya setuju "balas seonghwa selepas selesai dengan keputusan nya  .

"Wah gomawo encik.. Kalau macam tu encik ikutlah kami.."

"Tak apa  , awak beri sahaja alamat tempat tu "

"Uh baiklah.. Ini dia "kad berwarna biru dihulurkan pada seonghwa  . Seonghwa melihat kad tersebut yang tertulis  .

JWY ENTERTAINMENT

"Jangan tak datang ya "pesan mereka sebelum mempamitkan diri dari situ.

                 •••••••••••

Pagi yang tenang , seketul bo ah tersedar daripada alam mimpinya  . Dia menggosok matanya supaya pandangannya menjadi jelas semula  .

Selepas pandangannya sudah menjadi jelas seperti biasa  . Dia melangkah menuruni  katilnya dan selipar disarung. Dia memandang lama blazer yang disarung pada tubuhnya. Ingatan semalam mula terngiang-ngiang di dalam fikirannya  , dimana lelaki bernama seoho menyarungkan blazer pada tubuhnya sewaktu dia dalam keadaan mabuk  .

"Macam mana aku nak pulang semula dekat dia.. Bukan jumpa dia lagipun.. "Omel bo ah yang sibuk mencari penyelesaian untuk memulangkan semula blazer milik lelaki itu  .

【C】 Star :: Voices |I아이유[feat.성화]Where stories live. Discover now