UI 23

119 33 18
                                    

"Sedia?"

Tanya Jungkook

Mereka berenam mengangguk kecil

"Betul ke apa yang kita buat ni jungkook? kalau puan ros nampak macam mana?"

Tanya Hoseok dengan nada yang kedengaran seperti dalam ketakutan

"Alah, kau chill sikit boleh tak? tak payah nak gelabah sangat. Kita masuk bilik tu, lepastu keluarlah balik. Tak lama pun"

Ujar Jungkook yakin

"Jom"

Mereka berenam jalan perlahan-lahan menuruni tangga

Tidak sangka, pemandangan dibawah tangga itu sungguh kelam. Seperti berada di dalam gua yang tiada lubang cahaya

"Gelapnya"

Kata Jimin perlahan

"Siapa bawa lampu suluh?"

Tanya Jungkook

Namjoon memegang begnya dan mengalihkan kesisi bahunya lalu membuka zip begnya

"Nah"

Namjoon menghulurkan lampu suluh kecil ke arah Jungkook

"Wah, kau bawa?"

"Habistu? mak aku ajar sediakan payung sebelum hujan"

"Tapi, sekarang tak hujan"

Yoongi menepuk kepala Taehyung perlahan

"Tu peribahasalah bahalul"

"Oh ye ke? manalah aku tahu"

"Dah diamlah, korang borak dekat sini. Nak kena tangkap dengan puan ros ke?"

Mereka menggeleng

"Dah tu, jomlah"

Perlahan-lahan mereka berjalan menuju ke arah bilik itu

"Peliknya pintu dia"

"Tulah, nampak macam pintu lama. Tak pernah buka ke apa pintu ni? banyak betul habuk"

Jungkook menarik nafas dalam

Tangannya digenggam erat seketika, gementar mahu membuka pintu bilik itu

Mengapa perlu gementar? dia pun tidak pasti, mungkin rasa berdosa sebab tidak mematuhi arahan Puan Ros

Nafasnya dihembus perlahan

Tangan kanannya diletakkan di tombol pintu bilik itu dan

KLAK !

"Tak kunci?"

"Seriuslah? tak kunci?"

"Jom masuk"

"Kejap jungkook kejap, sumpah aku kata aku tak berani nak masuk"

"Kenapa pula?"

"Aku tak tahulah"

"Kalau kau tak nak masuk, kau duduklah sorang-sorang dekat luar ni. Berani?"

Hoseok menggeleng

"Dah tu, masuk jelah"

Hoseok mengeluh kecil

Pintu dikuak perlahan

Kedengaran bunyi besi di pintu yang sudah berkarat itu berbunyi

UPIN IPIN S1+S2Where stories live. Discover now