46

5K 260 60
                                    

Karl mengejutkan tunangnya yang menangis dalam tidur. Dia yakin yang gadis itu sedang bermimpi buruk.

"Hey, wake up baby." kejutnya berkali-kali dengan menampar-nampar lembut pipi Elyna. Gadis itu tersedar terus dari mimpi buruknya.

"Akak!"

Jeritnya dengan lantang. Wajahnya sudah berpeluh. Nafasnya turun naik. Fikirannya masih membayangkan mimpinya sebentar tadi.

Jantungnya berdegup dengan laju. Dia melihat sekeliling. Mereka masih berada di hospital. Dia memandang wajah Karl.

"Hey. Kenapa ni baby?"

"Akak macam mana?" soal Elyna dengan jantung berdegup laju tanpa menjawab soalan lelaki itu. Karl mengusap kepala tunangnya dengan senyuman kecil.

"Alhamdulillah. Kakak awak dapat diselamatkan dan keadaannya juga stabil. Cuma, sekarang dia belum sedarkan diri," balas Karl. Elyna menghembuskan nafas lega. Rupanya, dia hanya bermimpi sahaja. Dia tidak boleh bayangkan kalau mimpi tersebut menjadi kenyataan.

"Daddy mana?" soalnya lagi sambil mencari kelibat lelaki itu.

"Daddy, saya dah suruh Syikin hantar pulang. Kasihan sebab daddy pun mesti penat. Sebab tu saya suruh Syikin hantar balik," balas Karl.

Elyna mengganguk faham. Dia memandang wajah Karl. Lelaki itu sangat baik dan selalu ada bersamanya.

"Saya nak beritahu sesuatu." kata Karl.

"Saya dah minta doktor untuk pindahkan rawatan kakak awak di rumah Syaril. Daddy pun saya suruh Syikin hantar ke rumah Syaril. Keadaan sekarang bahaya. Awak pun kena ikut sekali." ujar Karl membuatkan gadis itu pelik.

"Kenapa?"

"Nanti awak akan tahu juga. Sekarang kita kena bertolak." kata Karl lalu dibalas anggukan dari Elyna walaupun dia masih berasa pelik.








Nana dengan wajah yang bengang berjumpa dengan Fei. Dia berasa marah kerana targetnya sudah melepaskan diri. Tidak sangka, rahsia yang sudah dia simpan lama terbongkar dalam sekelip mata.

"Arghh!!"

"Wo! Rilek! Kenapa?" soal Fei kepadanya. Nana memandangnya tajam.

"Eryna dah terlepas! Sial! Aku yakin yang dia sudah tahu tentang hal yang sebenar." ujar Nana. Fei tergelak jahat.

"It's okey. Aku dah upah orang untuk menghapuskan Eryna. Dan sekarang Eryna pasti sudah tiada. Dan selepas itu Syaril pula yang jadi sasaran kerana kita ada umpan. Selepas sahaja Syaril dihapuskan, giliran keluarga tak guna tu pula." kata Fei kepadanya. Nana tersenyum sinis.

"Bagus! Aku harap perempuan tu mati! Tak sabar aku nak bunuh mereka pula." ujar Nana dengan gelakan jahat diikuti Fei.





Elyna dan keluarganya sudah berada dirumah agam milik Syaril. Mereka sudah tahu cerita sebenar dan Elyna tidak menyangka bahawa Nana adalah musuh di dalam selimut.

Arline juga mengambil kesempatan tersebut dengan memberitahu rahsianya, iaitu dia ada keistimewaan atas peninggalan arwah ayahnya, iaitu 'mereka'. Dan dia juga memberitahu kesemua yang berlaku dalam hidup Eryna. Dia memberitahu yang gadis itu tidaklah jahat seperti yang disangkakan oleh mereka.

Walaupun pertama mereka agak terkejut, namun, selepas itu mereka percaya dan menerima tanpa ada sebarang curiga.

Arline dan yang lain sudah pergi ke tempat di mana Puan Kayla diletakkan. Hanya Elyna dan keluarga sahaja yang tinggal dirumah tersebut bersama anak buah Syaril.

𝐒𝐓𝐑𝐀𝐍𝐆𝐄 𝐖𝐈𝐅𝐄Where stories live. Discover now