21

3.4K 244 45
                                    

Syaril masih memikirkan tentang perbincangannya dengan rakan-rakannya. Memikirkan perkara tersebut membuatkannya serabut.

"Haish! Serabutlah. Disebabkan kau, aku terpaksa tanggung." gumam Syaril agak sedikit kuat. Dia meraup wajahnya dengan kasar. Bibirnya mengeluarkan keluhan.

"Jaga je dia ril. Kau tak perlu khawin pun dengan dia okey. Just jaga dia daripada menjadi mangsa kepada musuh kau." katanya sendiri sebelum dia melangkah keluar dari biliknya dan menuju ke tingkat bawah.

"Tuan."

Sapa seorang anak buahnya kepada Syaril. Riak wajah Syaril dingin dan beku sahaja. Begitu juga anak buahnya.

"Aku nak korang pergi Kampung Permata malam nanti. Bawa Mirza sekali, tugasan korang akan tahu dari Mirza." ujar Syaril dengan dingin.

"Baik, Tuan."

Syaril menggangukkan kepalanya dan menuju ke bawah tanah untuk berjumpa dengan mangsanya yang menyerang Syikin.

"Bilik berapa?"

"Bilik 1 Tuan,"

Syaril tidak mengganguk mahupun menggeleng. Dia terus melangkah masuk ke dalam.

Klak!

Matanya memandang kearah rakan-rakannya yang sudah menunggu kedatangannya. Kaki melangkah masuk ke dalam.

Terlihat seorang lelaki yang lemah sedang diikat pada kerusi dengan wajah yang penuh lebam dan darah.

"Kau nak buat apa dengan dia bro?" soal Karl yang duduk bersandar di sofa dengan kaki yang disilangkan.

"Seperti biasa bro,"

Karl mengganguk faham dengan jawapan yang Syaril berikan padanya. Matanya tidak lepas memandang mangsa mereka.

"Hye, boy." kata Syaril dengan senyuman senget. Rambut lelaki itu ditarik dengan kasar sehingga kepalanya terdonggak.

"Asal korang tak pandai serik eh? Masih nak kacau hidup aku lagi? Aku dah cukup baik tak bunuh ketua korang. Tapi, korang tak reti bersyukur betullah." ujar Syaril dengan dingin.

Dia melepaskan rambut lelaki itu dengan kasar dan menuju ke alat penyeksaan. Samurai tajam menjadi pilihannya dan menghampiri tubuh lelaki itu kembali.

Matanya tajam melihat mangsanya yang berada di depan matanya. Selepas itu dia tersenyum sinis sebelum melakukan kerjanya.

Zapp!

"Arghh!"

Zapp!

"Arghh!"

Lelaki tersebut menjerit dengan nyaring. Kedua tangannya sudah putus dari tubuhnya. Darah membuak-buak keluar tidak dihiraukan oleh Syaril.

Samurai diletakkan lalu dia mengambil pisau lalu kaki menghampiri lelaki itu kembali. Syaril masih belum puas ingin bermain dengannya.

"Come on, man. Baru sikit kot, takkan dah nak mati?Awal lagi bro, bagilah aku puas dulu baru kau mati." selamba sahaja Syaril menuturkan katanya dengan senyuman mengejek.

"Sial kau!"

Marah lelaki tersebut dengan airmata. Syaril membuat tidak dengar sahaja. Dia hanya mempamerkan riak wajah tidak bersalah.

Pisau tersebut dia tekankan pada peha lelaki tersebut sehingga terkena pada tulangnya. Lelaki itu merasakan nyawanya sudah berada di hujung tanduk.

"Aku dah cakap jangan cari pasal dengan aku. Tapi, korang degil. Boss korang nak sangat hancurkan aku! Sekarang kau terimalah akibatnya sebab kau pun terlibat dan tergolong dari kumpulan musuh aku." kata Syaril lalu tergelak psycho.

𝐒𝐓𝐑𝐀𝐍𝐆𝐄 𝐖𝐈𝐅𝐄Where stories live. Discover now