14

2 0 0
                                    

"Aaaaaarrrrghhhh..." suara jeritan dari bilik hujung begitu kuat sampai menyentakkan semua orang di bilik ini.
"Abang.... Rina," kata Dahlia perlahan. Terus Daniel bergegas keluar dari bilik tersebut menuju ke bilik hujung. Aku pandang muka Dahlia untuk dapatkan jawapan tapi masing-masing dengan kerutan wajah yang tak mampu dijelaskan. Dia hanya pandang aku dengan pandangan sayu sebelum menghantar pandangan dia pada Joe yang masih menalakan pandangan ke pintu. "Joe," panggil Dahlia perlahan dan macam ada kuasa telepati antara mereka berdua ni, Joe hanya mengangguk dan melangkah keluar mengikut arah tuju Daniel tadi.

Aku confius sekarang ni. Suara yang menjerit tu suara Irina ke? Macam-macam persoalan yang timbul dalam kepala sekarang. Kenapa Rina menjerit tiba-tiba? Ada apa-apa yang buruk ke berlaku pada Irina? Aku minta jawapan dari Dahlia dan Adriana menerusi pandangan mata, dan aku pasti sebenarnya dia tahu apa yang ada dalam kepala aku, tapi si Dahlia ni pilih untuk tak nak jawab. Aku dah bengang dah bila masing-masing buat macam tak tahu je. Dahlia masih lagi menilik kertas dan bincangkan sesuatu dengan Adriana. Adriana pula hanya mampu bagi pandangan bersalah pada aku sebab dia sendiri pun tak boleh nak buat apa.

Fine! Fine! Biar aku cari jawapan sendiri. Terus aku bergegas keluar ikut langkah Joe yang ada di depan. Aku tak boleh bayangkan something would happen to Irina. Aku tak sanggup. Langkah aku yang laju tadi makin lama makin perlahan bila aku dengar suara tangisan sayu seseorang dan aku tahu yang tu suara Rina. Kenapa dia menangis? Apa yang jadi pada dia? Aku tetap aturkan langkah sampailah ke depan pintu bilik yang menempatkan Irina, tapi serta merta aku berhenti.

"Rina," gumam aku perlahan bila aku tengok keadaan dia. Tak mungkin! Aku menutup mulut sebab aku tak sanggup nak terima hakikat yang Irina jadi macam ni.

"It's okay Rina. It's okay. Aku ada kat sini," Daniel memeluk Irina dalam usaha menenangkan dia. Bau hanyir darah kuat menala ke segenap bilik itu dan bila aku talakan pandangan aku pada Irina yang dalam pelukan Daniel, aku tengok tangan dia dah berlumuran darah. Beberapa kesan goresan yang dalam nampak begitu ketara sampai darah tak berhenti langsung dari luka tersebut. Separuh dari baju Daniel yang tadinya berwarna kelabu dah lembap dibasahi dengan darah Irina. Ada sesuatu yang dipegang oleh Irina membuatkan aku tak dapat nak tahan rasa sebak, kepala aku berpinar sehingga dirian aku jadi goyah. Cepat-cepat aku pegang dinding untuk tampung berat badan dari terjatuh. Dalam tangan dia pisau. Pisau jilid. Takkan Rina nak bunuh diri?

"Joe," panggil Daniel perlahan. Dengar je nama Joe dipanggil terus dia dapatkan Irina yang masih lagi menangis. "It is okay Rina. Aku ada kat sini. Kau tak payah takut lagi dah. Everything will be fine." Pujuk Daniel lagi sambil mengusap lembut kepala Rina. Perlahan-lahan pisau yang ada di tangan Irina dilepaskan. Ting!!!!! Bunyi pisau jilid terjatuh walaupun tak lah kuat mana, tapi bagi aku segala bunyi dalam dunia ni dah dilenyapkan, bunyi pisau tu paling kuat memenuhi ruang pendengaran aku.

Joe macam dah biasa dengan situasi yang berlaku terus melakukan tugasnya. Dia melutut di tepi katil Irina. Menarik sedalam-dalam nafasnya sebelum memejamkan mata dan mendepangkan telapak tangan dia ke arah lengan Irina yang terkulai di tepi katil. Sikit-sikit cahaya biru mula kelihatan menyelubungi Irina, dan darah yang pada mulanya membuak-buak keluar, perlahan-lahan berhenti. Aku boleh tengok dengan jelas yang setiap goresan luka tadi sikit-sikit terkatup dan lama-lama pulih macam tak ada apa yang berlaku. Tangisan Irina makin lama makin pudar dan ahirnya aku nampak kepalanya terlentok di sisi Daniel. Tapi Daniel still tak lepaskan Irina dan masih lagi mengusap lembut kepalanya. Ada sikit perasaan cemburu bila aku tengok diorang ni rapat macam tu. Tipulah kalau aku cakap aku tak jeles! Aku tahu aku tak sepatutnya ada perasaan macam tu memamndangkan aku baru jumpa balik dengan dia pun beberapa jam yang lepas. Kalau nak dibandingkan dengan Daniel, mungkin separuh hayat gadis itu dihabiskan dengan Daniel.

LUKISANWhere stories live. Discover now