UI 9

148 46 35
                                    

"Assalamualaikum warahmatullah hiwabarakatuh anak-anak yang disayangi semua, saya sebagai guru yang berwawasan ingin menanyakan, anak-anak semua ada tak submit kerja sekolah?

masuk online class tak? tak perlu beritahu saya iya atau tidak sebab saya tahu majoriti takkan buat semua benda tu selain membuat perkara yang remaja zaman kini lakukan, betul bukan?"

Pelajar yang berada di perhimpunan hanya memandang guru yang berucap di atas pentas itu kosong

"Walaupun saya tahu semua tak excited masuk sekolah balik, tapi saya ucapkan tahniah kepada anak-anak yang dipaksa sekolah pada hari ini! ketidak relaan anda semua amat dihargai! tepuk tangan sikit!"

Pelajar sekolah semua menepuk tangan bagi menyambut kata-kata guru itu, takkanlah mahu membiarkan sahaja, nanti ilmu tidak masuk

"Baiklah! saya tak nak berucap lama-lama, dah nampak sorang tidur sampai air liur tu dah boleh buat air sebotol, jadi semua pelajar, silalah masuk ke dalam kelas masing-masing"

Guru-guru semua tidaklah berapa risau, yang hanya bersekolah tingkatan 5 dan tingkatan 6

Jadi senanglah untuk dikawal, sudah besar panjang takkanlah tidak tahu jaga diri sendiri bukan?

"Weh, aku mengantuklah"

Hoseok yang berjalan di belakang Seokjin menyembamkan mukanya di beg milik Seokjin

"Aduh! jin! dalam beg kau ada apa weh? sakit kepala aku"

Hoseok memegang dahinya yang berasa sakit

"Bukulah, takkan batu"

"Kau bawak semua buku pergi sekolah ke? boleh bengkak bodo dahi aku"

Seokjin berhenti berjalan dan memandang Hoseok

"Jangan kata kau bawak semua buku pergi sekolah"

"Ak-aku tak jumpa jadual sekolah-"

"Seokjin! apa kebahalulnya kau! adik kau kan sama kelas dengan kau!"

"Kau fikir dia baik hati sangat ke nak kongsi jadual?! kitorang dah janji tak minta dan guna barang masing-masing!"

"What kind of siblings korang berdua ni? peliklah"

Tanya Hoseok bingung, iyalah, biasanya adik-beradik lain saling bantu-membantu, mereka pula sebaliknya

"Pelik-pelik pun, kitorang sayang antara satu sama lain"

"Macam menipu je"

"Kau diam bodo"

"Aku memang pencinta wanita, namun ku buk-"

"Hai jungkook! lama tak jumpa"

Sapa gadis itu ramah

"Aku memang pencinta wanita, namun ku bukan buaya~"

"Jungkook?"

"Aku memang pencinta wanita, namun ku bukan buaya!"

"Maaf mya, otak jungkook tak set lagi harini, sebelum kau kena maki dengan lagu ni baik kau pergi"

Jimin mencelah perbualan mereka, memang dia perlu mencelah, kalau tidak dihamburnya lagu yang dinyanyikan oleh Jungkook kepada gadis itu

"Weirdo"

Kata gadis itu dengan nada yang agak menyampah

"Sepelik-pelik aku pun! aku tak jahat dekat cerita orang!"

"Diamlah!"

Marah gadis itu dan berlalu pergi

"Dahlah jungkook, kau ni dengan perempuan pun nak bergaduh, jom masuk kelas"

"Mana tak gaduh, dia kata aku pelik"

"Eyy, dahlah, jom masuk kelas, nanti cikgu ingat kau dengan aku ponteng kelas, aku tak pernah ponteng, dah dah jom masuk kelas"

"Relaxlah, loceng waktu belajar belum mula lagi"

"Orang tua-tua kata, biar cepat enam jam, jangan lambat satu minit, aku bukan macam kau, aku budak yang baik, dah jom!"

"Alah jimin! kau ni rajin sangatlah! susahlah kau ni!"

"Kau senyap boleh tak? jomlah!"

Jimin menarik lengan Jungkook, mereka berdua melangkah masuk ke dalam kelas

"Ayok yoongi, jimin curang"

Sakat Taehyung kepada Yoongi

"Ya Allah, kenapa aku dapat kawan sebegini? sepatutnya mereka ditempat dikelas khas, bukan disini Ya Allah, otak mereka perlu dibetulkan semula, mereka songsan-"

Taehyung menepuk kepala Yoongi kuat

"Aku bukan sebegitu eh! kau menuduh je! dosa menuduh! fitnah dajjal!"

Yoongi memegang kepalanya yang baru sahaja dipukul oleh Taehyung, sakitnya hanya tuhan sahaja yang tahu

"Ka-kau pukul kepala aku taehyung?"

"Ak-aku"

"Kau pukul kepala aku?"

Doakan kesejahteraan terhadap kehidupan Taehyung yang bakal tamat sebentar lagi

"Kau pukul kepala aku taehyung!"

"Maafkan aku!"

"Bagi aku kepala kau!"

"Mana boleh bagi kepala! kepala aku tak boleh buka pasang buka pasang! kelapa boleh lah!"

"Taehyung!"

Yoongi menarik belakang baju Taehyung kasar, oh tidak, pengakhiran bagi Taehyung

"Tidak! ampunkan aku! yoongi!"

Seperti yang dikatakan, doakan kesejahteraan terhadap kehidupan Taehyung ye anak angkat opah semua, jika mahu selamatkan jejaka idaman gadis-gadis ini, sila pergi ke sekolah yang tidak wujud dibumi

TBC

UPIN IPIN S1+S2Where stories live. Discover now