2

7.5K 520 66
                                    

Arline berjalan dengan riangnya, dia mengukirkan senyuman sendiri dengan sangat lebar. Dia biasanya kerja pada shift malam sahaja, rakan di tempat kerjanya pelik dengan dirinya yang hanya akan tersenyum dan bekerja pada waktu malam sahaja. Walaupun boss mereka menukarkannya pada waktu siang, tetapi gadis itu membantah sehabis mungkin. Alasannya dia lebih gemar bekerja waktu malam kerana orang tak ramai.

Ramai orang memandang kearahnya yang sedang tersenyum manis, senyuman itu boleh menarik sesiapa sahaja yang melihatnya, dan siapa yang melihat senyumannya itu dengan serta-merta akan jatuh cinta dan akan menurut apa sahaja untuk dirinya. Pelik kan? And yes itulah hakikatnya.

Arline hanya membiarkan sahaja siulan nakal dari sekumpulan lelaki kepadanya, dia tersenyum bahagia dengan kehidupannya sekarang, tiada tekanan, tiada masalah, semuanya baik-baik sahaja dan berjalan dengan lancar. Jika dulu di kampung dirinya sentiasa dihina, dicaci, dimaki hamun, dikata bahawa dia adalah perempuan sihir, syirik, iblis dan sebagainya. Tapi, semua itu dia tidak ambil perduli pun yang penting hidupnya bahagia bersama dengan 'mereka'.

Matanya terarah kepada seorang makcik dengan anaknya, makcik itu sedang menangis dihadapan anaknya, dengan senang hati kakinya melangkah mendekati mereka dengan senyuman penuh bermakna dibibir mungilnya. Selangkah demi selangkah dia sudah sampai dihadapan mereka. Dia tersenyum manis kepada orang tersebut namun jelas dari riak wajah anaknya tidak suka akan kehadirannya disitu, fikir dia kisah ke?

"Assalamualaikum, makcik." tegurnya dengan ramah kepada makcik tersebut dan mengukirkan senyuman, makcik itu membalas senyumannya kembali dan itu membuatkan Arline berasa gembira, tidaklah dia sedih kerana melihat makcik itu bersedih, lalu dia terus melontarkan kata-kata yang boleh membuat makcik dan anaknya terkejut dan terkaku dengan apa yang dikatakan olehnya, mereka memandangnya tanpa berkelip.

"Makcik jangan layankan sangat anak makcik ni, kalau dia nak duit, suruh dia cari sendiri, jangan pandai nak marah orang je kalau tiada duit, kalau dia kebulur sangat nak duit, suruh dia cari sendiri ataupun suruh jual organ dia ke? Ataupun jual diri dia." katanya sinis kepada anak makcik tersebut. Anaknya jelas marah dengan apa yang dia katakan, cerlungan tajam diberikan kepada Arline.

"Oi, perempuan sial! Kau siapa nak cakap begitu dekat aku? Kau jangan nak suruh aku jual tubuh akulah! Kau ingat aku ni murahan sangat ke?" tengkingnya dengan kuat, ramai mata yang memandang kearahnya mereka sambil berbisik-bisik melihat wayang free dari mereka.

"Kau yakin ke yang kau ni tak pernah jual diri kau? Yakin yang kau tu bukan murahan?" soalnya dengan senyuman sinis yang semakin melebar, dia tergelak jahat kerana melihat wajah bengang gadis itu, and orang ramai pun semakin ramai memandang kearah mereka. And yes! Itu yang dia mahukan, biar dia tahu dengan siapa dia ajak 'bermain'.

"Kau per-------------" belum sempat dia berkata, mata Arline dan matanya bertembung, dan mulutnya juga seakan terkunci. Mata Arline dan matanya bersambung lalu dia tersenyum puas melihat gadis itu. Dia tersenyum bahagia bila mendengar bisikkan si 'dia' yang berada dalam badannya, memuji dirinya.

"Bagus Arline sayang."

Dia tersenyum lebar, gadis itu perlahan-lahan rebah di lantai, ibunya terkejut dan terus mengalirkan airmatanya melihat anaknya, namun Arline hanya beriak biasa sahaja melihat kearah gadis yang sudah rebah itu.

Badan gadis itu berubah menjadi kemerah-kemarahan serta berbau busuk juga dengan mulutnya berbuih, tubuh ibunya ditarik oleh orang yang berada di tempat tersebut untuk menjauhkan dirinya dari anaknya. Arline tersenyum puas, ada sebab kenapa dia berbuat begitu.

Dia menuju kearah makcik tersebut yang menangis teresak-esak. Dipandangnya mata wanita tua itu untuk bersambung dengan pandangannya, seketika Arline memejamkan matanya sebelum dia membuka kembali. Warna mata hitamnya sudah tiada, yang ada hanyalah warna putih sahaja dan bercahaya.

Zapp!

Makcik itu seketika terpukau, dipandangnya mata tersebut walaupun dia tidak mahu memandangnya tetapi seperti ada sesuatu yang sedang menarik dirinya untuk melihat mata itu juga tidak kira dalam keadaan rela ataupun tidak. Setelah beberapa minit, Arline memejamkan matanya semula sebelum membukanya kembali.

Zapp!

"Bye makcik, terima kasih ye untuk hari ini, line berasa gembira sangat, kerana setelah sekian lama line tidak 'beraksi', bye assalamulaikum."

Arline tersenyum lebar dah gembira dengan apa yang dia lakukan, terus sahaja dia meninggalkan makcik tersebut dan melangkah keluar dari tempat itu dengan perasaan yang gembira, sedikit pun dia tidak rasa bersalah kerana apa yang buat tu semuanya betul, tiada yang salah, sehinggakan 'rakannya' juga memuji dirinya kerana melakukan hal tersebut, jadi buat apa dia nak rasa bersalah pula, sedangkan itu arahan 'rakannya'.

Dia melangkah ke tempat keretanya terletak, awalnya dia memang ingin mahu pulang, tetapi dia ingin singgah dulu disebuah lorong yang gelap, tempat seperti itulah yang menjadi kegemarannya.

Zapp!

Terdapat ada sekumpulan lelaki yang sedang tersenyum miang terhadapnya, Arline tersenyum sinis melihat kearah mereka. Mulutnya membaca sesuatu dengan mata yang terpejam, selepas itu matanya dibuka kembali dengan senyuman penuh bermakna dibibirnya.

Dengan serta-merta kesemua lelaki itu mengikutinya dari belakang, Arline sudah tersenyum lebar. Kakinya melangkah kesuatu tempat yang sangat sunyi sekali. Langkahnya dihentikan begitu juga dengan kesemua lelaki yang mengikutinya.

"Em...abang tahu tak jalan pulang? Line rasa line sudah sesat, boleh tak pergi sini sekejap." pintanya dengan sangat lembut, tidak menunggu lama, kesemua lelaki itu mendekati dirinya dengan laju.

Semeter sahaja lagi mereka semua sampai kepada Arline, mereka semua rebah dengan secara mengejut, kakinya melangkah kesemua lelaki tersebut dengan senyuman jahat.

"Abang semua kena tidur okey, line buat sikit je ni, tak sakit mana pun." katanya dengan senyuman lalu melakukan sesuatu kepada semua lelaki tersebut.









Arline keluar dari tempat tersebut dengan baju, tangan dan wajah yang berlumuran darah, dia seperti biasa, bibirnya mengukirkan senyuman yang sangat bahagia. Banyak hal yang membuatkan dia bahagia hari itu, sebab itulah dia suka keluar waktu malam berbanding waktu siang.

"Eh, adik. Kenapa dengan adik ni? Kenapa banyak sangat darah?" soal seorang wanita kepadanya dengan prihatin, Arline tersenyum lebar kepada wanita tersebut.

"Maafkan saya makcik kalau dah takutkan makcik, semua darah ni dari ibu saya, dia baru je kemalangan setengah jam lalu dan darah ni kepunyaan ibu saya sebab saya yang bawa ibu saya ke hospital, tak sempat nak bersihkan diri tadi, maafkan saya eh makcik," ujar Arline dengan senyuman yang cantik. Wanita itu terpikat dengan senyuman itu, kan sudah dikatakan, setiap orang yang melihat senyuman itu dengan serta merta akan membuatkan mereka terpikat dan akan jatuh sayang kepadanya.

"Lah, macam itu ke? Adim hati-hati ye pulang, makcik doakan ibu adik selamat dan sihat seperti sediakala ye," balas makcik tersebut dengan senyuman. Arline membalas dengan anggukan.

"Terima kasih makcik, saya pulang dulu, assalamualaikum." kata Arline lalu melangkah pergi dengan senyuman yang sukar ditafsirkan.



So macam mana? Okey tak bab ni, kalau rasa cerita ni bagus, vote dan komen, kalau nak update lagi, komenlah, komen banyak-banyak , tatatata jumpa lagi okey, yang benar Arline hehhhhh

𝐒𝐓𝐑𝐀𝐍𝐆𝐄 𝐖𝐈𝐅𝐄Where stories live. Discover now