UI 6

165 49 33
                                    

"Jin, kook, siapkan apa yang patut, esok dah nak mula sekolah kan?"

Kata opah lembut

"Opah"

Jungkook berjalan longlai ke arah opah

"Kenapa cucu opah ni? lemah je opah tengok bila kata pasal sekolah, tak nak sekolah eh?"

"Mana ada"

"Habistu?"

"Kook tak nak sekolah"

Opah memandang Jungkook bingung

Bukankah ayat yang dikatakan opah sama sahaja dengan ayat yang dikatakan Jungkook tadi? memang Jungkook ingin membuat opah mental

"Sama jelah ayat opah kata tadi"

"Tak, tak sama"

"Apa yang tak samanya?"

"Kook tak nak sekolah bukan sebab malas, tapi kook tak nak sekolah sebab risau tinggalkan opah sorang-sorang dekat rumah, opah mesti fikir kook malas kan? tak payah tanya kook dah tau"

Kook memuncungkan bibirnya tanda merajuk

"Alah, maaflah, biasanya budak umur macam kamu ni malas nak pergi sekolah, manalah opah tahu, janganlah merajuk, aloloh cucu opah ni, sepak kang"

Jungkook duduk di sisi opah dan baring di peha opah yang sedang asyik melipat baju

"Tapi, kalau opah sorang-sorang dekat rumah siapa nak jaga opah? siapa nak tolong halau ayam? siapa nak tolong urutkan kaki opah? siapa nak-"

"Dah dahlah dengan siapa nak kamu tu kook, opah baik-baik jelah, janganlah risau, mengada betul"

Tergelak kecil opah

"Boleh percaya ke opah ni? muka opah dahlah set-set muka suka berbohong tahu "

"Nak jadi cucu derhaka ke?"

"Mana ada! kook gurau je, kook cuma risaukan opah"

"Opah dah kata, tak payah risau pasal opah, pandailah opah jaga diri sendiri, opah dah tua bangka, tau dah apa yang nak dibuat, dah dah pergi siapkan apa yang patut, kacau je opah nak lipat baju"

"Opah halau kook?"

"Peha opah cramplah, kepala kamu tu batu ke? sakit peha opah ni, dah pergi kemas barang sekolah, pergi pergi"

Jungkook bergegas bangun dan berlalu pergi

"Abang! opah halau kook"

Ngadu Jungkook kepada Seokjin

"Padanlah muka kau! memang patut kena halau pun!"

"Opah!"

"Opah halau betul-betul baru tau! sudahlah tu bergaduh! kemas barang lepastu tidur!"

Jerit opah, bingit betul mendengar suara mereka menjerit mengadu, kalau suara seperti anak kecil yang tidak berdosa tak apalah, ni suara garau orang dengar pun lari

Nasib opah penyabar orangnya

KRING KRING

Opah berjalan menuju di mana terletaknya telefon antik itu di atas meja lalu opah menjawab panggilan yang diterima

"Assalamualaikum?"

Senyap

"Assalamualaikum? siapa ni? kenapa telefon saya? ada apa-apa masalah ke?"

Kedengaran esakan halus di ganggang telefon itu

"Siapa ni?"

Wanita di dalam ganggang telefon itu cuba untuk berkata-kata

"Kenapa kamu menangis?"

Bertubi-tubi soalan diutarakan oleh opah, opah hanya ingin tahu siapakah gerangan yang menelefonnya sekarang

"O-opah"

Wanita itu mula bersuara dengan esakan yang semakin kuat

Mata opah mula terpaku, telefon yang berada di genggamannya mula terjatuh, seakan masa terhenti, air liur ditelan walaupun terasa pahit

Siapakah gerangan wanita itu?

TBC

UPIN IPIN S1+S2Where stories live. Discover now