18

3.4K 246 65
                                    

Syaril melangkah masuk ke dalam bilik CEO, PA yang menyapanya dia hanya membalas dengan anggukan dan senyuman nipis.

Pintu bilik dibuka dan melangkah menuju kerusi empuk miliknya lalu melabuhkan punggungnya disitu. Fail yang berada di atas meja dipandang lalu dia menghela nafas.

"Baru je sekejap aku tiada, fail dah bertimbun. Nasib kaulah Syaril." gumamnya sendiri lalu mula membuat kerja dengan tekun.

Setelah beberapa minit berlalu, pintu bilik diketuk dari luar. Syaril hanya tidak mengahlikan wajahnya hanya suara sahaja.

"Masuk."

Klak!

"Ada apa cari saya ni? Saya sibuk." kata Syaril tanpa melihat wajah orang tersebut. Pandangan hanya dihalakan pada fail sahaja.

"Ehem."

Orang tersebut berdehem. Syaril mengerutkan keningnya mendengar suara tersebut. Kenapa pelik je bunyi dia.

'Bila masa pula PA aku jadi suara lelaki ni?' desis hati Syaril.

Dia terus mengahlikan pandangannya. Bibirnya menguntumkan senyuman lebar melihat orang tersebut.

"Bro!"

Katanya riang lalu menghampiri tubuh orang tersebut dengan senyuman bahagia. Mereka berpelukkan sesama sendiri.

"Bila kau sampai Karl?" soal Syaril dengan gembira. Lama tidak berjumpa dengan Karl semenjak lelaki itu pergi ke Amerika.

"Kemarin aku sampai Malaysia, tapi tak sempat nak jumpa kau," balas Karl dengan senyuman kacak dibibirnya.

Syaril mengangguk faham lalu mereka berdua melabuhkan punggung pada sofa yang empuk dalam bilik Syaril.

"Macam mana urusan kau dekat sana?" soal Syaril lagi kepadanya.

"Alhamdulillah okey bro. Kau pula? Aku dengar kau ada urusan dekat satu kampung. " ujar Karl kepadanya.

"Dah selesai bro"

"Kau ada sangkut mana-mana awek ke?" soal karl tersenyum senget. Syaril menjulingkan matanya ke atas.

"Jumpa perempuan pelik adalah," balas Syaril malas. Karl mengerutkan keningnya.

"Asal pula kau cakap macam tu?" pelik Karl kepadanya. Syaril menghembuskan nafas, malas nak fikirkan gadis pelik tersebut.

"Dia pelik Karl, dia tahu semuanya tentang aku. Dia boleh tahu masalah tanpa kau bagitau. Mak dia kata yang dia tu guna sihir. Tapi, dia kata dia tak guna pun. Entahlah aku pun tak tahu, buat pening je." ujar Syaril malas memikirkannya.

"Macam mana kau tahu mak dia cakap macam tu?Kau ada pergi rumah dia ke?" soal Karl lagi ingin tahu. Baginya, gadis itu memang pelik.

"Waktu aku dalam perjalanan ke kampung yang aku ada urusan tu, aku nampak dia jalan sorang tengah malam bro, bukannya siang. Jadi aku tumpangkanlah, sampai je dekat rumah mak dia terua pukul dia, aku pun halanglah, tak sanggup nak tengok dia macam tu walaupun aku menyampah dengan minah tu," cerita Syaril lalu Karl membalas dengan anggukan sahaja.

"Jangan benci bro, nanti jadi sayang." sakat Karl membuatkan Syaril menyampah. Malas nak dengar apa yang dikatakan olehnya.

"Apa-apa jelah,"

Karl tergelak kecil melihat wajah Syaril yang jelas tidak suka dengan gadis tersebut. Selepas itu mereka berborak mengenai hal kerja dan kehidupan masing-masing.




Elyna dan Syikin keluar bersama memandangkan waktu itu mereka tidak ada kerja.

Sepanjang mereka berjalan, mereka bergelak tawa dan berborak tanpa menghiraukan pandangan orang lain.

𝐒𝐓𝐑𝐀𝐍𝐆𝐄 𝐖𝐈𝐅𝐄Where stories live. Discover now