Sinaran mata Dahlia yang tadinya warna Hazel kita bertukar pada warna biru purplish. Mata dua tak berkedip langsung dari memandang Riezman dan Zaidi. "Juni? Dah ready ke?" Soal Dahlia dengan mata yang berkalih langsung dari mereka berdua.
"Yup." balas Juni ringkas sebelum dia perlahan-lahan naik ke atas udara. Bentuk prisma dimensi mula terbentuk. Serentak dengan itu, Dahlia menghayunkan tangannya mengikut arah lawan jam. Satu lapisan lutsinar terbentuk menyelubungi keempat-empat mereka. Kuan menyedari perbuatan tersebut terus dia hayunkan pedang dan serentak dengan itu, satu gelombang api mula terhasil dan laju menjurus ke arah mereka berempat. Nasib baiklah Dahlia sempat aktifkan shield. Gelombang api tu hanya menyentuh pada lapisan shield sebelum ia hilang macam habuk berterbangan di udara.
"Rina! Ambil tiub lukisan tu dari Zaidi," arah Dahlia tanpa menoleh langsung. Irina cepat-cepat ambil tiub lukisan itu dari Zaidi.
Spektrum dimensi mula kelihatan di bawah kaki mereka. Cahaya yang malap perlahan-lahan menjadi terang. "Riezman, Lia tak punya banyak masa ni. Settle cepat sikit." boleh nampak kerungat mula kelihatan di pelipisnya. Tenaga makin lama makin susut.
![](https://img.wattpad.com/cover/202161273-288-k982261.jpg)
CZYTASZ
LUKISAN
General FictionZaidi hanyalah jejaka biasa. Hidup pun macam hidup segan mati pun tak mau. Terpaksa struggle dalam hidup selepas terpaksa menguburkan cita-citanya sebagai seorang art analyst atas desakan kewangan. Habis je diploma dia terpaksa kerja di sebuah syari...