22

3.3K 264 89
                                    

Arline memandang pelik kearah orang yang berada di hadapan rumah mereka. Semua berpakaian serba hitam dan berwajah bengis.

Dia berdehem beberapa kali untuk memulakan lakonannya. Orang lain tidak boleh tahu tentang dirinya yang sebenar.

"Assalamualaikum encik. Ada apa datang rumah saya?" soalnya dengan lembut bersama senyuman manis.

"Tuan kami nak kau jumpa dia," jawab seorang lelaki yang berkulit gelap kepadanya. Arline mengerutkan dahinya.

"Tuan siapa pula? Saya tak kenal pun Tuan encik. Mungkin korang salah alamat kot."  katanya pelik. Lelaki itu memandangnya dengan tajam membuatkan dia menyumpah dalam hati.

'Mata tu macam nak makan aku je. Ada juga yang aku bagi buta tak lama lagi.' desis hati Arline.

"Kau jangan nak melawan. Kau ikut je cakap aku kalau kau tak nak kami lakukan sesuatu dengan kau." dingin dia berkata kepada Arline.

"Buat apa pula saya kena ikut encik? Saya tak kenal pun!" suara Arline sedikit meninggi. Jelas dia tidak suka dengan apa yang dikatakan oleh lelaki tersebut.

"Hoi, perempuan kau dengar jelah cakap aku! Jangan sampai aku tembak kau dekat sini!" marahnya dengan wajah yang kian membengis.

"Nak buat apa? Tembak? Hah, tembaklah kau fikir aku takut ke?"

"Kau memang nak kena perempuan!"

"Tembaklah sekarang!"

Bang!

"Auch!"

'Damn it! Sial punya jantan.' maki Arline dalam hati.

"Itu balasan sebab kau lawan cakap aku." tanpa rasa bersalah dia berkata kepada Arline yang sedang menahan kesakitan pada bahagian betisnya.

Ada sebuah kereta berhenti di hadapan rumahnya. Semua memandang pada kereta tersebut.

Puan Kayla keluar bersama kekasihnya Amri dengan wajah yang pelik. Arline hanya mampu melihat sahaja.

"Ada apa ni?" soal Puan Kayla setelah tiba di hadapan mereka bersama Amri disebelahnya. Lelaki yang berkulit hitam itu memandangnya.

"Tuan kami nak anak Puan ikut kami,"

Amri dan Puan Kayla memandangnya sekilas sebelum mereka memandang kembali kepada anak buah Syaril.

"Perempuan ni? Korang ambil jelah. Aku izinkan. Menyemak aku tengok muka dia dekat sini. Lagi bagus kalau Tuan korang ni tak bagi dia balik sini semula. Tenang juga hati aku." tanpa memikirkan perasaan Arline, Puan kayla berkata tanpa rasa bersalah.

Amri pula sudah tersenyum bahagia dalam hati. Nampaknya, rancangannya akan berjalan dengan lancar kerana gadis itu tidak akan bersama dengan Puan Kayla.

"Sayang..kenapa cakap macam tu? Dia kan anak sayang. Sayang tak kasihan dekat dia ke?" soalnya dengan nada yang sayu. Arline sudah memandangnya tajam.

"Dia bukan anak akulah! Anak aku tiada!" herdik Puan Kayla tidak suka. Mata Arline sudah mulai berkaca. Hanya tinggal untuk pecah sahaja.

"Korang heret dia dari rumah aku. Kalau nak bunuh pun aku tak kisah. Dia tu layak mati aje." sinis Puan Kayla bertambah membuatkan hati Arline bertambah sedih lagi.

"Bawa dia masuk dalam kereta." kata lelaki berbadan tegap tu kepada rakan-rakannya. Tubuh Arline diheret masuk ke dalam kereta.

"Ibu...Arline tak nak ikut ibu." ngoingoi Arline dengan mata yang penuh dengan airmata. Tetapi, Puan Kayla hanya membuat bodoh sahaja.

Amri pula sudah tersenyum mengejek kepadanya. Akhirnya, Arline tidak akan menggangu rancangannya.

"Ibu..esk..esk..sampai hati ibu." sayu Arline berkata setelah berada di dalam kereta. Enjin dihidupkan lalu kereta tersebut meninggalkan kawasan perumahan Arline.

𝐒𝐓𝐑𝐀𝐍𝐆𝐄 𝐖𝐈𝐅𝐄Where stories live. Discover now