Zaidi hanyalah jejaka biasa. Hidup pun macam hidup segan mati pun tak mau. Terpaksa struggle dalam hidup selepas terpaksa menguburkan cita-citanya sebagai seorang art analyst atas desakan kewangan. Habis je diploma dia terpaksa kerja di sebuah syarikat, itu pun atas ehsan kawan dia, Musz. Hidup dia rotate sebanyak 360 darjah apabila dia ditawarkan dengan satu job oleh majikan dia. Dia terpaksa untuk terima job yang maha berisiko itu disebabkan job performance dia makin merudum. Nak tak nak dia terpaksa untuk terima job itu dan untuk kesekian kalinya, Zaidi akhirnya menjebakkan diri ke dalam bidang yang paling diminatinya, namun, penuh dengan komplikasi dan kekeliruan yang dia perlu terima. Tiga lukisan yang mempunyai rahsia tersendiri. Satu entiti merungkai satu rahsia. Pertembungan dimensi menjadi titik jawapan yang terselindung di balik rantaian masa.