11

2 0 0
                                    


Setiap saat yang berjalan aku rasa macam lambat sangat berlalu. Terasa macam dunia sekeliling dalam slow motion. Aku tak hiraukan segala benda yang berlaku kat sekeliling. Fokus aku hanya berpaksi pada gadis yang berdiri lebih kurang 5 meter dari aku. Mata warna hazel, dengan lesung pipit di sebelah pipi kanan, dan senyuman yang terukir di bibir betul-betul mengembalikan memori lama aku pada dia. Ya! Pada dia! Pada insan yang bernama Irina Hamdan.

Adriana cuba menggawang tangan dia di depan mata aku bila tengok aku dah kejung berdiri dengan mata tak berkelip langsung. " Dah kenapa pulak mamat ni?" Bisiknya perlahan. Terus perhatian Irina beralih pada lelaki yang berdiri di sebelah Adriana, iaitu aku.

"Zaidi?" tanya dia perlahan dengan kerutan di dahi cuba nak memastikan adakah betul dia tegur orang yang dimaksudkan. Aku masih lagi seperti tadi. Kaku. Kejung. Aku dengar je persoalan yang dilontarkan, tapi tak tahulah kenapa badan aku langsung tak boleh nak bergerak. Lidah aku kelu gila nak bercakap. Nasib baik aku tak ternganga bila nampak Irina ni. Kalau tak malu woi... tak tau nak sorok muka ni kat mana. Pandangan aku masih lagi tak lepas dari dia.

Dengan teragak-agak dia cuba mendekati aku. Nak kasik close up sikit adakah betul insan yang dia nampak ni. Aku dah nampak macam bidadari datang kat aku. Aduuuuuhhhhh.... Aku masih lagi tak boleh bergerak. Air liur aku telan perlahan.

"Wei.... First love kau ke?" Bisik Adriana kat cuping telinga aku. Wow... statement dia padu gila sampai berjaya tarik aku balik ke alam realiti. Cepat-cepat aku berpaling pada dia yang hanya beberapa inci dari muka aku. "Janganlah cakap kuat-kuat." Balas aku cuak.

"Kau boleh nampak Adriana?" Tanya Irina bila tengok aku dan Adriana berkomunikasi. Terus kami berdua kalihkan pandangan pada dia yang dah berhenti lebih kurang satu meter dari kami. Sekali lagi aku kaku dan kejung tak tau nak cakap apa.

Adriana siku perut aku (tak terasa apa pun wei.. sebab dia tumbuk angin je. Duh...) sambil berbisik di balik katupan gigi dia, "Jawablah. Dia tanya kau tu." aku nak jawab tapi masalah dia sekarang lidah aku ni kelu semacam. Aku tak boleh nak bercakap. Tapi aku gagahkan juga bila Irina pandang antara kami berdua. Minah kat sebelah ni tersengih je macam kerang busuk.

"Ah... Mmmmm... Ah.... Haah..." tergagap- gagap aku nak jawab. Aduh.... Lidah aku selama ni lancang je bercakap tapi hari ni sebab insan cantik di depan mata ni terus.....

"Betullah kau ni Zaidi? Wei... lamanya tak jumpa?" Dia dah ketawa dan melompat-lompat kecil bila dia yakin yang aku ni Zaidi. Apasal wei... kenapa kau buat aksi comel depan aku ni Rina? Cair hati akulah tengok kau macam ni. Dulu waktu kat sekolah punyalah garang giler nak mampus. Orang nak dekat pon fikir dua tiga kali, sebab takut kena baham. Tapi... Rina.... yang kat depan aku ni? Lain giler?! Aku hanya tersengih jelah yang mampu.

"So.... You two..." Irina menyambung dengan jari telunjuk dan digawang antara aku dan Adriana.

"Haah.. Dia boleh nampak saya," balas Adriana bagi pihak aku yang masih lagi buntu nak menyusun ayat.

"Wait.... But how?" Jelas sangat kerutan di dahi Irina cuba nak mencari jawapan. Kalau berkerut pon still jugak comel. Aku tersengih lagi.

Adriana perasan dengan reaksi aku yang dari tadi dalam fantasi sendiri. Dia pun dah nak meluatlah kot tengok aku macam ni. Terus dia berjalan ke arah Irina dan diseluk tangannya pada gadis tu sebelum menyambung "I will tell you later. Sekarang kita ada urusan yang kena disettlekan." Irina hanya ikut saja arah tarikan Adriana dengan mata yang tak lepas langsung dari aku. Dia macam nak cakap sesuatu pada aku, tapi dibatalkan niatnya dan tersenyum, "We will catch up later."

Dan aku masih lagi tercegat berdiri di sini bagai kaki aku digam pada lantai menghantar pandangan pada mereka berdua. Tapi....

"Sudah-sudahlah tu tercegat kat tengah tu macam jumpa bidadari. Nanti kau boleh jugak borak dengan dia. Tak yah nak over sangat reaction kau tu," laung Adriana sampai terkejut aku dibuatnya. Minah ni kan, kalau sehari tak buat perangai annoying dia memang tak boleh agaknya. Bagilah aku chance sikit nak berdrama kat sini. Irina hanya ketawa kecil bila tengok aku dah perlahan-lahan melangkah dengan muka cemberut mengikut mereka berdua.

LUKISANWhere stories live. Discover now