UI 12

132 42 28
                                    

"Saya kata buka butang bawah tu, bawah tu lah lahabau!"

"Em cikgu, mic dah on"

"Eh, dah on?"

Pelajar lelaki itu menganggukkan kepalanya

"Kenapa kau tak bagitahu, eyy budak ni. Dah sana!"

Guru itu mengambil mikrofon yang berada digenggaman pelajar lelaki itu dan berdehem sebelum memulakan maklumannya

"Kepada pelajar tingkatan 6 Namu, sila turun ke astaka sekarang. Ulang suara, kepada pelajar tingkatan 6 Namu, sila turun ke astaka sekarang. Kalau semua lambat turun, aku sebat sekor-sekor"

"Cikgu Jat panggil kelas kita ke?"

Tanya Hoseok kepada rakan-rakannya yang lain

"Haah lah, aku dengar dia panggil 6 Namu. Kelas kita kan? jap aku lupa nama kelas kita"

"Yelah, kelas kita 6 Namu"

"Dah tu, tak kan tak nak turun? aku tak nak kena sebat!"

"Turunlah!"

Semua pelajar kelas 6 Namu bergegas turun kebawah menuju ke astaka

"Kenapa lambat?"

Tanya guru itu tegas

"Ta-tak dengar cikgu!"

Salah seorang pelajar menjawab

"Yelah tu tak dengar! tak dengar ke pura-pura tak dengar!"

Tengking guru itu, pantang sungguh orang yang suka tidak menepati masa

"Eleh cikgu jat ni, aku rembat kang"

"Jungkook"

Seokjin menyenggol adiknya

Jangan tunjuk belang dihadapan guru yang bernama Jat ini, naya di sebat. Beliau senang anda menangis

"Tak apalah, saya maafkan. Nasib baik lepas ni saya ada kelas, kalau tak memang sekor-sekor saya sebat. Hmph!"

"Tak tanya pun"

"Jungkook! kau ni, diamlah!"

Marah Namjoon kepada Jungkook

Suka benar menjawab, tu baru mengata belakang. Kalau depan-depan kejang seluruh otot agaknya

"Baiklah, saya tak nak melambatkan masa. Saya nak umumkan sesuatu kepada kamu semua, dengar dengan teliti. Jangan ketinggalan satu pun ayat yang saya umumkan ni. Faham semua?"

"Faham!"

"Bagus, jadi saya nak umumkan yang sekolah kita sudah memutuskan untuk membawa kamu semua ke lawatan sambil belajar-"

Semua pelajar perempuan sudah bergembira, ada sesetengah yang separuh menjerit tanda tidak sabar

"Hey! hey! tak payah nak menggedik ye, nampak rotan ni? nak kena sebat?"

Terus pelajar perempuan duduk di tempat asal mereka

"Tahu pun nak diam"

Guru itu menjeling lalu menyambung maklumannya

"Seperti yang saya kata tadi, sekolah kita sudah memutuskan untuk membawa kamu semua ke lawatan sambil belajar. Dimana tempatnya saya kurang pasti, yang penting kamu semua wajib pergi,

tentang bayaran pula jangan risau, semuanya percuma. Surat kebenaran akan diedarkan sebentar lagi, ada apa-apa soalan?"

Seokjin mengangkat tangannya tanda ingin menanyakan soalan

"Iya?"

"Cikgu, kenapa kelas kami je yang pergi? kenapa tak ajak kelas lain sekali?"

"Manalah saya tahu, saya hanya menjalankan tanggungjawab untuk memberitahu kamu semua tentang lawatan ni. Yang saya tahu memang pihak sekolah memutuskan untuk bawa kelas kamu sahaja"

"Aik, tak kan tak ada sebab?"

"Dah saya tak tahu saya tak tahulah! nak saya jawab apa lagi? pergi jumpa guru besarlah kalau nak tanya pertanyaan tu semua"

"Eh eh cikgu ni, tadi kata kalau ada soalan tanya. Ni tanya soalan jawab tak tahu, mesti bm pernah fail ni"

Jungkook mengomel perlahan

"Siapa kata bm saya gagal tu?!"

Senyap

Siapa sahaja mahu mengaku? memang semua kecut perutlah mahu mengaku, termasuklah manusia bernama Jungkook ini

"Angin cikgu! angin!"

"Kepala bijak awak angin! bila masa angin boleh bercakap?! mustahil!"

"Tak ada benda yang mustahil dekat dunia ni cikgu!"

"Kau diam sekarang kau diam, aku sebat nanti"

Yoongi menekup mulut Taehyung

"Dah cikgu, dia dah senyap. Teruskan cikgu teruskan"

"Sudahlah, bersurai semua. Mental saya layan awak semua"

Cikgu Jat berlalu pergi, ada kelas katanya

Semua pelajar 6 Namu bangun daripada tempat duduk mereka dan berjalan naik masuk ke kelas

"Hek eleh, benda tu je pun. Boleh je dia masuk kelas bagitahu"

Omel Jungkook

"Kau ni, daripada tadi tak puas hati dengan cikgu jat kenapa? semua benda serba tak kena, kau ada sejarah hitam dengan cikgu jat eh?"

"Tulah, kau pernah couple dengan cikgu jat ke?"

Tanya Hoseok

"Ataupun, kau pernah kena reject dengan cikgu jat?"

Taehyung dan Hoseok tergelak

"Lepastu menangis, cikgu! kenapa cikgu tolak cinta saya yang tulus lagikan mulus ini?! jangan tinggalkan saya cikgu! cikgu jat cinta pertama dan terakhir saya!"

"AHAHAHAHA, babeh kelakar!"

Tergelak mereka

"Ini semua fitnah belaka, malaikat sebelah kiri korang tengah menulis tu ayok!"

Kata Jungkook, saja mahu menakutkan mereka yang tidak henti mempersendakannya

"Dahlah tu, jom masuk kelas"

Ajak Jimin

"Marilah kita masuk ke dalam kelas yang serupa kandang tak siap"

"Kau ni taehyung, suka hati je kata macam tu. Kelas kau juga"

"Dah diam-diam, jom masuk kelas"

Mereka berenam melangkah pergi dan meninggalkan Seokjin yang daripada tadi seperti sedang memikirkan sesuatu

Jungkook menoleh kebelakang dan kelihatan abangnya tidak bergerak selangkah pun

"Bang! kau dah kenapa tercegat dekat situ? jomlah masuk kelas! nak kena sebat ke?"

Seokjin tersentak

"Ah, okay! jom"

Jawab Seokjin lalu berlari ke arah Jungkook

Seseorang memerhati mereka daripada jauh dan tersenyum sinis

"Huh, bodoh"

TBC

UPIN IPIN S1+S2Where stories live. Discover now