13

2 0 0
                                    

Setengah jam perjalanan mengikut panduan dari Waze akhirnya kami sampai ke destinasi yang dituju. Kali ni aku terpaksalah bergantung harap degan Waze memandangkan situasi yang darurat macam ni. Nasib baiklah pukul 10 malam macam ni bandar Ipoh tak adalah jem sangat. Lancar je perjalanan aku. Bila aku tilik balik perjalanan aku petang tadi, yang sampai tersesat semata nak pergi Hospital Ipoh, tak adalah jauh sangat pun dari exit tol Ipoh ni pon. Sesat sebab mulut kepoh minah ni lah kot yang entah berapa kali salah bagi arah. dah dia yang pegang phone aku masa tu, kononlah nak tolong aku jadi pemandu arah. Tengok-tengok aku dengan dia pon sama-sama ting tong.

Aku pandang Adriana kat sebelah aku. Senyap je dari tadi. Pandangan dia ditalakan ke luar tingkap menikmati segenap permandangan malam sekitar bandar raya Ipoh ni yang dipenuhi dengan lampu-lampu neon di sepanjang jalan. Aku tahu pandangan yang ditala tu tak seiring dengan apa yang bermain di fikiran dia. Kalau aku kat tempat dia pun, aku akan serabut tahap petala kelapan. Tak pe bagi dia masa.

"Jangan risau. Aku ada nak tolong kau," aku tak tahu kenapa ayat ni boleh terkeluar dari mulut aku. Rasa malu jugaklah, tapi bila fikirkan balik, mungkin lepas ni aku tak ada peluang lagi untuk ekspreskan apa yang aku rasa, kiranya ni masa yang sesuai jugaklah. Betul! Aku ni jenis orang yang susah nak ekspresskan apa yang aku rasa. Aku jenis yang memendam. Semenjak kenal dengan dia nilah, sikit-sikit aku belajar untuk open up perasaan aku dan aku rasa bersyukur jugaklah bila jumpa dia walaupun perangai dia annoying nak mampus. Adriana yang dengar statement tu keluar dari mulut aku hanya berpaling dan tersenyum. Dia tak cakap apa-apa pun, terus aku alihkan pandangan ke atas jalan. Okay! Relaks wahai hati. Pehal pulak laju semacam kau pam darah ni. Nasib dia tak perasan yang aku tengah gugup semacam. Tanpa aku sedar, stereng kereta aku ramas perlahan untuk hilangkan gemuruh. Lepas tu kami senyap sepanjang perjalanan melayan fikiran dan perasaan masing-masing.

Alhamdulillah, berkat Waze yang tak buat hal hari ni, kami sampai ke destinasi yang dituju. Mulut aku dah ternganga, mata aku dah terpaku bila tengok depan mata sekarang, satu pension besar gedabak betul-betul megah berdiri atas bukit ni. Patutlah aku rasa pelik semacam tadi, kenapa Waze ni bawak aku dalam hutan. Dahlah lampu jalan tak ada. Aku hampir menyumpah seranah jugaklah Waze ni, bawak aku entah mana-mana jalan. Berkat kesabaran yang Allah bagi, maka aku tekadkan dan yakinkan pada intuition aku untuk ikut saja jalan ni. Berapa minit perjalanan dari simpang terakhir kami masuk, pension nilah yang kami nampak satu-satunya kediaman di sekitar tempat ni.

Aku berhentikan kereta betul-betul depan pintu gate pension ni dan tanggalkan seat belt, cuba perhatikan sekeliling pension tengok ada orang ke tidak. Lepas tu aku tengok waze kat phone untuk pastikan betul ke tidak ini location yang Daniel hantar in the first place. "You have reached your destination," berkali-kali suara perempuan dari application Waze ni bergema. Serabut pulak aku dibuatnya. Terus aku padamkan application tu dan letakkan phone ke dash board kereta. Aku cuba usha lagi keliling pension tu, memang betullah ada orang sebab ada dua buah kereta parking di sebalik pintu gate ni. Dah tu, kereta bukan-bukan calang kereta pulak tu. Di bahagian kiri kereta Peugeout RCZ warna maroon, lagi satu pulak kereta Miserati sports model warna biru tua.

Aku alihkan pandangan aku pada Adriana kat sebelah. Dia hanya diam, tak tunjuk apa-apa reaksi pun. Tengok dia pun macam kucing hilang anak je gayanya. Tertunduk. Senyap. Aku nak pelik apa kalau dia tak terkejut beruk macam aku sekarang. Sepanjang 3 bulan lebih inilah tempat yang dia tuju untuk selesaikan segala misteri dia. "Kau okay tak?" Tanya aku perlahan. Risau pulak bila aku tengok dia macam ni. Dia mengangguk perlahan. Tak sempat nak tanya lagi, pintu gate automatik terbuka, terus fokus aku berpaling pada arah bunyi tersebut. Boleh nampak samar-samar di sebelah Miserati tu, Daniel tengah menunggu kedatangan kami. "Kau tak payah risau. Kan aku kata tadi, aku ada untuk tolong kau. Dah jom." sambung aku lagi sebelum perlahan-lahan buka pintu kereta dan berjalan ke arah Daniel yang tersenyum simpul dari tadi ke arah kami.

"Selamat datang," kata Daniel sambil menghulurkan tangan untuk salam. Aku pun balas balik unjukan tangan dia.

"Macam mana tahu yang kitorang dah sampai?" Tanya aku lagi sebab pelik jugaklah, pension ni dahlah besar gedabak. Jarak antara gate ni dengan ruang dalam pension boleh tahan jauh jugaklah. tak mungkin boleh dengar enjin aku berbunyi sebab kereta aku ni kereta hybrid, tak hasilkan bunyi yang bising pon.

"You know Dahlia...." balas Daniel sambil mengajak kami masuk ke dalam pension.

"Oh.. ya... dia boleh baca aura dan fikiran orangkan? No wonderlah. Aku baru je nak call kau tadi bila sampai," aku ketawa kecil bila tahu hakikat yang sekarang ni aku dikelilingi dengan manusia ajaib. Bodohlah aku ni!

Kami sama-sama mengaturkan langkah masuk ke dalam pension tersebut. Lagi sekali..... Lagi sekali... rahang aku jatuh bila tengok bahagian dalam pension mengalahkan cantiknya istana. Ada tangga spiral pulak tu macam dalam cerita Cinderella, tu belum lagi dengan chandelier besar gajah tergantung di tengah siling ruang tamu ni. Terus langkah aku terhenti. Tengah aku asyik melayan perasaan teruja aku, suara Daniel mengembalikan aku pada subjek utama kami datang ke sini. "Zaidi, yang ni Joe. Korang tak pernah jumpa lagikan?" Seorang lelaki yang boleh tahan tinggi dengan raut wajah macam orang Jepun tu tersenyum bila diperkenalkan oleh Daniel kepada aku. Sekali pandang macam perempuan juga sebab rambut dia yang panjang tu diikat pony tail, kombo sekali dengan muka bersih dicukur tanpa meninggalkan sebarang kesan misai mahupun janggut. Yang boleh detect dia ni lelaki sebab dia lagi tinggi dari Daniel dan badan dia... badan dia lagi tough kot dari aku. Ni kalau audition untuk jadik model Maskulin memang pass terus tanpa ragu-ragu.

Joe menghulurkan tangan dan aku pun sambut dengan tangan terketar-ketar. Amboi... over sangatlah pulak aku sampai nak rasa insecure macam ni. "Ri... Rina ada cerita pasal Joe kat aku hari tu," tergagap-gagap aku nak jawab dengan sengih awkward di bibir pandang mereka berdua.

"Kenapa? Kau dah tangkap leleh ke dengan si Joe ni Zaidi. Jangan cakap kau ni gay?" Suara sumbang Dahlia di balik penjuru tu mengembalikan fikiran aku yang menerawang jauh pasal Joe. Aku pandang tajam ke arah minah tu. Kacau daun betul tau. Kalau aku gay pon apa kau kisah.

"Aku tak judge okay. Suka hatilah kau nak jadi gay ke tak. Tapi sanggup ke kau lukakan hati orang lain yang tengah bergantung harap kat kau ni?" Balas Dahlia sambil mengangkat tangan tanda surrender dengan sengih sakat dia tu. Aku rasa tak selamat kalau ada satu rumah dengan dia ni. Habis segala benda dalam kepala aku dia korek nanti.

"Dahlia! Behavelah sikit," tegur Daniel sambil melangkah ke arah adik dia yang dah berjalan ke arah meja makan di balik bilik tinggalkan aku dengan Joe. Awkward. Aku nak cakap apa dengan dia ni. Dah lah kantoi aku berfantasi pasal si Joe ni. Aku gosok-gosok leher nak hilangkan nerves. Tak tahu nak cakap apa, dan tak tahu nak buat apa.

"So Rina dah buat brief introduction pasal komuniti ni dekat kaulah?" Tanya Joe pada aku buat kali pertama.

"A.... Aaaaaahhh.." jawab aku tergagap-gagap sambil mengikut langkah dia ke bilik yang dituju oleh Dahlia dan Daniel tadi.

"Macam mana kau boleh kenal dengan Rina," tanyanya lagi tanpa menoleh ke arah aku.

"Dia kawan sekolah aku dulu tapi sepanjang form 4 dan form 5 jelah," jawab aku lagi dan dia hanya mengangguk mendengar penjelasan aku. Sekarang kami dah masuk ke dalam bilik makan tersebut. Tergamam untuk kali yang ke-berapa, aku tak kira pulak, bila tengok meja makan panjang yang macam dalam istana tu, di tengah-tengah bilik ni. Di bahagian depan meja tu ada satu cork board yang besar dia boleh dianggarkan macam size white board kat kelas. Penuh dengan benang dan kertas yang dihubungkan antara satu sama lain. Sepanjang meja tu pulak memang penuh dengan fail dan kertas yang bertaburan, segala kod dan abjad serta nombor yang aku tak pasti apa fungsinya. di satu penjuru meja aku nampak Dahlia tengah bincang sesuatu antara Daniel dan Adriana sambil merujuk kepada satu kertas. Aku rasa ni markas penyiasatan diorang ni. Wei!!! dah terasa macam dalam cerita Sherlock Holmes je ni.

Aku pandang sekeliling. Adriana, Joe, Daniel dan Dahlia, cuma aku tak nampak kelibat Irina dari tadi. Diakan protector, sepatutnya memang dia kena ada kat sinilahkan.

"Rina tengah rehat kat bilik hujung sana," balas Dahlia sambil tersenyum ke arah aku. Sempat pulak dia kenyit mata kat aku. Kan aku dah kata yang aku rasa tak selamat sungguh bila satu rumah dengan perempuan ni. 

LUKISANWhere stories live. Discover now