Prolog

16.2K 702 120
                                    

Kedengaran suara seorang gadis yang sedang menangis teresak-esak. Dirinya dipukul tanpa belas kasihan oleh ibunya.

Rayuan dan tangisan dari gadis itu, tidak diendahkan oleh sang ibu. Hatinya berasa panas bila mengenangkan kejadian dimana anaknya tidak mendengar katanya.

"Ibu, sakit bu, tolong berhenti." rintih gadis tersebut dengan airmata yang berlinangan. Berkali-kali dia merayu namun tetap tidak dihiraukan.

"Kau kata sakit? Lagi sakit hati aku anak setan! Kau ni dari kecil sampai ke besar asyik nak malukan aku je." marah ibunya dengan lantang.

"Bu, semua itu tak betul bu, line tak buat pun semua tu. Percaya ibu, line tak buat pun benda tu." kata gadis itu kepada ibunya. Namun, hanya cerlungan tajam sahaja yang dia dapat.

"Kau ingat aku percaya cakap kau? Kalau aku tahu perangai kau macam ni, aku taknak lahirkan kau dekat dunia ni! Lebih baik aku gugurkan je kau waktu aku mengandungkan kau dulu! Menyesal aku lahirkan kau, tahu tak?" herdik ibunya lagi dengan perasaan yang benci dan marah.

"Sampai hati ibu cakap macam tu, line anak ibu! Darah daging ibu. Line berani bersumpah yang line tak buat benda terkutuk tu pun ibu. Ibu percayalah, janganlah seksa line macam ni." tangisnya tersendu-sendu. Dia ingin meraih tangan ibunya, namun tangannya ditepis secara kasar.

"Kau jangan nak sentuh aku! Aku tak ingin nak mempunyai anak yang melakukan syirik! Aku memang dah lama sabar dekat kau line! Aku ni pergi mana-mana je, mesti aku dengar orang cakap yang aku ni jaga anak yang membela setan! Kau tahu tak betapa malunya aku, kau tahu tak?" marahnya lagi sambil memukul anaknya menggunakan tali pinggang dengan kuat.

"Sakit bu, isk isk, sakit, maafkan line ibu." rintih Nurul Arline dengan sayu. Hanya tuhan sahaja yang tahu betapa sakitnya yang dia rasakan.

"Kau tak payah nak berlakon lah anak setan! Setakat pukulan macam ni, tak sakit pun, sebab kenapa? Sebabnya, kau tu bela saka. Aku tahu mesti kau pakai pedamping." ujar ibunya dengan senyuman sinis dibibirnya.

Laju sahaja Nurul Arline menggelengkan kepalanya. Airmatanya setia mengalir dipipi. Namun, ibunya hanya memandangnya tanpa rasa belas kasihan.

"Sampai hati ibu cakap line macam tu, sanggup ibu tuduh line macam tu." sayu sahaja dia berkata kepada ibunya yang jelas tidak mempercayai dirinya.

"Sekarang kau berambus dari rumah aku! Aku tiada anak yang bela saka macam kau! Aku harap sangat Allah bagi kau hidayah supaya kau tinggalkan perbuatan syirik kau tu! Kalau mati pun lebih bagus." kata ibunya lalu mengheret tubuh arline sampai ke pintu dan ditolak secara kasar.

Kedebuk!

"Mulai sekarang, kau jangan berani jejakkan kaki kau dekat rumah ni! Anak setan, iblis! Kau pergi dari sini, bawa sekali jin kau tu." kata ibunya lalu meghempas pintu dengan kuat.

Bam!

"Ibu, tolong buka pintu ni bu, line minta maaf bu, ibu!. Tolong buka pintu ni bu! Maafkan line, maafkan line." pohonnya berkali-kali . Namun, hanya sia-sia sahaja kerana ibunya takkan menerima dirinya.

Dia melihat lembaga yang sedang tersenyum kepadanya. Perlahan-lahan dia tersenyum kearah lembaga tersebut.

"Kalau ibu buang line dalam hidup ibu. Setidaknya, 'mereka' masih mahu bersama dalam hidup line. Selamat tinggal ibu."

𝐒𝐓𝐑𝐀𝐍𝐆𝐄 𝐖𝐈𝐅𝐄Where stories live. Discover now