UI 17

124 40 33
                                    

"Opah"

Jungkook menghulur tangannya untuk meminta restu pergi ke lawatan

Opah menyambut lembut tangan Jungkook dan tangan opah dikucup lama olehnya

"Kami pergi dulu"

Giliran Seokjin pula menyalam opah

"Jaga diri, jangan nakal-nakal. Seminggu tu nampak lama tapi nanti pejam celik pejam celik dah habis seminggu"

Opah tersenyum seperti mahu menghilangkan kerisauan cucu-cucunya

"Doakan kami selamat sampai dekat sana ye opah"

"In Shaa Allah"

Opah mengusap lembut ubun kepala Jungkook

"Janji dengan opah, apa-apa pun berlaku jangan berpisah tau. Setia bersama, jangan tinggalkan antara satu sama lain"

Mereka berdua mengangguk

"Opah jaga diri tau, kalau ada masalah opah call je kami. Nanti kalau ada masa kook call opah, macam awek dengan pakwe selalu buat tu. OTP berjam-jam tu"

Tergelak opah

"Apa bendalah kamu ni, dah pergi. Nanti lama pula cikgu kamu tunggu"

"Baik! ingat tau opah! apa-apa call kitorang!"

"Yelah yelah!"

Jungkook menaiki motornya dan diikuti Seokjin

"Bye opah!"

Seokjin melambai opah tatkala motor mereka sudah keluar daripada perkarangan rumah

"Bye!"

Opah mengenggam kedua belah tangannya, bawah mulutnya digigit. Mata opah mula memerah seperti daripada tadi dia cuba menahan tangisan

Ada perkara yang ingin dia sampaikan, tetapi mungkin baginya semuanya terlambat

"Mana dua beradik tu"

Guru itu mencekak pinggang

"Siapa cikgu?"

Tanya Namjoon

"Kawan kamu tulah! mana diorang? kita nak gerak pukul 5:30, sekarang dah nak pukul 5:35"

"Alah cikgu, sabarlah. Sabar itu separuh daripada iman, sabar cikgu"

Guru itu menjeling

"Kesabaran saya ada tahap"

"Level keberapa cikgu?"

"Eh kamu ni, sebat nanti"

"Okay okay sorry cikgu"

"Ha! tu diorang!"

Salah seorang pelajar menunjuk ke arah dua figura memecut laju menaiki motor

"Perlahanlah bodo kook!"

"Kau nak perlahan mana lagi?! kita dah lambat!"

"Cikgu nampaklah!"

"Ah mampuslah! kita lambat lima minit!"

"Jungkook!"

"Laju gila dia bawa motor"

"Laju tak laju, nasib baik diorang sampai"

Mereka berdua bergegas turun daripada motor dan berlari laju menuju ke ara Cikgu Jat yang sedang mencekak pinggang

"Kenapa lambat?"

"Jam hilang"

Kata Jungkook yang sedang mengah

"Jam hilang?"

"Macam ni cikgu, mula-mula kami dah set jam. Kami set sejam awal cikgu! tengok-tengok kami bangun dengan mamainya, jam hilang! tinggal bateri!"

Guru itu cuba memahami apa yang diterangkan oleh Jungkook

Seokjin hanya mampu mengangguk mendengar pembohongan Jungkook

"Apa benda kamu merepek ni jungkook? eh dahlah! cepat naik bas! lambat dah ni!"

Arah guru itu

Semua pelajar 6 Namu bergegas masuk ke dalam bas

"Aku nak duduk situ!"

"Bagilah aku duduk sebelah tingkap anak orang!"

"Girls! duduk belakang sekali jom!"

"Weh bodo! duduklah sebelah aku! aku alone lah!"

"Demi tuhan, duduk jelah mana-mana. Aku nak tidur serius"

Bermacam-macam sikap pelajar 6 Namu ini

"Kook, kita duduk sini"

Jungkook mengangguk

Rakan-rakan mereka yang lain duduk di belakang dan ditepi mereka

"Baiklah pelajar semua, sebentar lagi kita akan bergerak ke destinasi. Harap semua bertenang, dan kurangkan bermain di dalam bas ye.

Terutama sekali pelajar lelaki! jangan nak berlari ye! pelajar perempuan pun sama, semua jelah sama! dah duduk diam-diam!"

Cikgu Jat memberi amaran kepada mereka

"Baik cikgu jat!"

Jawab satu kelas itu serentak

"Bagus semua bagus"

Mereka semua duduk di tempat masing-masing, patuh dengan arahan guru mereka

Jungkook menoleh kesisi, kelihatan Seokjin termenung seperti memikirkan sesuatu

"Bang, kenapa kau termenung?"

Jungkook menyentuh bahu Seokjin membuatkan dia tersentak

"Ah, tak ada apa-apa"

Senyum tipis diberi

"Jangan lupa, apa pun terjadi aku ada dengan kau bang"

Seokjin mengangguk lalu memandang keluar tingkap semula

Entah apa yang difikirkannya, harap apa yang berada di dalam kepala otaknya hanyalah mainan fikiran sahaja

"Mereka akan sampai"

"Semua dah siap?"

"Dah puan"

"Bagus, kamu boleh pergi"

Senyuman sumbing terpapar diwajah wanita muda itu

"Pemburu atau pemangsa? aha! pemburulah akan menang bukan? jangan risau, semuanya akan jadi lebih menarik. Pemangsa bakal menyukainya!"

TBC

Dalam beberapa chap lagi, UI akan menutup tirai.

UPIN IPIN S1+S2Where stories live. Discover now