UI 3

231 60 16
                                    

"Jangan pergi abang jungkook!"

"Apa benda kau ni?"

"Abang jungkook! jangan tinggalkan boba!"

"Pala otak dia boba"

"Lepaskan akulah hoseok! aku nak balik!"

"Tak nak! nak main bola lagi!"

"Weh, lepaskanlah jungkook tu, dia nak baliklah!"

Hoseok memeluk Jungkook erat daripada belakang

"Hoseok, kau lepaskan adik aku sekarang"

Hoseok menggeleng laju

"Tak nak!"

"Kau kenapa ni? apa yang merasukimu hoseok? lepaskanlah jungkook tu, kau nak main sampai malam ke? dah nak senja ni"

"Kita dapat main sejam je! sekejap sangat!"

"Macamlah esok tak boleh main!"

Marah remaja lelaki yang mempunyai ton warna yang lebih cerah berbanding yang lain

"Lepaskan jungkook ye hoseok, esok eh esok kita sambung main bola"

Kata Jimin lembut

"Yelah yelah"

Hoseok melepaskan pelukannya daripada Jungkook

Jungkook menghembuskan nafas lega

Entah apa yang terjadi kepada Hoseok hari ini, menggedik tidak beri Jungkook balik ke rumah, kalau begitu sumbat sajalah dia dalam plastik hitam dan bawak balik ke rumah

Namjoon mengetuk kepala Hoseok perlahan

"Kau kenapa ni? tak nak bagi jungkook balik rumah?"

Hoseok hanya mampu memuncungkan bibir munggilnya

"Kau, kalau ada niat nak suka sejenis, jangan dekat dengan aku eh, silap-silap kau yang kena silat dengan aku"

Remaja lelaki yang mempunyai wajah yang subhanallah sungguh tampan itu berkata-kata dengan nada yang nauzubillah seperti orang tidak pernah bercakap setahun

Kata opah, bergurau sahaja, jangan terasa

"Mana ada! apa ni main tuduh-tuduh!"

"Dah tu, kau pergi halang jungkook dengan seokjin daripada balik tu dah kenapa?"

"Aku nak jungkook ajar aku main bola lagi, aku kan em lemah dalam main bola, lagipun jungkook kan pro main bola, sebab tu aku tak nak dia balik, aku nak dia ajar aku main bola lagi"

"Memang jungkook sorang je ke pro? kitorang pun boleh ajar kaulah alahai"

"Seriuslah?"

"Woi! aku jiran sebelah rumah kau tau! malam nanti boleh je aku ajar! ke selama ni kau tak tahu aku jiran kau?"

Hoseok menggaru kepalanya yang tidak gatal

"Dasar jiran tak kenal jiran!"

"Eyy dahlah, aku dengan abang aku nak balik dah, jumpa esok!"

Kata Jungkook semangat

"Ye! esok bangun sendiri! jangan suruh kitorang kejut lagi!"

"Doakanlah kitorang tak tidur petang lagi! kitorang mana boleh dipercayai sangat pun!"

"Dahlah kau! baliklah! dasar kaum munafake!"

Seokjin dan Jungkook ketawa mendengar kata-kata Namjoon daripada jauh

"Weh bang"

Seokjin hanya meng'hm'kan sahaja

"Kita nak masuk sekolah tak lama lagi kan?"

Seokjin mengangguk

"Sejak bila kau kisah pasal sekolah ni? selama ni kau yang tak ambil berat langsung pasal sekolah, lagipun bukan kau suka ke cuti lama-lama? takkanlah kau ada niat nak sekolah awal?"

Jungkook menjeling Seokjin yang berada disebelahnya

Suka betul pandang rendah terhadap dirinya yang sememangnya sudah rendah eh- tidak Jungkook tidak rendah, dia hanya kerdil

"Bukanlah! cuti lama-lama ni memang aku suka, aku cuma risau satu benda je kalau kita dah masuk balik sekolah nanti"

Seokjin memandang Jungkook

"Apa yang kau risaukan?"

"Opah"

Jungkook menunduk dan bermain dengan jarinya

"Kalau kita masuk sekolah nanti, siapa nak jaga opah? atok pun nanti sibuk dengan kerja dia, kita sekolah lepastu mungkin ada kelas tambahan, nanti opah sorang-sorang dekat rumah, aku risau tu je, yang lain aku tak risau"

Seokjin memandang Jungkook dengan pandangan redup lalu memegang bahu adiknya lembut

"Jangan risaulah, opah akan baik-baik je, kita doakan semua selamat, opah kan kuat"

Kata-kata semangat diberi, Seokjin hanya ingin menenangkan hati adiknya yang tampak gelisah, bukan dia tidak risau, dia lagi bertambah risau, dia sudah berjanji terhadap ibunya untuk menjaga opah dan adiknya dengan baik,

tanggungjawab sebagai anak sulung bukan semudah paket maggi cukup rasa, tetapi seperti memikul beban yang mengandungi banyak konkrit dan besi didalamnya, memang berat dan sukar untuk dipikul,

tapi apakan daya, dia hanya mampu menunjukkan sisi kuatnya sahaja dihadapan mereka, dia tidak mahu kelihatan lemah, jika dia lemah semuanya lemah, jadi dia harus kuat dan bertahan, walau apa pun berlaku, dia akan tetap melindungi adiknya dan opahnya daripada sebarang mala petaka, hanya maut dapat memisahkan

"Eleh kau, nak sedapkan hati aku je kan?"

"Memanglah, hati kau selama ni tak sedap, bagilah aku sedapkan"

"Apa benda kau ni! opah!"

Jungkook berlari masuk ke dalam rumah

Nak mengadulah tu!

"Kau ni dah besar pun nak mengadu ke?!"

"Opah! ada orang tu kan! dia buat kook!"

"Jungkook!"

TBC

UPIN IPIN S1+S2Where stories live. Discover now