23

3.4K 249 89
                                    

Syikin melangkah masuk ke dalam markasnya. Walaupun riak wajahnya serius dan dingin, namun dia tetap kelihatan cantik dan manis apabila dipandang.

"Queen."

"What?"

Syikin menghentikan langkahnya apabila seorang dari anak buahnya menegur dirinya. Matanya tidak lepas memandang wajah anak buahnya itu.

"Saya dah dapat maklumat tentang kes Miss Elyna,"

Syikin mengukirkan senyuman senget. Selepas sahaja kejadian kakak iparnya hampir dilanggar, dia terus menyuruh anak buahnya untuk mencari maklumat siapa dalangnya.

Karl ada berkata kepadanya yang dia sendiri akan mencari siapa dalang yang ingin membunuh Elyna. Namun, Syikin membantah dan mahu dia sendiri yang menangkap orang tersebut.

Takkan dia nak berdiam diri, orang itu hampir membunuh kakak ipar kesayangannya. Dan dia takkan memaafkan siapa orang tersebut.

"Maklumat apa yang kau dapat?" soalnya dingin.

"Orang itu bernama Jack dan Yusuf. Mereka berdua merupakan pembunuh upahan kepada Miss Eryna, kakak kembar kepada Miss Elyna," terang anak buahnya dan merupakan orang kanan Syikin yang sangat cekap dalam mencari maklumat sesiapa pun.

"Wow. Eryna?" kata Syikin dengan senyuman senget. Dia memang dah agak pasti perempuan setan tu dia ingin membunuh Elyna.

"Kau boleh pergi Ryzman." kata Syikin kepada Ryzman. Lelaki itu menggangukkan kepalanya sebelum dia melangkah pergi.

Syikin mengukirkan senyuman sinis. Hal ini dia akan memberitahu kepada abangnya Karl. Dan nampaknya Eryna dah mulai menunjukkan setannya.

'Well, Eryna. Kita tengok sampai mana kau bertahan.'





Arline berasa bosan berada dalam biliknya. Sudah masuk 4 hari dia berada di rumah milik Syaril. Dan 4 hari itulah dia tidak tahu apa motif Syaril menyimpan dirinya dalam rumah tersebut.

Fikirannya jauh melayan memikirkan nasib ibunya yang berada di kampung. Sudah makan ke orang tua itu? Sihat ke?

"Ibu, ibu buat apa sekarang? Ibu sihat ke?" gumamnya sayu. Matanya sudah berkaca-kaca. Dia sangat merindukan ibunya.

'Aku harap korang boleh jaga ibu aku dengan baik. Aku percayakan korang semua.' desis hati Arline.

Arline sudah mengarahkan 'mereka' untuk menjaga ibunya yang jauh dengannya. Dia tidak risau akan dirinya, tetapi dia risau tentang ibunya walaupun wanita itu sangat membenci dirinya.

Dia bangun dan melangkah menuju ke pintu. Dia melangkah keluar dari bilik tersebut. Dia tidaklah dikurung dalam bilik sahaja, dia dibenarkan keluar tetapi hanya di dalam rumah itu sahaja.

Sebenarnya, dia tidak tahu mengapa Syaril menyimpan dirinya dalam rumah tersebut kerana dia tidak sempat bertanya kepada 'mereka'.

"Haih mamat ni kan. Macam je aku ni budak-budak dikurung dalam rumah. Nasib rumah ni cantik." katanya sendiri lalu tergelak kecil.

Sedang matanya sibuk memerhati setiap bilik tersebut, kakinya tergelincir pada tangga. Lalu Arline terjerit kecil sebelum dia jatuh terguling-guling.

Arline tidak sedarkan diri. Kepalanya berdarah dengan banyak. Entah masih bernyawa atau pun tidak.

Pembantu rumah Syaril yang kebetulan lalu disitu, terkejut melihat Arline yang sedang berlumuran darah.

"Astghfirullah, Puan!" Jeritnya lalu mendekati tubuh Arline yang tidak sedarkan diri. Anak buah Syaril yang mendengar jeritan tersebut bergegas menuju ke arah mereka.

"Ya Allah, apa dah jadi ni?"

"Tolong bawa dia ke bilik. Makcik nak call Doktor Chong." kata Makcik Senah kepada seorang lelaki yang berupa kacak.

Syaril yang mendengar keadaan seperti huru-hara lantas dia menuju kearah bunyi bising tersebut. Alangkah terkejutnya dia melihat Arline yang tidak sedarkan diri.

Belum sempat anak buahnya mencempung tubuh Arline, dia terlebih dahulu menghalang dan mencempung tubuh Arline.

"Call Doktor Chong now!" Arahnya dengan lantang dan tegas. Riak wajahnya sudah berubah menjadi bengis.

Anak buahnya yakin pasti Syaril akan mengamuk sebentar lagi. Salah satu sebabnya adalah mereka tidak mengawasi Arline dengan baik.

Selepas sahaja memberi arahan kepada mereka. Dia terus menuju ke tingkat atas dan menuju ke bilik Arline. Tubuh Arline diletakkan secara perlahan-lahan di atas katil.

"Aish! Menyusahkan akulah kau ni perempuan! Sebab ni lah aku malas nak jaga perempuan macam kau ni. Menyusahkan!" bebel Syaril sendiri lalu mengambil tuala yang telah dia basahkan dan mengelap wajah Arline yang penuh dengan darah dengan berhati-hati.

"Siap kau bila kau sedar nanti!" kata Syaril lagi dengan geram dan marah terhadap Arline. Setelah selesai dia melangkah keluar untuk berjumpa anak buahnya.

'Korang semua memang nak kena dengan aku. Aku suruh perhatikan peremphan tu, tapi korang leka. Korang tunggu denda korang.' desis hati Syaril berang.






Nana sibuk mencari telefon bimbit dalam begnya. Sambil mencari sambil dia berjalan tanpa memandang jalannya.

Buk!

Nana terjatuh bersama begnya. Orang itu pula elok sahaja tidak jatuh seperti dirinya. Nana sudah berasa berang. Dia berdiri dan memandang orang tersebut. Seketika dia terkaku.

"Hoii, mata mana mata?"

"Mata aku ada je," jawab lelaki tersebut kepada Nana. Dalam hati Nana sudah menyimpan senyuman.

"Wow, i like it."

"Lain kali jalan tu guna mata bukan guna lutut." kata Nana lagi kepada lelaki tersebut.

"Semestinya, aku yang cakap macam tu dekat kau. Perempuan sengal," kutuk lelaki itu dengan selamba lalu meninggalkan Nana yang jelas tidak suka dengan kutukannya.

"Hoiii! Mulut kau memang kurang ajar ek." jerit Nana namun tidak diendahkan oleh lelaki tersebut. Setelah lelaki itu sudah hilang, Nana tersenyum manis.

"Jumpa nanti jodohku." gumam Nana sendiri dengan bahagia lalu melanjutkan langkahnya dengan perasaan riang kerana dapat berjumpa dengan lelaki itu.




Eryna memandang ke arah adiknya yang memandang kearah juga. Riak wajah Elyna sayu sahaja namun dia tetap membenci gadis itu.

"Akak, adik nak bincang sikit dengan akak boleh?" ujar Elyna dengan senyuman hambar di bibirnya.

"Tak ingin aku. Dah tepi, aku nak keluar. Semaklah tengok muka kau." kata Eryna lalu menolak tubuh Elyna dengan kasar.

"Akak, tak lama lagi adik nak bertunang dengan Karl. Adik harap akak ada waktu majlis adik nanti eh."  kata Elyna kepadanya. Eryna menghentikan langkahnya lalu memusingkan tubuhnya menghadap Elyna.

"Aku kena hadir waktu majlis kau?" soal Eryna kepadanya. Laju sahaja gadis itu menggangukkan kepalanya bersama senyuman di bibirnya.

"Aku akan hadir, tapi----" Eryna menggantungkan ayatnya dengan senyuman sinis di bibirnya. Elyna mengerutkan dahinya.

"Tapi, apa kak?''

"Tapi kalau itu majilis kematian kau," sinis Eryna berkata lalu tergelak jahat sebelum dia melangkah pergi meninggalkan Elyna.

Senyuman yang terukir di bibir Elyna sebentar tadi terus mati apabila mendengar butir bicara yang keluar dari mulut kakak kembarnya.

'Sampai hati akak cakap macam tu dekat adik.' desis hati Elyna dengan sayu.

Dia mengelap airmatanya yang hampir jatuh. Dia kena kuat, dia akan pastikan yang hubungan mereka akan kembali seperti dulu. Itu tekadnya.



Update lagi gais ❤ sorry lambat update, putri sibuk dan jangan lupa vote dan komen yer😊❤jumpa lagi semua.

𝐒𝐓𝐑𝐀𝐍𝐆𝐄 𝐖𝐈𝐅𝐄Όπου ζουν οι ιστορίες. Ανακάλυψε τώρα