UI 13

119 39 21
                                    

Kedengaran bunyi motor masuk ke dalam perkarangan rumah opah

"Opah! oh opah! kami dah balik!"

Jerit Jungkook

Rindu opah katanya, daripada tadi otaknya ligat berfikir tentang opah. Bagaimana opah dirumah seorang diri? bagaimana opah kemas rumah? memasak? lakukan itu ini

"Cucu-cucu opah dah balik!"

Dua beradik itu berlari mendepakan tangan ingin memeluk opah

Tetapi ditolak

"Kenapa opah tolak kitorang?"

Tanya Seokjin bingung

"Opah baru je mandi petang, lepastu nak kena peluk dengan cucu-cucu opah yang busuk ni. Ey tak nak opah! pergi mandi dulu!"

"Alah opah! nak peluk!"

"Tak boleh! pergi mandi!"

"Opah, nak peluk sekejap je"

Jungkook memuncungkan bibirnya yang munggil itu tanda memujuk opah untuk bagi pelukan

"Opah tak kan termakan dengan hasutan syaitan kamu kook"

Tersembur gelak Seokjin disitu

"Yelah yelah"

Jungkook berlalu pergi

"Woi! jangan merajuk!"

Seokjin mengejar Jungkook daripada belakang

"Diamlah kau!"

"Alah alah, kesian kena panggil syaitan"

"Kau pun sama je, nama jin sesuai dengan tuan dia"

"Dasar adik tak hormat abang!"

"Ah! diamlah kau! kau pun tak hormat aku!"

"Kau dulu!"

"Kaulah!"

"Eh! apa ni gaduh-gaduh? opah suruh mandi bukan bergaduh, dua-dua sama je tak ada beza. Sebab tu kamu berdua ni ditakdirkan jadi adik beradik,

Dah! pergi mandi lepastu dah siap pergi makan, kalau opah dengar lagi bergaduh opah halau korang berdua"

Bebel opah daripada ruang tamu

"Opah! jangan halau kook yang comel ni!"

"Opah! cucu opah niat nak jadi songsang opah!"

"Kau ni! apa ni main tuduh-tuduh! ustaz dah ajar jangan menuduh, fitnah berdosa tau!"

"Kalau betul? ha! kalau betul?!"

"Opah! tengok abang ni!"

"Diamlah kau! dah besar pun nak mengadu, opah dah lama tengok aku sejak azali lagi"

"Dahlah kau! semua benda nak menang, ha ambil ambil! ambil semua bawa masuk kubur!"

"Kau ni!-"

"Dahlah cucu woi! jangan sampai opah masuk dalam bilik tu baru nak lari lintang-pukang pergi mandi! cuba aman sikit rumah ni! asyik bergaduh je!"

Mana taknya, bergaduh senyap-senyap tak apalah juga. Ni bergaduh kalau boleh satu kampung boleh dengar

"Maafkan kami opah!"

Kata Seokjin

"Kaulah ni"

Jungkook menyenggol Seokjin

"Ah kau, kita sama je"

"Tak tak, aku dengan kau tak sama"

"Haah kan, aku bijak kau bodoh. Tu yang membezakan kita"

"Seokjin!"

Seokjin berlari pergi ke tandas yang dikejar oleh Jungkook

Opah hanya memerhati mereka daripada jauh

"Budak-budak"

Opah mengeluh lalu menggelengkan kepalanya

Opah berjalan menuruni tangga dan duduk di pondok yang berada di sebelah rumahnya

Opah memandang langit yang kebiruan

Cuaca pada hari ini biasa sahaja, tidak sejuk tidak panas. Sedang-sedang sahaja

Opah menarik nafas dalam dan menutup matanya perlahan

"Kalau cucu-cucu aku tahu hal sebenar, sayang lagi ke diorang dekat aku?"

TBC

UPIN IPIN S1+S2Where stories live. Discover now