UI 5

177 51 45
                                    

"Mana kau pergi ni jungkook"

Seokjin membonceng motosikalnya kehulur kehilir mencari dimana Jungkook menghilang

"Janganlah lari jauh-jauh dik, penat aku nak mencari kau ni"

Dia pergi ke setiap rumah yang dilaluinya dan apa yang dia dapat hanyalah

"Tak ada pun, makcik tak nampak adik kamu lalu sini"

"Ye bang? nak beli ayam?"

"Kenapa? adik awak yang nama jungkook tu jodoh saya ke?"

"Dalam rumah tak ada orang!"

Seokjin meraup wajahnya kasar

Dah semua tidak mahu beri komitmen sampai ada yang mengaku tiada orang di dalam rumah padahal yang berkata-kata itu berada di dalam rumah, memang susahlah Seokjin mahu mencari adiknya

Seokjin mengeluh

"Kau ni jungkook, famous sangat ke sampai orang tak kenal kau? penatlah nak cari kau ni, kalau aku jumpa kau, aku sepa- tak, aku peluk"

Sedang Seokjin cuba meregangkan badannya yang mula berasa sakit, telefonnya serta merta berdering

Seokjin mencapai telefon di dalam poket seluarnya dan menekan punat hijau di skrin telefon

"Hello? opah kenapa call jin ni?"

"Seokjin, ba-balik sekarang"

Kedengaran suara opah seperti sedang menahan sakit

"Opah?"

"Tolong opah"

"Opah?!"

"Ba-balik seokjin"

TUT

Panggilan tamat

"Opah!"

Seokjin terus menaiki motornya dan memecut laju pulang ke rumah

Dadanya turun naik tidak berhenti, pernafasannya tidak teratur, otaknya hanya memikirkan opah sahaja

Suara opah sebentar tadi bermain difikirannya, dia hanya berharap tiada benda buruk berlaku terhadap opah

"Opah maafkan jin opah, maafkan jin!"

Menyesal dia meninggalkan opah bersendirian di dalam rumah, jika perkara yang tidak diingini berlaku, memang dia bersumpah tidak akan memaafkan dirinya

Motor yang dibonceng oleh Seokjin sudah masuk ke perkarangan rumah

"Opah, jin dah balik opah!"

Seokjin membuka topi keledarnya dan bergegas menaiki tangga

Seseorang memerhati Seokjin daripada jauh dan tersenyum sinis

"Sekarang"

Seokjin melangkah masuk ke dalam rumah dan semuanya dalam keadaan gelap gelita

"Opah?"

Suara Seokjin terketar-ketar memanggil opah, sungguh dia tidak suka suasana yang suram dan gelap begini

"Opah? opah mana? jin dah balik ni"

Seokjin perlahan berjalan menuju ke arah bilik opah

UPIN IPIN S1+S2Donde viven las historias. Descúbrelo ahora