UI 20

123 39 21
                                    

"Baiklah anak-anak semua, disini kamu boleh lihat telaga yang dijumpai di suatu tempat berabad-abad lamanya"

Wanita muda itu menerangkan satu-satu bahan bersejarah kepada semua pelajar 6 Namu

Tetapi segelintir sahaja yang mendengar

"Kak! lama lagi ke?!"

Kata salah seorang pelajar lelaki

"Tidak, hari ini saya hanya menerangkan beberapa perkara sahaja tentang telaga"

Senyuman tidak lekang daripada wajah wanita muda itu

Mungkin itu salah satu petuanya untuk kekal kelihatan awet muda, bak belas-belasan tahun wajahnya

Sedang mereka mendengar penerangan wanita itu, bak masuk telinga kanan keluar telinga kiri sahaja

Menjawablah, malaikat belah kiri sedang mencatit

Salah seorang bersuara

"Cikgu! gambar apa ni?!"

Kejap cikgu kejap akak, lepas ini apa pula? makcik? nenek? sabar sahajalah

"Sebelum saya terangkan tentang gambar itu, sila panggil saya Puan Ros"

"Puan ros? kenapa puan ros? kenapa bukan mine?"

"Smooth"

"Mine? maaflah, saya tak berkenan dengan budak belasan tahun. Jadi marilah saya terangkan tentang gambar ini"

"Seriuslah bro. Kali keberapa kau kena reject?"

"Kau diamlah!"

"Lim kena reject!"

"Hari tu dia kena reject dengan makcik cleaner kan?"

"Tak silap aku yelah kot"

"Borak apa lagi? jalan sekarang, nak buat karangan pasal telaga ni ke?"

Marah Namjoon

Yelah, ketua kelas. Perlulah tegas bukan?

Pelajar lelaki itu semua terus berlalu pergi

"Garangnya abang namjoon, i like"

"Aku lagi sanggup bersama dengan diri aku sendiri berbanding dengan kau"

"Definisi menyayangi diri sendiri"

"Baguslah, daripada kau menyayangi manusia yang tak sayang kau. Baik kau sayang diri kau sendiri, siapa nak sayang diri aku ni selain diri aku?"

"Namjoon, kau okay? siapa yang menyakiti kau ni?"

"Kau nampak aku tengah nazak ke sekarang ni?"

"Taklah, ayat kau kedengaran seperti manusia yang baru sahaja lepas putus cinta. Sakitnya auch"

"Apa anak-anak bertujuh buat disitu? mari ke sini"

Mereka bertujuh menoleh ke arah wanita muda itu dan terus berjalan ke arah rakan sekelas mereka semua

"Jadi, saya ingin menerangkan tentang gambar ini"

Wanita muda itu menyelak kasar selimut yang menyelubungi gambar itu

Mereka semua terpana

"N-ni bukan bunga yang-"

"Ye, ini bunga yang sama berada di dalam bilik kamu semua kan?"

Semua pelajar mengangguk laju

Puan Ros tersenyum lalu berkata

"Bunga ini mempunyai tiga puluh kelopak, banyak bukan?"

Mereka mengangguk lagi

"Bunga ini melambangkan kerinduan sekali gus melambangkan tentang kematian. Jika ianya mekar, bermakna rindu membuak.

Manakala jika satu kelopak gugur, bermakna seseorang bakal meninggalkan kita"

"Ap-apa maksud ki-kita tu? Puan Ros?"

"Saya ada sebut kita ke tadi? mungkin kamu semua salah dengar, marilah kita pergi ke tempat la-"

"Puan Ros!"

Jungkook mengangkat tangannya

"Ye anak muda?"

Puan Ros menoleh memandang ke arah Jungkook

"Apa nama bunga ni Puan Ros?"

Puan Ros menunduk lalu memandang Jungkook semula

"Nama bunga ini, masih belum diketahui. Masih misteri, tetapi jangan risau. Bunga yang berada di dalam bilik kamu semua hanyalah rekaan sahaja. Jangan bimbang ye"

Pelajar perempuan kelihatan agak cuak

Takut apa yang didengari mereka betul, siapa sahaja yang tidak takut? kalau anda berada di tempat mereka, apa reaksi anda?

Gembira apabila mengetahui ada bunga melambangkan kematian berada di dalam bilik?

"Jadi, marilah sambung ke tempat lain. Barang sejarah yang lain, mari ikut saya"

Puan Ros memandang Seokjin sekilas lalu berlalu pergi

Semua pelajar hanya mengikut langkah Puan Ros daripada belakang meninggalkan Jungkook dan Seokjin

"Abang, jomlah. Kau buat apa tercegat dekat sini lama-lama?"

"Ah, tak. Aku macam teringat bunga ni-"

"Alah, tak ada bendalah tu. Jomlah"

Jungkook menarik lengan Seokjin

Tetapi pandangan Seokjin tidak lepas memandang gambar itu

Bunga melambangkan kerinduan pada masa yang sama melambangkan kematian? siapa sahaja mahu percaya? walaupun bunga itu memang wujud?

TBC

Daripada humor story turn to mystery story? watch the duality AHAHAHAHA, don't @ me.

UPIN IPIN S1+S2Where stories live. Discover now