5

5.1K 367 19
                                    

"Kerek betul mamat gigi hitam tu, suka hati mak bapak nenek moyang dia je cakap aku guna sihir. Kang aku sihir betul-betul baru tahu, ish," dengus Arline dengan hati yang panas.

"Line, kau ni asyik membebel je. Boleh tak mulut tu diam, kalau sakit hati sangat, kenapa kau tak tampar je mamat hensem tu tadi?" bebel Meimei kepada gadis itu. Telinga dia dah naik bernanah dengan Arline membebel semenjak tadi lagi.

"Ish kau diamlah! Aku ni tengah sakit hati tau! Kalau kau tak nak dengar aku membebel, tutup je telinga tu, tak pun kau potong kedua telinga kau tu, senang!" marah Arline. Lantas kepalanya diluku oleh Meimei.

"Amboi, sedapnya bahasa hang! Hang nak aku jadi cacat ke? Kau ni boleh pula kau cakap begitu kan?Otak mana otak?" balas Meimei dengan geram. Arline hanya menjelingnya.

"Otak di Australia, New Zewland, Amerika, Afrika, Brikika, Amika, Komika," balas Arline dengan malas dan sekali lagi kepalanya diluku namun kali itu sedikit kuat.

"Brikika kepala otak hang! Dahlah aku malas layan perangai tak betul kau ni. Betul sangat lah mamat tu cakap kau gila dan pelik, aku setuju." ujar Meimei menjeling sebelum dia jalan mendahului Arline.

"Hek elley minah ni kan, suka hati dia je cakap aku pelik, sepak kang! Nasib baik je kau kawan aku, kalau bukan kawan aku dah lama aku bagi kau pengajaran Mei." gumam Arline lalu mengejar langkah Meimei yang sudah semakin menjauh.

Buk!

"Hei! You ni reti tengok jalan ke apa ni hah! Baju I dah kotor disebabkan you." marah seorang gadis yang sangat seksi kepada Arline, namun Arline hanya beriak biasa sahaja.

"Maaflah ye cik, saya tak sengaja pun! Lagi pula baju kalau kotor boleh dibasuh kan? Tapi, kalau hati kau tu dah kotor tak boleh basuh tapi kau kenalah sentiasa berzikir dan bersholawat eh supaya kotor dalam hati kau tu hilang," sinis Arline berkata kepada gadis tersebut.

"You siapa nak cakap macam tu dekat I? Gadis miskin! I tahu yang You ni bukannya mampu ganti rugi pun baju I yang dah kotor ni kan?" ujar gadis itu sambil mencerlung tajam kearah Arline.

"Betul lah tu, aku tiada duit nak bayar untuk baju Miss Sharizah yang sangatlah mahal ni, so puas kan? Dah aku blah menyampah pula aku tengok muka kau yang macam mak lampir ni," kutuk Arline selamba lalu mulai mengorak langkah.

"I belum habis cakap lagi perempuan miskin." marah Syarizah lalu menarik tangan Arline dan menolaknya dengan kasar sehingga gadis itu jatuh ke atas jalan raya.

"Auch!"

Arline melihat siku tangannya yang terluka sebelum matanya diahlikan untuk memandang wajah Syarizah yang membuat muka tidak bersalah sahaja. Bibirnya mengukirkan senyuman sinis.

'Main kasar eh..tak apa.' desis hati Arline.

"Aku paling tak suka bila orang main kasar dengan aku, lebih-lebih lagi bila orang tu tiada adab. So, aku kenalah bagi pengajaran sikit untuk orang yang tak reti nak cakap dengan elok." kata Arline dengan senyuman sinisnya.

Dia berdiri dan menghampiri tubuh gadis yang sudah membuatkan dirinya berasa marah. Namun, gadis itu hanya memandang Arline dengan senyuman mengejek dibibirnya.

Selangkah demi selangkah, akhirnya Arline sampai dihadapan gadis itu. Mata dipejamkan sebelum ada satu lembaga yang memasuki badannya. Dan selepas itu, Arline membuka matanya yang berwarna putih.

Zapp!

Gadis itu terkejut, badannya menjadi kaku serta matanya tidak boleh lari dari memandang mata Arline yang sangat dekat dengan dirinya.

'Aku harap ini sudah cukup buat kau.' desis hati Arline.



Meimei kehulur - kehilir dengan dengan hati yang risau. Mana tak risaunya, Arline masih belum muncul lagi, dia tidak tahu kemana gadis itu pergi.

"Line, mana kau? Jangan buat aku risau boleh tak." gumam Meimei sambil menggosok kedua tangannya sambil mata meliar di setiap kawasan tersebut.

Baru sahaja dia mahu mencari gadis itu, Arline sudah muncul dengan senyuman bahagia dibibirnya menuju ke tempat parking kereta mereka berdua.

'Minah ni dah kenapa? Tadi asyik nak marah je, sekarang senyum pula. Memang sah minah ni sewel.' desis hati Meimei.

"Kau dah lama tunggu ke Mei? Sorrylah aku ada hal sekejap tadi. Jom kita pulang, aku dah penat ni." kata Arline lalu dibalas anggukan dari meimei.

Meimei hanya menggelengkan kepalanya. Gadis itu asyik tersenyum-senyum sahaja, macam orang yang tengah angau bercinta je dia tengok. Namun, Meimei tidak mahu menyoalnya kerana dia berfikir mungkin gadis itu terjumpa seseorang lelaki yang kacak.

"Erghh! Lega." ujar Arline dengan mata yang terpejam. Sampai sahaja dirumahnya, dia terus menuju kebiliknya dan merebahkan tubuhnya diatas katil empuk miliknya.

Bila mengingat peristiwa dia dengan gadis yang bernama seksi itu serta-merta bibirnya mengukirkan senyuman bahagia dan sangat lebar.

"Siapa suruh cari pasal, kan dah kena." gumamnya dengan senyuman penuh bermakna yang mekar dibibirnya. Mata Arline memandang pada gambar milik ibunya yang tersenyum bahagia. Perlahan-lahan dia mengambil gambar tersebut dengan tatapan yang sayu.

"Ibu, line rindu ibu, rindu sangat-sangat. Sampai hati ibu halau line hanya disebabkan hal yang line selalu lakukan. Salah ke line buat semua tu?" gumamnya dengan hati yang sayu. Perlahan-lahan matanya menitiskan airmata.

"Walaupun line jauh dari ibu, line nak ibu tahu yang line sentiasa ada dengan ibu, cuma ibu je tak nampak, 'mereka' sentiasa perhatikan ibu tau sebab tu line tahu keadaan ibu." katanya lagi dengan senyuman yang tawar. Gambar itu diletakkan kembali pada atas meja soleknya.

Angin bertiup dengan kuat menandakan 'mereka' datang kepada Arline. Gadis itu sudah tersenyum bahagia melihat akan kehadiran mereka nanti.

"Terima kasih sebab bagi pengajaran dekat perempuan tu tadi, hahahah padan muka dia kan." kata Arline dengan senyuman penuh bermakna. Lembaga-lembaga tersebut tersenyum melihat dirinya yang gembira sahaja.

"Sama-sama sayangku, dia layak diberikan itu."

"Kalau orang lain cakap line membuat hal syirik, line tak kisah, yang penting line bahagia dengan korang semua sebab korang semua kan 'kawan' line." ujar Arline dengan kesemua lembaga tersebut dengan senyuman yang gembira.

"Line tak kisah orang nak cakap apa tentang line, yang penting korang ada, line tetap bahagia." katanya lagi. Lantaklah orang nak cakap apa tentang dirinya, dia tidak kisah yang penting hatinya bahagia bersama semua lembaga itu. Walaupun ibunya juga membencinya dia tidak kisah, namun satu sahaja, jika berkaitan dengan ibunya dia tidak sanggup melakukan 'sesuatu' kepada wanita tua itu.

Hah sis dah tunaikan, jumpa lagi nanti ya, putri minta maaf if story tak seberapa menarik eh btw jangan lupa tekan bintang comel tu dan komen loveyouu ♥️♥️.

𝐒𝐓𝐑𝐀𝐍𝐆𝐄 𝐖𝐈𝐅𝐄Where stories live. Discover now