12

3.6K 295 21
                                    

"Oi, pelik bangun weh." kejut Syaril dengan menampar pipi mulus milik Arline. Bibirnya mnegukirkan senyuman penuh bermakna.

"Apa kau nak?" soal Arline mamai. Namun, matanya masih lagi belum dibuka. Syaril tidak berputus asa mengejutkan gadis itu agar membuka matanya.

"Bangunlah pelik, aku ada benda nak tunjuk dekat kau ni." desak Syaril. Arline berdecit kecil sebelum dia membuka matanya.

"Tadaaaa!"

"Arghhh!"

Syaril tergelak suka melihat wajah terkejut Arline melihat lipas yang elok sahaja berada diwajahnya. Semua itu angkara Syaril yang meletakkan lipas tersebut diwajah gadis itu sebelum dia bangun.

"Kau sengajakan?" marah Arline dengan wajah yang berang. Tetapi, Syaril masih lagi tergelak suka dan tidak menghiraukan amarah Arline.

Mata Arline memandang kearah lipas yang sudah dia buang ke lantai. Dia membuat muka jijik melihat haiwan tersebut. Nak pegang tapi geli.

"Arghhh!"

Sekali lagi Arline menjerit apabila lipas tersebut terbang kearahnya. Syaril bukannya nak membantu gadis itu malah dia hanya membiarkan sahaja.

Buk!

"Auch!"

Syaril terkejut. Dengan langkah yang laju dia mendekati tubuh gadis itu yang terhantuk pada dinding sebentar tadi. Gadis itu mengusap dahinya dengan wajah yang seperti menangis.

"Pelik, kau okey tak ni?" risau Syaril. Rasa bersalah pula kerana membuli gadis itu. Namun, jangan fikir dia tak buli lagi. Rasa kasihan tu sekejap saja.

"Ini semua salah kau! Kau memang sengajakan?" marah Arline dengan mata yang berkaca-kaca. Kalau dinding kayu tak apalah, tapi dinding tu bukan kayu, sakit dia hanya Allah sahaja yang tahu.

"Bukan salah akulah pelik. Itu salah kau, siapa suruh lari tak tengok jalan," balas Syaril selamba tanpa rasa bersalah. Arline yang mendengar jawapan yang terbaik dari lelaki itu hanya mampu menahan geramnya.

"Eh, pelik kepala kau dah benjol. Macam alien tahu tak. Bertanduk!" selamba sahaja Syaril berkata lalu tergelak kuat. Arline menjuihkan bibirnya.

"Ada juga yang aku bagi jumpa tuhan tak lama lagi." gumam Arline perlahan. Cukup dia sahaja yang mendengarnya.

Arline memegang dahinya. Terasa bengkak pada bahagian tersebut. Airmatanya sudah hampir pecah. Teringat waktu dia bersama dengan arwah ayahnya. Kenangan yang lalu terlayar dibenak fikirannya.

Flashback

"Ayah sakit." adu seorang gadis comel kepada ayahnya. Dahinya ditunjukkan kearah sang ayah dengan wajah yang penuh dengan airmata.

"Kenapa boleh jadi macam ni sayang?" soal ayahnya kepada putrinya yang sedang menangis.

"Arline kena buli oleh budak nakal dekat sebelah rumah kita tu. Mereka kejar Arline dengan lipas ditangan mereka. Jadi, Arline larilah, tapi bila Arline lari kaki Arline tergelincir lepastu dahi Arline terhantuk dekat kayu," ceritanya kepada ayahnya dengan manja. Terukir senyuman kecil dibibir lelaki tua itu.

"Mereka buli sayang ayah lagi eh? Tak apa nanti ayah ajar mereka okey. Jom, kita pulang, kita letak ubat dekat dahi line." kata ayahnya kepada Arline.

"Baik ayah!"

End Flashback

Setiap kenangan bersama ayahnya, dia takkan pernah lupakan. Memori itu tersemat dibenak fikirannya. Hanya kenangan ayahnya sahaja yang menjadi memori terindah untuk dirinya.

'Ayah.'

Arline menundukkan kepalanya lalu mengalirkan airmata dengan derasnya. Suaranya tidak kedengaran, hanya bahunya sahaja yang terhinjut-hinjut.

"Kau menangis ke pelik? Kau ni cengenglah. Terhantuk sikit dah menangis. Kau bukannya baby lagi nak menangis bagai. Cuba kuat sikit. Lembab betullah kau ni. Tak payahlah nak menangis. Adui." bebel Syaril tanpa ketahui masalah gadis itu. Arline makin menguatkan tangisannya membuatkan Syaril menjadi kalut.

"Weh, pelik kau janganlah nangis kuat sangat. Nanti orang fikir lain pula bila dengar suara kau. Tolonglah berhenti weh, janganlah nangis eh. Nak cendol eh?Nanti aku belikan kau eh?" kata Syaril cuba memujuk gadis tersebut, berharap agar Arline menghentikan tangisannya.

"Janganlah nangis weh, tolonglah." rayu Syaril cuba memujuk Arline. Matanya meliar kearah pintu, takut jika ada orang berfikir lain bila mendengar suara gadis itu.

Arline mengangkat kepalanya. Matanya bertembung dengan mata mereka'. Selepas itu dia menghentikan tangisannya bila 'mereka' ada mengatakan sesuatu kepadanya.

"HAHAHAHA."

Syaril memandangnya dengan pelik. Kenapa pula gadis itu ketawa? Bukankah tadi dia menangis. Apa yang membuatkan gadis itu berubah sikap?

"Kau dah kenapa? Peliklah kau ni" ujar Syaril dengan gelengan. Gadis itu memandangnya dengan senyuman sinis. Airmata diseka menggunakan ibu jarinya.

"Kalau aku pelik, ada masalah dengan kau ke?" balas Arline dengan senyuman sinis dibibirnya. Lantas dia bangun dan menuju ke katil.

Syaril hanya mampu memandangnya dengan wajah yang pelik. Gadis itu ada masalah mental ke apa?.

"Kau tercegat dekat situ dah kenapa? Seronok sangat ke duduk dekat lantai tu?" perli Arline membuatkan Syaril menyampah mendengarnya.

"Suka hati akulah nak duduk dekat mana pun," balas Syaril menyampah lalu menuju ke sofa semula tanpa memandang wajah gadis tersebut.

"Apa-apa jelah." ujar Arline kepadanya. Lalu mereka berdua hanya berdiam diri sahaja. Seperti upacara pengebumian pula waktu itu.

"Pelik, kau memang guna sihir eh?" soal Syaril memecahkan kesunyian diantara mereka berdua. Gadis itu memandangnya dengan pandangan kosong dan dingin.

"Kau rasa?" soal Arline dengan tenang. Syaril merengus geram. Orang tanya dia, boleh pula dia tanya aku balik. Menyampah pula aku dengar.

"Orang tanya tu jawablah. Yang kau soal aku semula kenapa! Tak boleh ke kau jawab je." geram Syaril. Arline tertawa kecil sebelum dia menjawab.

"Kalau itu yang kau rasa, betullah tu," balas Arline dengan senyuman senget. Syaril tidak berpuas hati dengan jawapan gadis itu.

"Tak boleh ke kau jujur saja. Patutlah semua orang benci kau, rupanya perangai kau macam ni." sinis Syaril. Arline memandangnya dengan pandangan dingin dan beku.

"Aku tak perlukan orang lain dalam hidup aku. Aku tak perlu juga ambil kisah tentang apa yang orang lain katakan tentang aku. Aku hidup bahagia sahaja walaupun ramai orang yang benci aku. Setidaknya, masih ada orang yang menjadikan aku terpenting dalam hidup mereka." ujar Arline dingin kepadanya.

"Siapa yang kau maksudkan?" soal Syaril ingin tahu. Orang yang dikatakan oleh Arline itu siapa? Dia pun ingin tahu juga.

"Perlu ke kau tahu? Kau tak perlu pun tahu tentang hal hidup aku. Jangan nak sibuk," sinis Arline berkata. Keningnya sebelah dijongketkan. Dia tersenyum sinis melihat wajah tidak puashati Syaril.

"Aku pun tak inginlah nak sibukkan diri tentang kehidupan kau! Sudahlah pelik lepastu gila. Kenapalah orang yang kau sebutkan tu jadikan kau terpenting dalam hidup mereka. Kau ni bukannya istimewa sangat pun. Macam besi buruk je aku tengok." selamba Syaril menuturkan katanya.

"Bagi kau yang aku ni besi buruk, tetapi bagi mereka aku adalah intan permata yang berharga," balas Arline dengan senyuman dibibirnya.

"Perasan lebih je minah pelik ni."  kata Syaril dengan perlahan. Namun, sempat ditangkap oleh Arline. Bibir gadis itu mengukirkan senyuman sinis.

'Aku tak perasan, tetapi itu memang kenyataan.'



Hello pembaca Strange wife. Kita bertemu lagi heks❤️. So macam mana guys, minta maaf if part ni sedikit hambar ye. Jangan lupa vote dan komen. Jumpa lagi muahhh😂❤️❤️.

𝐒𝐓𝐑𝐀𝐍𝐆𝐄 𝐖𝐈𝐅𝐄Hikayelerin yaşadığı yer. Şimdi keşfedin