UI 16

126 39 35
                                    

"Dah siap kemas barang?"

Tanya opah yang berada di hadapan pintu bilik mereka

"Kenapa opah tengok macam tak gembira je nak pergi lawatan tu? opah tengok macam best tempat lawatan yang kamu berdua nak pergi tu"

Jungkook mengeluh perlahan

"Gembira tu gembiralah opah, tapi kook risau pasal opahlah"

"Kook, berapa kali opah nak ulang? opah baik-baik je duduk rumah ni sorang-sorang, fikir opah ni lembik sangat ke?"

"Nampak macam ye"

Seokjin menyiku Jungkook kasar

"Aduh, sakitlah!"

"Kau ni, esok kita nak pergi dah. Sampai hati kata macam tu dekat opah"

"Tenanglah, aku gurau je. Kan opah kan, kook gurau je kan?"

Jungkook memandang opah dengan pandangan anda pun boleh bergetar tulang rusuk

"Ye ye, kook gurau je"

Opah mengiyakan sahaja

"Kalau dah siap kemas tu, tidur awal. Pukul berapa gerak pergi sana?"

"Pergi sekolah dalam pukul 5:30, gerak pergi tempat lawatan tu dalam pukul 7:30. Sampai destinasi kira-kira dalam masa 12:30"

"Kau main kira je kan?"

"Haah"

Jungkook menjeling

Suka hati sahaja tetap masa, padahal salah

"Suka hati kau je"

"Tapi nak gerak pergi sekolah tu betul eh"

"Tu je yang betul, yang lain salah"

"Kecohlah kau"

"Korang ni, dekat sini bergaduh dekat sekolah bergaduh. Entah-entah dekat tempat lawatan pun bergaduh juga kan? jagalah diri tu, sopan sikit. Orang tengok pun tak bagus tau perangai adik-beradik macam ni,

opah bukan marah. Tapi adab tu kenalah ada walaupun bergurau, esok dah nak pergi lawatan. Jangan bergaduh dalam bas pula, kook nanti duduk sebelah abang jangan nak duduk sebelah perempuan"

"Siapa je nak duduk sebelah kook ni opah? budak kecil pun lari tengok dia"

"Kau ni!-"

Jungkook menumbuk bahu Seokjin tetapi deheman opah membuatkan perbuatannya terhenti

Jungkook hanya mampu menjeling sahaja

"Janganlah gaduh-gaduh, nanti rezeki tak masuk tau"

"Mana ada kami gaduh opah, ini hanyalah gurauan adik-beradik. Kan kan?"

Seokjin menyenggol Jungkook lembut

"Ye, gurauan yang amat menyakitkan"

"Sakit betul tu"

Opah menggeleng dan tergelak kecil

Opah berjalan menuju ke arah dua beradik itu lalu duduk dihadapan mereka

"Jaga diri baik-baik, jangan tinggalkan satu sama lain. Jin, jaga kook macam jin jaga nyawa jin sendiri. Kook, sayang abang kamu macam mana kamu sayang nyawa kamu tau. Walaupun banyak perkara berlaku, tetap bersama ya?"

Opah mengusap ubun-ubun kepala mereka lembut

"Kenapa opah cakap macam tu?"

"Saja, opah bukan lama pun dekat dunia ni. Dah sampai penghujung dah"

"Opah! apa kata macam tu! tak baiklah!"

"Opah kata je, janganlah marah"

"Tak boleh! pokoknya tak boleh! kook sayang opah!"

"Kok pokoknya apaan?"

"Pokok cili"

Seokjin mencelah

"Kau ni! aku tengah sedihlah!"

"Okay okay kau sedih"

Seokjin menyekeh kepala Jungkook kasar

"Weh! rambut aku!"

"Alah kau! nak tidur dah pun, siapa je nak tengok rambut kau!"

"Ah kau! betulkan balik rambut aku!"

"Kau pakai wig ke sampai nak kena betulkan?"

"Eyy kau ni!"

"Aduhai, bergaduh je kerja. Kalau dah tua bangka pun kekal macam ni ke? penat betul opah nak melayan, pergi tidur cepat!"

"Baik opah! sikit je lagi ni"

Jawab Seokjin

"Opah masuk tidur dulu ya?"

Mereka mengangguk serentak

"Selamat malam cucu-cucu opah"

"Selamat malam opah! mimpi kook tau!"

"Opah dah muak tengok muka kau"

"Diamlah kau"

"Siapkan kerja tu cepat"

Arah opah

"Baik!"

Opah bangun daripada tempat duduknya dan berlalu keluar daripada bilik dua beradik itu

Dia berjalan masuk ke dalam biliknya yang bersebelahan dengan bilik cucunya

Opah duduk di atas katil

Dia mengambil satu keping gambar yang elok terletak di atas meja solek bersebelahan di katilnya

Gambar itu ditatap lama

Opah mengambil nafas yang dalam, air mata yang hampir tumpah dilap kasar dengan tanggannya

"Adakah aku buat kesalahan besar? atau kebaikan yang tak ternilai? ya Allah, maafkan aku. Maafkan opah"

TBC




UPIN IPIN S1+S2Where stories live. Discover now