UI 7

162 49 42
                                    

"Pulangkan anak saya"

Mulut opah seperti dijahit, tidak dapat berkata-kata apa-apa

"Tolong, pulangkan anak kami"

"Kamu ni siapa?"

"Opah, kami merayu, kami tak mati lagi, tolonglah berkata jujur dengan anak-anak kami, kami rindu anak-anak kami opah"

"Bila masa opah ambil anak kamu berdua? janganlah buat opah macam ni, opah tak pernah ambil anak sesiapa, kamu berdua salah nombor ni"

Opah cuba meyakinkan pasangan suami isteri yang berada di dalam talian itu

"Opah, kami janji, suatu hari nanti kami akan kembali, pulangkan sebelum opah akan menyesal"

Opah menelan air liurnya sekali lagi

"Kamu berdua ni siapa?!"

"Ibu bapa kepada harun dan haris"

Opah mengerutkan dahinya

"Harun dan haris?"

"Iyalah, opah tengah jaga mereka berdua kan? opah pernah ambil mereka daripada kami"

Kata mereka yakin

Opah masih bingung, bila masa dia ambil anak mereka yang bernama Harun dan Haris? opah tak pernah lihat mereka apa lagi jaga

"Kamu salah orang ni"

"Opah janganlah tipu kami lagi, kami tahulah"

"Opah yang kamu cari daripada kampung mana?"

Tanya opah tegas

"Ka-kampung Ding Ding Dong"

Opah menepuk dahi kuat

"Ya Ampun kamu berdua ni! opah yang kamu tengah bercakap sekarang ni daripada Kampung Durian Runtuh, bukan Kampung Ding Ding Dong! tu kampung sebelah!"

"Oh"

Kedengaran suami isteri itu seperti dalam keadaan gelabah

"Maafkan kami, tapi mereka kata ini nombor opah tu"

"Kamu fikir dekat dunia ni opah ada satu je ke?"

"Ma-maafkan kami opah, kami salah orang hehe"

"Itulah, lain kali tanya betul-betul, ni terus kata opah ambil anak kamu berdua, opah ada cucu dua orang je, tu pun nama Seokjin dan Jungkook, entah bila masa opah ambil anak kamu berdua, berderau darah opah tahu tak"

Pasangan suami isteri di dalam talian itu hanya tergelak kekok

"Maafkan kami sekali lagi ye opah"

"Tak apalah, lain kali tanya dulu kalau tengah call orang lain, nasib baik opah tak ada darah tinggi"

"Kami minta diri dulu ya? terima kasih opah hehe"

"Yelah, sama-sama"

Opah meletak telefon itu di tempat asalnya semula

"Ada kata aku ambil anak diorang, kalau aku ni bukan jenis penyabar, dah lama dimaki laki bini tu"

Opah mengambil nafas yang dalam dan berkata

"Tak apa opah, kau soft, okay kau soft, dah pergi sambung lipat baju"

Opah menasihati dirinya, kata-kata itu dapat menenangkan hati yang sedang membara akibat dituduh sebentar tadi, jangan sesekali kata opah gila, jika anda berkata opah gila

Tiada peluang untuk cuba mengorat cucunya, jangan menyesal

"Opah tengah borak dengan siapa tu?"

Jungkook bertanya kepada Seokjin

Iyalah, tengah bersedia mahu tidur terdengar pula opah mereka seperti memarahi seseorang

"Jangan sibuk pasal oranglah"

"Yang aku sibukkan tu opah tau, bukan manusia lain"

"Alahai, yelah, jangan sibuklah, aku tak kata sesiapa pun"

"Yelah, kau betul, ambil semua ambil, bawak masuk kubur"

"Terima kasih"

Jungkook mendengus

"Bosanlah borak dengan kau"

Seokjin memandang Jungkook

"Anda rasa saya ada masa untuk berbual dengan anda? tiada"

"Seokjin? pergi mampus"

"Jungkook? anak kutip"

"Seokjin? takut katak"

"Jungkook? takut perempuan"

"Seok-"

"Seokjin Jungkook, Seokjin Jungkook, apa benda yang digaduhkan ni? sebut nama masing-masing pula tu, opah ingat kamu berdua ni dah tidur, tahu tak esok nak sekolah?

opah dah kata tidur awal, sempat pula nak bergaduh, babap sekor-sekor kang"

Bebel opah, niat nak masuk bilik cucu nak melihat wajah mereka yang sedang nyenyak tidur, tapi lain pula yang dilihatnya

Boleh pula mereka bergaduh menyebut nama masing-masing, cucu-cucu, ada sahaja perangai masing-masing

"Janganlah babap kitorang opah"

Rayu Jungkook

"Opah, babap kook je jangan babap jin, dia memang patut dibabap"

"Mana boleh! kalau aku kena babap, kau sekalilah kena babap!"

"Ah tak ada tak ada, kau layak dibabap!"

"Dahlah cucu oi! tidurlah! dahlah liat nak bangun esok pagi, penat opah nak kejut sorang-sorang, tidur sekarang"

Marah opah, penat betul melayan mereka

"Tapi, kook tak mengantuk lagilah opah"

"Kook tahu tak, kalau jenis tidur lambat ni, nanti malam-malam ada benda mengira tau, dia masuk bilik, nanti dia kata satu dah tidur, dua pun dah tidur, tiga? kenapa tak tidur lagi? ha, masa tu menyesal tak tidur awal tahu"

"Karut jelah benda tu opah"

"Karut eh? tak ingat pakcik hassan punya anak tu demam sepuluh hari sebab dengar benda mengira, hilang ingatan budak tu tau, kook pun nak kena ke?"

Jungkook terlihat seperti dalam ketakutan, tetapi dia cuba untuk mengawalnya dihadapan Seokjin dan opah

"Tak nak"

"Dah tu, tidurlah cepat"

"Yelah yelah, kook tidur"

Seokjin hanya menahan tawanya kerana Jungkook seperti percaya dengan cerita rekaan opah sebentar tadi

"Seokjin, kamu pun tidur"

"Baik opah!"

"Selamat malam cucu-cucu opah"

"Selamat malam opah"

Jawab mereka berdua serentak

Harap mereka dapat bangun awallah pada esok pagi, kalau tidak bangun juga, silalah tampilkan diri anak-anak angkat opah untuk membangunkan mereka ya, kalau berjaya kejutkan, opah belanja telefon ayayai kim seokjin makan petai~

TBC

UPIN IPIN S1+S2Where stories live. Discover now