2

9 0 0
                                    


"Cuba kau cerita kat aku sekarang, apa yang jadik sebenarnya?" Musz, merangkap financial manager dan juga merangkap partner in crime aku dari kecil tengah soal siasat aku mengalahkan polis sekarang. Waktu ni kami tengah duduk lunch sesama kat kedai mamak area company ni. Aku tak tahu apa anginnya mamat sorang ni boleh pulak nak ajak aku lunch sesama sedangkan selama ni memang dia tak kisah langsung sepanjang kewujudan aku kat sini. Ya... ya... aku akui yang kerja yang aku dapat ni pun atas ihsan Muz ni jugak.

Aku diam. Mata masih lagi merenung ke arah jalan yang sesak dengan manusia yang berpusu-pusu dengan pelbagai jenis ragam. Ada tu, pemandu yang terjerit terlolong memaki pemandu lain atas alasan tak reti menghormati orang lain. Kadang-kadang aku seronok dan leka juga melihatkan keletah dan gelagat manusia yang bodoh dalam mengejar erti dunia yakni sementara ni. Hakikatnya, masing-masing semua hidup dalam tamadun yang hanya pentingkan diri sendiri.

"Zaidi! Kau mengelamun apa ni?" Perlahan-lahan aku alihkan perhatian aku pada dia. Boleh tengoklah macam mana bengangnya dia bila aku buat bodoh je soalannya. Cawan yang terisi teh tarik tu aku bawa perlahan-lahan ke mulut, lantas aku cicip sedikit sebelum meletakkannya kembali di atas meja dengan mata kembali menatap ke arah jalan raya.

"Yang kau sibuk sangat dengan hidup aku ni kenapa Muz?"

"Kau tanya soalan bodoh macam ni dah kenapa?"

"Lawakkan? Kita dari dulu memang suka sangat berbalas-balas soalan." Aku sengih sambil pandang dia balik. "Kau tanya ni memang betul-betul ikhlas ke atau sebagai satu cara kau nak tegur aku supaya jaga air muka kau?"

"Kau cakap apa ni Zaidi?"

Aku sengih bila aku terpandang muka Muz yang pura-pura terkejut dengan soalan itu. Mata aku melayang kembali pada jalan. "Aku tahu apa yang bermain dalam fikiran kau Muz. Kau malu bila orang yang kau rekemenkan untuk bekerja dalam syarikat jahanam ni, tak perfomed. Prestasi kerja merudum. Selalu datang lambat. Proposal pun tak pernah yang siap."

"Kau tahu pun problem kau! The problem is aku nak tahu kenapa kau jadik macam ni?" Muz dah mengeluh keras. Aku boleh dengar dan aku percaya yang dia pun naik annoying dengan perangai aku yang suka berahsia. Aku langsung tak menjawab pertanyaan dia. Aku rasa tak perlu untuk aku jelaskan pada dia sebab aku tahu yang memang sukar untuk dia terima apa yang bakal aku cerita nanti. So, aku tak nak ambil risiko.

"Kau tahu tak kenapa dalam hidup kau ni kau tak ada kawan, tak ada teman? Sebab perangai keras kepala kau, perangai ego kau tu dengan paranoid kau yang tak pernah-pernah habis. Kau bina tembok kat keliling kau. Kau tolak orang lain untuk cuba concern kat kau, untuk cuba faham dengan kau. Lepas tu kau salahkan orang lain kenapa diorang tak nak faham kau. Kau sedar tak yang kau sebenarnya punca semua benda ni jadi. Even, aku yang kawan lama dengan kau ni pun kau anggap macam aku ni stranger kat kau, aku tak tahulah macam mana aku nak cakap lagi." Muz terus bangkit dari duduk dan blah dari situ. Perlahan-lahan aku hantarkan pandangan sepi pada dia. Aku tak tahu kenapa tapi some sort yang dia cakap tu ada kalanya betul. Tapi aku punya alasan untuk memilih jadi begini. Manusia yang paling rapat dengan kita pun tak boleh kita nak percaya even family sekalipun apatah lagi manusia yang hanya bergelar kawan. Hati manusia ni boleh berubah dalam sekelip mata je. Mungkinlah hari ni kau nampak dia suka dengan kau tapi esok dia boleh jadi benci dekat kau tanpa apa-apa sebab. Kalau sebab harta pun adik beradik dan saudara mara yang kadang-kadang berkongsi darah dengan kau pun boleh berbunuh, kau rasa manusia yang tak ada pertalian darah tak mampu ke nak buat lebih dari tu.

Aku mengeluh perlahan. Mata masih lagi tak lari melihat gelagat manusia di jalanan. Sebenarnya aku tak tahu apa yang aku kena buat. Problem aku ni kalau aku cerita kat orang pun tak mungkin orang akan percaya. Nota yang ditinggalkan oleh entiti semalam memang betul-betul menganggu fikiran aku.

LUKISANWhere stories live. Discover now