40

4.2K 267 26
                                    

Arline membuka matanya perlahan-lahan. Pandangannya kabur sebelum menjadi jelas. Membulat matanya melihat gerangan yang duduk di sofa yang jaraknya hanya beberapa meter sahaja dari katil.

"Kenapa pandang aku macam nampak hantu?" soal Syaril kepadanya. Nak je dia tergelak melihat wajah terkejut gadis itu.

"Erk..awak dah lama ke dekat situ?" soalnya kepada Syaril. Kalau lelaki itu dah lama berada disitu, malu lah dia. Mana tahu dia tidur sambil berliur, malu tujun keturunan.

'Harap-haraplah, dia baru je dekat situ.' doanya dalam hati.

"Yup. Dah lama," jawab Syaril. Arline ternganga. Mukanya sudah berona merah.

"Kau jangan risau. Muka kau tetap cantik waktu tidur." ujar Syaril seakan tahu apa yang ada dalam fikiran gadis itu.

"Eh, tak. Line tak risau pun muka line berliur ke apa ke. Biarlah. Muka line bukan muka awak." tipu Arline dengan laju. Matanya meliar mencari 'mereka'.

"Mana korang eh?" soalnya sendiri tanpa mengeluarkan suara. Syaril memandangnya pelik. Matanya pun ikut melihat kearah yang dilihat oleh Arline.

Tiada apa-apa selain mereka berdua. Tapi, gadis itu seperti risau sahaja dan tidak sedar yang dia melihatnya.

"Kau cari siapa?" soalnya membuatkan gadis itu tersentak. Arline menggelengkan kepalanya lalu tersengih.

"Takde apa. Line cuma tengok bilik ni. Makin cantik pula." tipunya lagi. Syaril semakin pelik. Cantik apanya? Rasanya, dia tiada ubah sikit pun bilik tersebut.

"Kau dengan perangai pelik tak boleh pisah ke? Asyik merepek je kerja kau. Kau ada rahsiakan sesuatu dekat aku ke?" soal Syaril serius. Arline menelan air liurnya dengan susah.

"Mana ada rahsia apa-apa. Line cakap betullah! Bilik ini cantik berbanding bilik dekat rumah line. Ibu letakkan line dalam bilik stor tau. Dia tak bagi pun line dekat bilik line yang ayah buat. Ibu kata, line tak layak tidur tempat yang bersih dan mewah sebab line kotor dan jijik." sayu dia berkata dan menundukkan kepalanya.

Ya, memang betul. Puan Kayla tidak membenarkan Arline tidur di dalam bilik yang arwah ayahnya telah khaskan untuk Arline semenjak lelaki tersebut meninggal.

'Kenapa aku lemah sangat dengan ibu? Aku sayangkan ibu, tapi kenapa ibu tak sayangkan aku?' soalnya dalam hati dengan sayu.

Tersentuh hati Syaril mendengarnya. Dia tahu semuanya tentang kehidupan gadis itu kerana dia sudah menyuruh orang kanannya untuk menyiasat hal tersebut.

Kaki melangkah mendekati Arline lalu tangannya digenggam bersama senyuman kacak. Arline pula masih menundukkan kepalanya.

"Pandang aku, girl." kata Syaril lalu Arline perlahan-lahan mengangkat wajahnya dan memandang wajah kacak Syaril dengan airmata yang mengalir.

"Kenapa menangis?" soalnya lembut lalu mengesat airmata Arline.

"Line rindu ibu. Boleh tak, awak hantar line jumpa ibu?" soal Arline berharap agar Syaril menunaikan permintaannya.

"Kita akan pergi jumpa ibu awak juga, sayang. Aku nak minta izin dekat ibu kau." kata Syaril.

"Untuk?"

"Untuk jadikan kau isteri aku," balas Syaril dengan tenang. Arline terkejut. Dia bermimpi ke? Syaril ajak dia khawin? Mimpi ke ni?

Syaril menarik nafas lalu dihembus. Hari itu, dia akan meluahkan segalanya dekat Arline. Dia pun ingin tahu jika gadis itu cintakan dia tahu tidak.

"Girl, aku cintakan kau dan aku nak jadikan kau isteri aku yang sah. Selama ini aku ego, aku takut nak percayakan perempuan lagi disebabkan kisah yang lalu. Dan aku yakin kisah tersebut, kau tahu semenjak pertama kali kita bertemu. Aku sayangkan kau dan tak sanggup hilang kau. Aku tak suka kau menangis dan tak suka melihat kau cedera walau sikit pun. Sebab, aku akan turut sakit juga. I love you so much." ujar Syaril panjang lebar. Arline diam dan tidak mampu berkata apa-apa.

"Kau..tak sukakan aku ke?" soal Syaril dengan senyuman hambar. Melihat gadis itu tidak menjawab membuatkan dia yakin yang gadis itu tidak mencintainya.

"Tak apalah. Aku tahu yang kau----"

"Line cintaka awak juga," cantas Arline dengan laju. Syaril terdiam seribu bahasa sebelum bibirnya mengukirkan senyuman bahagia.

"Betul ke?" soal Syaril dengan riak gembira. Arline menggangukkan kepalanya dengan senyuman manis dibibirnya.

Sebenarnya, Arline sudah jatuh suka dengan lelaki tersebut. Tapi, dia pun sendiri tidak tahu bila perasaan tersebut hadir.

"Thank you, dear," ucap Syaril lalu memeluk tubuh Arline dengan erat dengan senyuman bahagia. Arline tersenyum sebelum bertukar menjadi mendung.

Syaril meleraikan pelukkan mereka dan memandang wajah mendung milik Arline.

"Kenapa?"

"Kenapa awak suka line? Semua orang bencikan line dan semua orang kata line jahat. Line tak layak untuk awak sebab line kan perempuan jahat." ujarnya dengan esakkan.

"Tak kisahlah, yang penting aku suka kau dan tiada siapa boleh halang. Jadi, kau jangan fikirkan sangat. Aku tetap cintakan kau," balas Syaril kepadanya.

"Terima kasih sebab terima line dalam hidup awak." ucapnya lalu dibalas anggukan dari Syaril. Arline memeluk tubuh Syaril dan lelaki tersebut membalas pelukkan tersebut.

"Sama-sama sayang,"

"Jangan tinggalkan aku."

"Aku janji,"

Pelukkan dileraikan oleh Arline. Syaril mengusap kepala gadis itu dengan senyuman kacak yang jarang dia pamerkan kepada orang.

"Kau pergi mandi dulu. Petang nanti kita gerak balik kampung ke rumah ibu kau." kata Syaril kepadanya.

"Okey,"

Syaril melangkah keluar dari bilik tersebut untuk membiarkan Arline membersihkan diri. Setelah kelibat Syaril telah tiada, Arline terus melangkah masuk ke dalam bilik air.








Syaril mengangkat telefon bimbitnya yang berbunyi. Wajahnya dingin tanpa ada secalit senyuman yang terukir dibibirnya.

"Hmm."

"Bro, kami dah tangkap orang yang kau suruh. Sekarang dia dah ada di dalam markas kita,"

Syaril tersenyum sinis. Mendengar sahaja suara Karl memberitahu tentang hal tersebut, membuatkan dia tersenyum sinis.

"Bagus. Aku akan sampai dalam 20 minit macam tu. Jangan biarkan dia terlepas." katanya dengan serius.

"Itu pasti, bro,"

"Baik."

Syaril terus mematikan panggilan tersebut. Tidak sabar nak berjumpa dengan orang tersebut. Dan pada masa yang sama membuatkan dia berasa marah.

"Kalau Puan cari aku, cakap aku keluar sekejap." pesannya kepada salah satu anak buahnya. Puan yang dimaksudkan oleh Syaril adalah Arline.

"Baik, boss!"

Dia terus melangkah keluar dari rumah tersebut. Kaca mata hitam dipakai. Wajahnya bertambah kacak menggunakan kaca hitam tersebut.

Anak buahnya yang menunduk hormat, dia balas dengan anggukan kepala sahaja. Dia ingin cepat bertemu dengan orang tersebut.

Kereta lamborghini berwarna hitam menjadi pilihannya. Syaril masuk ke dalam perut kereta. Enjin dihidupkan dan bergerak meninggalkan kawasan perumahan agam tersebut. Bibirnya mengukirkan senyuman jahat.

'Tunggu aku. Aku akan pastikan kau menyesal."


Done update ❤️
#macambiasa
#votedankomen

𝐒𝐓𝐑𝐀𝐍𝐆𝐄 𝐖𝐈𝐅𝐄Where stories live. Discover now