UI 10

143 44 18
                                    

KRING !

Loceng rehat sudah berbunyi, berpusu-pusu semua pelajar keluar daripada kelas pergi ke kantin

"Jap jap, sabar, kantin tak lari mana pun"

Kata Namjoon yang baru sahaja ingin menyimpan bukunya di dalam beg

"Cepatlah sikit namjoon, perut aku dah bunyi ni, dia tengah nyanyi lagu no don't touch me there, this is my no no square"

"Oh! aku tau lagu tu!"

Teruja sungguh Hoseok dan Jungkook menyanyikan lagu itu, menari kedepan kebelakang, dah macam orang mabuk milo gamaknya

Mereka menggelengkan kepala melihat tingkah laku kebudak-budakan dua orang sahabat mereka

"Tapi, kau bayangkan kalau kantin ada kaki, dia lari weh, lepastu budak sekolah kita kejar dia, lepastu dia pija-"

"Ha yelah, kalau boleh dia terbang sekali, otak kau ni memang fikir cerita yang tak logik je ke taehyung? cuba bagi cerita yang boleh diterima akal dan fikiran"

"Logiklah tu, dalam cerita tu terselit logik yang boleh diterima fikiran dan akal!"

"Akal dan fikiran, sebelum aku sebat kau baik kau diam taehyung"

"Apa ni! nak main sebat-sebat pula! tak baik sebat anak orang!"

"Kau ni!-"

Baru sahaja Yoongi mahu memukul Taehyung, Namjoon terus berkata

"Dah jom pergi kantin, nak bercerita pula, kau fikir sekarang waktu sejarah ke? nanti kebulur salahkan aku"

"Bila masa kitorang salahkan kau?"

"Yelah! nanti korang kata, nilah namjoon simpan buku lama sangat, namjoonlah ni salah nak simpan buku bagai, kenapa tak buang je buku tu, kan kita dah lambat nak pergi makan! aku taulah!"

Bebel Namjoon

"Eh dahlah, jangan over, aku hanya bertanya"

"Kalau kau tanya, jawapan kena detail, kalau tak bertambah lagi soalan kau bagi, kau fikir ni peperiksaan ke apa?"

"Eyy, dahlah, jom pergi kantin, aku pun dah lapar ni"

Jimin mencelah, perut memang dah berbunyi kuat, lapar sungguh, boleh buat musik melalui perut, jika dia lakukan musik melalui perut, mohon sokong Jimin dengan kasih sayang

"Makanan! i'm coming bebeh!"

Taehyung berlari keluar daripada kelas

"Taehyung! alah budak ni, kalau ye pun tak sabar nak makan tunggulah kita"

Mereka berenam berjalan keluar daripada kelas dan

"Weh, kenapa ramai orang berkerumun tu?"

Tanya Jungkook

"Mana?"

"Tu, dekat depan kelas 6 Marjuki"

"Eh, haahlah, asal tu?"

"Jom pergi tengok"

Ajak Seokjin

Mereka berjalan menuju ke arah kerumunan pelajar-pelajar itu dan

TBC

UPIN IPIN S1+S2Where stories live. Discover now