UI 2

295 66 59
                                    

"Seokjin! Jungkook! kata nak main bola! dah petang ni!"

Jerit sekumpulan remaja lelaki memanggil mereka berdua daripada luar rumah

"Kejap kejap"

Opah menyahut

"Cari jin dengan kook ke?"

Mereka semua mengangguk

"Diorang tengah tidur tu. Kalau anak-anak semua nak ajak diorang main, pergilah kejutkan"

"Tak apa ke makcik kalau kitorang masuk?"

Terkejut opah dibuatnya. Dah tua begini masih dipanggil makcik

"Eh, janganlah panggil makcik"

"Entah kau ni. Lain kali panggil macam ni..

tak apa ke kakak?"

Lagilah opah terkejut. Tanpa kita sangka, dalam diam opah awet muda rupanya. Selepas ini pasti dipanggil adik pula

"Ya Allah. Panggil opah jelah, tak perlu nak panggil makcik ke kakak ke. Ppah bukan muda lagi pun"

"Ye ke opah? muka lagi lawa dari sajat-"

Bahunya ditumbuk kuat oleh rakannya yang berada di sebelah

"Kau nak bagi ayat manis agak-agaklah. Jangan kaitkan sajat"

Marah rakannya

"Sajat tu siapa?"

Tanya opah

"A-ah, sajat tu bini Pak Meon dekat kampung sebelah"

Opah meng'oh'kan saja kenyataan yang tidak benar itu

Tanpa melengahkan masa opah berkata

"Tunggu apa lagi? masuklah. Takkan nak tercegat dekat luar sampai tahun depan?"

Mereka semua bergegas masuk ke dalam rumah dan pergi ke destinasi yang dituju iaitu bilik dua beradik

Ini bilik Jungkook

Tak tak, ini bilik Seokjin

Kau apahal? ini bilik akulah

Tak boleh! ini bilik aku!

Apa masalah kau?

Bukan masalah kau! apa masalah kita bergaduh sampai conteng pintu bilik?

INI BILIK SEOKJIN DAN JUNGKOOK

Kan senang tu..

Penuh betul tulisan dipintu bilik mereka

Memang unik sungguh. Sampai rakan-rakan mereka pun tak berani nak masuk apabila melihat tulisan-tulisan di permukaan pintu bilik mereka

Dah macam dihuni oleh warga pesakit jiwa

"Kaulah masuk dulu"

"Kaulah"

Mereka menyiku satu sama lain

"Dey! nak masuk bilik kawan sendiri pun nak siku menyiku ke?"

"Kaulah masuk hoseok"

Dia mengusap leher kekok

UPIN IPIN S1+S2Where stories live. Discover now