INTERVAL 8.0

2 0 0
                                    


Jari ligat berlari di atas Ipad yang menunjukkan keadaan vortex dimensi dan kiraan masa untuk misi mereka. Juni di sebelah tengah fokus monitor keadaan sekeliling rumah dan juga keadaan di dalam rumah. Tiba-tiba jari yang ligat berlari di atas papan kekunci IPAD terhenti dan pandangan dia terus dilarikan pada rumah tersebut. "Shit!!!!! Zaidi. Kenapa sekarang kau nak berlagak jadi hero pulak ni!" Dahlia dah bengang bila Zaidi ada niat pula nak tolong Uncle Kuan dan Riezman menerusi minda Zaidi. Segera butang diearpiece ditekan untuk disambung pada Zaidi, tapi talian tak bersambung sebab Zaidi dah putuskan sambungan antara earpiece mereka.

"Shitttt!!!!" jerit Dahlia perlahan. Tak satu-satu pulak yang jadi. Dahlah dia tengah pening bila plan dah bertukar pada 360 darjah. Dia baru dapat isyarat dari Riezman mengatakan yang manuskrip tu tak ada kat sini, tapi yang penting selamatkan lukisan yang ada pada Zaidi sekarang. Dia sebagai ketua untuk misi ni terpaksa bertindak cepat memandangkan plan dah berubah. Yang penting sekarang dia perlu untuk kumpulkan semua orang dalam masa yang berbaki ini untuk kembali semula pada realiti.

Punat earpiece ditekan sekali lagi. Kali ni talian disambungkan pada Irina yang dalam perjalanan menuju ke Zaidi. Talian bersambung dan suara Irina jelas kedengaran di balik talian, "Dahlia... what is wrong?"

"Bawak Zaidi keluar dari situ sekarang. Dia dah acting nak jadi hero pulak ni," balas Dahlia. Tangan tengah laju menaip sesuatu di IPAD. "Kita tak punya banyak masa sekarang. Approximately kita ada kurang dari 15 minit dari sekarang."

Langkah yang tadinya laju dah berubah menjadi perlahan bila dia dengar arahan dari Dahlia. Aduh... kenapa sekarang pulak kau nak jadik hero bagai Zaidi oi.... dia cuba sambungkan talian pada Zaidi setelah menamatkan perbualan dia dengan Dahlia. Tapi sama jugak macam Dahlia, talian itu tak dapat disambungkan sebab awal-awal lagi dia dah putuskan connection earpiece.

"Kau buat kerja bodoh apa ni Zaidiiiiii!!!!"keluh Irina perlahan sambil langkah dilajukan menuju ke arah Zaidi yang taktahu plan apa dia nak buat.

LUKISANWhere stories live. Discover now