UI 18

117 41 31
                                    

"Rambut aku!"

"Rambut kau je, bukan harga diri kau pun!"

"Apa benda kau ni taehyung?! rambut ni ambil masa berjam-jam nak bentuk tau!"

Jerit Hoseok kepada Taehyung yang sudah menyerabutkan rambut milik Hoseok

"Kau fikir kau pakai tudung ke? weh, orang sekarang tengok hati bukan rambut"

"Tak, apa kena mengena pasal tudung?"

"Tak tahulah, aku main kata je. Dah aku tengok budak perempuan dekat cermin, tingkap, kereta cikgu semualah. Diorang asyik betulkan tudung je"

"Dalam diam kau stalk budak perempuan kan?"

"Eh mana ada, kau jangan nak menuduh tau"

"Eleh, mana boleh percaya kau ni"

"Weh! aku jalan sini nampak perempuan betulkan tudung, aku lalu situ nampak perempuan betulkan tudung lagi. Apa kau nak aku pakai tudung dulu ke baru kau nak pecaya aku tak stalk anak dara orang?!"

"Sabar taehyung sabar"

Jimin memeluk tubuh Taehyung yang cuba bangun daripada tempat duduknya

"Aku sabarlah ni"

"Weh weh"

"Apa?"

"Tengok tu"

Jari telunjuk Namjoon menunjuk ke arah bangunan yang hampir sama reka bentuknya seperti istana lama

"Ki-kita buat lawatan dekat situ ke?"

"Manalah aku tau"

"Baiklah murid-murid, kita sudah mahu sampai ke destinasi. Jadi siap sedia, kejutkan kawan yang tidur lena tu. Betulkan tudung yang sudah senget ketepi, makanan snek semua jangan nak tinggalkan dekat tempat duduk kamu semua.

Saya nampak ada kekotoran dan sampah yang tinggal, siap kamu semua. Saya denda tidur luar bangunan tu"

"Baik cikgu jat!"

Jawab semua pelajar serentak

"Weh, seram je tempat tu"

Kata Hoseok perlahan, tetapi dapat didengari oleh enam rakannnya

"Kau takut ke?"

"Ma-mana ada"

"Eleh, kalau takut tu kata jelah takut"

"Kau ni!-"

"Shh, kau ni. Jangan bisinglah, nak tidur luar eh? kau kena tidur luar aku tak nak temankan tau"

Bisik Namjoon

"Yoongi"

Kejut Jimin perlahan

"Yoongi bangun, kita dah nak sampai"

"Jap mak, lima minit lagi abang bangun"

Jimin memandang Yoongi pelik

"Mak? abang? apa kau mengarut ni setan? aku kejutkan kau ni"

Taehyung yang berada dihadapan tempat duduk Jimin memberi isyarat untuk membisikkan sesuatu kepada Yoongi

Jimin hanya mengangguk

Taehyung mendekat ke arah Yoongi dan terus berbisik

"Kumamon kena remba-"

"Kumamon!"

Jimin yang berada disebelah ditampar

Yoongi toleh kesisi dan melihat Jimin memegang pipinya

"Ji-jimin"

"Babi kau yoongi"

"Weh, alah sorry weh!"

"Tak nak!"

"Jimin!"

"Yoongi gelabah! yoongi gelabah!"

Ejek Taehyung

Bas berhenti

"Baiklah! kita dah sampai! mari turun! perempuan dulu turun!"

Arah Cikgu Jat lalu turun ke bawah

Pelajar perempuan semua merungut

"Tempat apa ni?"

"Kenapa seram sangat?"

"Seriously? kita pergi sini? oh my god, i hate this kind of place"

"Demi tuhan apa pun, cepat turunlah anak orang"

Giliran pelajar lelaki pula turun daripada bas

Jungkook toleh kesisi, Seokjin masih termenung

"Bang, jom?"

Seokjin tersentak

"Ah, okay"

"Semua pelajar dah turun ke namjoon? kira balik"

Namjoon mengira semua pelajar

"Ti-tiga puluh satu?"

"Tiga puluh satu? bukan kelas kamu ada tiga puluh orang je ke? cuba kira balik"

Namjoon mengangguk dan mengira semula

"Ci-cikgu, saya kira tiga puluh satu"

"Ish kamu ni, biar saya kiralah"

Cikgu Jat mengira jumlah pelajar dan

"Tiga puluhlah, apa kamu ni. Tak reti mengira eh? hmph!"

"Ta-tapi"

Namjoon memandang enam rakannya yang lain

Mereka berenam mengangkat kening tanda kenapa?

Namjoon hanya memandang dengan wajah yang agak gugup tetapi masih mampu dikawal

"Baiklah! memandangkan pelajar dah cukup, marilah masuk ke dalam"

Semua pelajar mengangkat bagasi mereka masuk ke dalam bangunan yang kelihatan sedikit usang

"Hallu! anybody home~!"

Jerit Cikgu Jat

Pintu gerbang itu dibuka perlahan

Dan kelihatan dua pekerja tersenyum ramah ke arah mereka

Satu figura iaitu seorang wanita muda yang berpakaian kemas dan kelihatan sungguh menawan berjalan ke arah mereka semua

"Selamat datang ke muzium YANG TIADA NAMA"

"Yang tiada nama? memang muzium ni tiada nama eh?"

Tanya Cikgu Jat

"Ha? y-ye, memang begini namanya"

"Oh, baiklah. Tak tahu pula saya nama muzium ini yang tiada nama"

"Tidak apa-apa, anak-anak semua dipersilakan masuk. Tempat tidur semua akan ditunjukkan sebentar lagi, selamat bermalam selama tujuh hari enam malam disini"

Katanya ramah lalu memandang Seokjin yang kelihatan seperti tertanya-tanya

"Jangan bimbang, tiada benda yang tidak menyeronokkan disini. Anak-anak semua bakal menyukai tempat ini"

Wanita muda itu dan Seokjin saling bertatapan, Seokjin terus menoleh pandangannya ketepi

Mengapa? apa yang dilihat oleh Seokjin? ataupun Seokjin hanya gugup?

Muzium YANG TIADA NAMA? wujud ataupun hanyalah sekadar perangkap?

TBC

Mungkin dalam enam chapter lagi, UI akan tamat.

UPIN IPIN S1+S2Donde viven las historias. Descúbrelo ahora