UI 8

166 48 30
                                    

"Pergi sekolah tu elok-elok tau, jangan nak mengorat anak dara orang pula"

"Jin tak mengorat pun, kook tu lah, dia kan ada ciri-ciri lelaki tak setia"

"Eh eh kau ni, cakap baik sikit eh, aku ni setia tau"

"Yelah tu, tengok-tengok nanti dah tua ada bini empat"

"Aku tak sekuat tu!-"

"Apa ni? depan pintu pun nak bergaduh ke? dah dah pergi sekolah sana, jangan buat kawan-kawan tertunggu-tunggu dekat sekolah tu"

"Baik"

Jawab Seokjin dan Jungkook serentak

Selepas siap mengikat tali kasut, mereka berdiri menghadap opah lalu menyalam dan mengucup tangan opah

Opah mengusap ubun kepala mereka lembut

"Elok-elok tau, jangan nakal-nakal dekat sekolah"

"Baik boss!"

Opah tergelak kecil

"Dah pergi sekolah cepat!, nanti lambat"

"Bye opah!"

Mereka melambai opah sakan

"Bye!"

"Weh kook, kau bawak motor perlahan sikit boleh tak? kita nak pergi sekolah bukan nak pergi race!

"Apa? bawak laju sikit? okay!"

Jungkook memecut laju

"Jungkook!"

Dalam masa 10 minit mereka sudah tiba di perkarangan sekolah

Rakan-rakan mereka menunggu dua beradik itu di bus stop yang terletak dihadapan sekolah

"Weh, tu diorang dah sampai"

"Mana?"

"Tu!"

"Mana?!"

"Bukalah cermin mata mainan kau tu! jadah apa bawa pergi sekolah?! kau buang sekarang!"

"Alah! janganlah marah! cermin mata ni aku sayang tau"

"Sayang tak sayang, menyusahkan orang betullah"

"Apalah korang ni, janganlah mulakan pergaduhan dipagi yang indah dah mulia ini, nanti ilmu tak masuk"

"Bisinglah kau, dalam kelas pun kau tidur juga kan?"

"Kau-"

"Dah dah jom, kita pergi dekat diorang tu, tak habis-habis nak memekak, junior lalu tengok je kita ni, tak tahu malu ke?"

"Buat apa nak malu? kita pakai baju"

"Kau kalau aku tengah bercakap jangan melawan tau, aku bakar rumah kau nanti"

"Kau bakar rumah aku, aku tidur dekat rumah kau, selesai masalah"

"Mak aku kata, kalau muda-muda bergaduh, nanti tua-tua jatuh cinta"

Kata Namjoon selamba dan berlalu pergi menuju ke arah Seokjin dan Jungkook yang sudah masuk ke dalam sekolah

"Member dah tak single lagi dah ni, selamat maju jaya"

Gurau Taehyung

"Harap till jahanam eh, mati bersama, masuk neraka pun bersama"

Hoseok berkata bagi menyokong gurauan Taehyung

"Kalau dengan kau kan, aku sanggup bujang sampai tua, aku straightlah babi"

Kata Yoongi geram

"Aku tahulah! tak payahlah babi kan aku! aku manalah tahu apa-apa! yoongi ni bodohlah! bukan salah aku, yang dimaki aku, aku pun mangsa keadaan!"

Jerit Jimin

"Dahlah tu oi! kau bergaduh berdua dekat bus stop tu fikir dalam drama ke?! cepatlah masuk dalam sekolah! korang lambat masuk, aku doakan kena sambar petir tahu tak!"

Jerit Seokjin, fikir dalam cerita hindustan ke nak tunggu hujan baru nak berbaik? kena sambar petir baru tahu

Yoongi dan Jimin berlari masuk ke dalam sekolah

"Salah kaulah ni"

Marah Yoongi kepada Jimin

"Aku lagi?"

"Yelah, kaulah"

"Salahkanlah aku lagi, eyy masalah betul, dasar tua"

"Kau ni-"

"Nak gaduh lagi? nak gaduh? aku bawa korang berdua jumpa Cikgu Jat karang, menangis tak berlagu nanti"

Marah Namjoon pula kepada mereka berdua yang tak habis-habis bergaduh mulut

"Tak, masalahnya sekarang ni, ni cerita aku dengan abang aku tau, celah mana jimin dengan yoongi masuk jadi main character?"

"Bersangka baik, kalini je masa diorang nak bersinar, bagilah peluang"

Jungkook menganggukkan kepalanya dan terus berlari mengikuti mereka yang sudah meninggalkannya di belakang

Itu baru sahaja situasi di luar sekolah, kalau di dalam sekolah? lagi huru haralah jadinya

UPIN IPIN S1+S2Where stories live. Discover now