UI 1

573 80 132
                                    

"Kalau dibawah telapak kaki ibu ada syurga, habistu dibawah telapak kaki ayah ada apa?"

"Neraka"

Pukulan sedas diberi

"Kau jangan macam-macam eh. Fikir neraka main-main ke?"

"Tak tak. Aku gurau je. Janganlah marah"

Siapa sahaja tak marah. Ayah sendiri dikata ada neraka dibawah telapak kakinya. Ciri-ciri anak derhaka segar betul di dahi

"Yang kau sibuk fikir pasal ni kenapa? bukan sekolah pun. Cuti lama lagi"

"Aku tak naklah otak sempit macam kau. Dah lah sampai kata neraka dekat bawah telapak kaki ayah. Dasar anak derhaka"

"Manalah aku tahu. Kau tanya aku jawablah"

"Sebab tak tahulah kita kena belajar. Kau ni otak letak mana? lutut?"

"Tak"

"Habistu?"

"Aku mana ada otak. Aku kan bodoh"

"Opah! tengok kook ni. Dia kena santau ke apa?! tak pernah-pernah mengaku diri sendiri tu tak bijak! baru kalini Jin sokong dia seratus peratus!"

"Janganlah menjerit. Opah bukan dekat dunia lain pun sampai kamu nak menjerit-jerit. Sekali opah gusti kamu nanti ha padan muka"

Wanita tua itu berjalan menuju ke arah mereka dan duduk di atas sofa yang tersedia di ruang tamu

"Opah dulu ahli gusti ke?"

"Soalan apa kau tanya ni?"

Marah Seokjin kepada Jungkook, apa pula tanya soalan begitu kepada opah mereka, tak masuk akal langsung

Tergelak kecil opah melihat celoteh mereka

"Tak adalah, opah lemah lembut orangnya. Tak pandai nak bergusti-gusti ni"

Mereka hanya meng'oh'kan sahaja

"Opah. Kook ada soalan"

"Apa dia tu?"

"Opah ni manusia ke?"

Mahu tercabut keluar gigi palsu opahnya. Soalan yang tidak masuk akal lagi diberi. Nasib opah mereka tiada sakit jantung

"Opah manusialah. Soalan apa kau tanya ni? opah palau dia opah. Jangan layan dia. Meminta dan mengutip perhatian je dia ni"

Jungkook memandang Seokjin tidak puas hati

"Kalau aku tengah borak dengan opah. Jangan nak menyampuk boleh tak? hormat budak darjah lima"

"Masalahnya soalan kau tu tak boleh diterima dek akal. Dah sah sahlah opah manusia. Lagi satu.. sejak bila kau budak darjah lima cipan?!"

Jungkook terus meletakkan ibu jarinya dibibir Seokjin

"Kau bising. Katak menanti"

Seokjin hanya mampu menjeling. Maklumlah takut katak. Kalau diberi tahu apa yang kita takuti kepada Jungkook ni memang sampai kesudah dia akan menyakat

Lagipun, itu sahaja salah satu cara yang mudah untuk menutup mulut Seokjin yang dah serupa mulut makcik jiran sebelah. Tak habis-habis membebel

"Baiklah opah. Kita sambung balik ye apa yang tergendala tadi"

Opah hanya mampu mengangguk. Terpaksa lah melayan perangai cucu yang ya Ampun susah nak dijelaskan

"Opah ni manusia ke?"

Baru sahaja Seokjin ingin membuka mulut. Jungkook terus berkata

"Katak menanti"

Seokjin menyilangkan kedua belah tangannya didada kasar tanda marah

"Sila jawab opah"

"Yang kamu nampak sekarang ni serupa macam binatang ke Kook?"

Tersembur Seokjin dibuatnya. Kan dah kena balik. Tak henti dia gelak angkara kata-kata yang diberi oleh opah kepada adiknya Jungkook

"Jin. Aku dah kata katak menanti"

"Okay okay sorry"

Seokjin cuba mengawal mimik wajahnya daripada ketawa

"Bukanlah. Sebab kook ingat opah bidadari jatuh daripada langit"

Opah tidak menunjukkan riak wajah seperti cair dengan kata-kata mania cucunya itu

Sebaliknya memikirkan apa yang dikatakan oleh Jungkook sebentar tadi

Senyap seketika. Opah masih memproses untuk memahami apa yang terjadi

Dan..

"Oh! pickup line ke ni?"

Jungkook mengangguk laju

"Maaflah, opah tak cair. Atok kau dah lama bagi ayat tu dekat opah dulu"

Tersembur lagi gelak Seokjin. Kali ini memang dia tidak boleh tahan

"Jungkook kena reject!"

Sakan Seokjin ketawa

Membahang wajah Jungkook menahan marah terhadap Seokjin

"Dahlah. opah nak masak kejap. Nanti atok kau balik tak dapat makan pula"

Opah berlalu pergi menuju ke dapur

"Kesiannya dia kena reject. Tak boleh jadi pakboy dah ni"

Seokjin gelak seperti tiada hari esok. Sakan sungguh. Memang kejadian yang jadi sebentar tadi boleh dibawa gosip kepada rakan-rakannya yang lain

"Kau tunggu kau tunggu"

Tanpa Seokjin sedar. Jungkook berjalan perlahan menuju ke penjuru rumah dan menggapai sesuatu lalu kembali semula duduk disebelah Seokjin yang leka gelak daripada tadi

"Weh bang. Aku ada hadiah untuk kau"

"Apa?"

"Ba!"

Jungkook menunjuk haiwan berwarna hijau tepat dimuka Seokjin

Juling mata Seokjin dibuatnya

"Ka-katak"

"Kataklah ni. Takkan ayam pula"

"Ka-katak!"

Bergegas Seokjin bangun dan berlari keluar rumah

Jungkook mengejar Seokjin sambil memegang katak ditangannya

"Janganlah kejar aku!"

"Kau gelakkan aku tadi kan! aku dah kata katak menanti! ha nah katak menyerang pula!"

"Ey, tak payah lah!"

Inilah yang dikatakan balas dendam

Jangan tiru aksi ini dirumah. Kalau anda tiru juga, kemungkinan anda bakal dihalau dari rumah dan saya disini hanya mampu menepuk tangan

TBC

UPIN IPIN S1+S2Where stories live. Discover now