15

3.6K 281 13
                                    

Arline melangkah masuk kedalam rumahnya. Mata meliar mencari susuk tubuh ibunya, namun tiada. Dia menghembuskan nafas lega.

"Fuh...nasib baik orang tua tu tiada." gumamnya perlahan dengan senyuman sinis. Baru berapa langkah dia melangkah, terdengar satu suara dari belakangnya.

"Perempuan sihir dah pulang?" soal ibunya kepada Arline. Matanya tidak lepas memandang kearah Arline.

Terukir senyuman sinis dibibir Arline sebelum dia memusingkan badannya menghadap Puan Kayla. Senyuman sinis bertukar dengan senyuman tawar.

"Ibu belum tidur?" soalnya lembut. Puan Kayla menjelingnya tajam lalu menghampiri tubuh Arline.

"Kau tak payah nak berlakon lagi setan. Aku yakin pasti kau ada buat sesuatu dekat mereka tadi kan?" marah Puan Kayla kepadanya.

"Salah ke Arline tolong gadis tu? Salah ke bu?" soalnya sayu. Salah ke dia menolong gadis itu? Itu perkara jahat ke?

"Memang salah! Sebabnya kau guna sihir! Sebab itu aku tak suka setan!" suara Puan Kayla naik seoktaf. Arline mengeluarkan keluhan.

"Ibu, Arline nak tidur, Arline penat. Arline cuma tolong je, takkan itu ibu nak marah." ujar Arline perlahan. Sedikit kecewa dengan sikap ibunya. Buat baik salah, apalagi kalau buat jahat, memang matilah.

"Oh..sekarang kau dah pandai melawan eh cakap aku. Kau ni memang anak jahanam tahu tak!" marah Puan Kayla lalu menolak tubuhnya dengan kuat sehingga Arline terjatuh.

Kedebuk!

"Auch!"

"Anak sial, anak jahanam!" marah Puan kayla lalu menendang Arline dengan kuat. Gadis itu hanya mampu berdiam diri sahaja. Sedikit pun dia tidak membalas.

"Assalamualaikum."

Perbuatan Puan Kayla terhenti apabila ada orang memberi salam. Dia memandang sekilas kearah Arline yang berlinangan airmata sebelum berjalan menuju ke pintu.

"Waalaikumsalam," jawab Puan Kayla. Wanita itu tersenyum kearah seorang lelaki yang sedikit muda darinya.

"Maaf ganggu awak sayang, saya cuma nak tanya tentang perkhawinan kita. Bila awak nak langsungkan?" soal lelaki tersebut dengan lembut. Puan Kayla berdehem sebelum dia menjawab.

"Sayang akan tetap akan langsungkan perkhawinan kita. Mungkin seminggu dari sekarang, Amri jangan risau eh," jawab Puan Kayla dengan senyuman dibibirnya. Lelaki yang bernama Amri itu tersenyum dan menggangukkan kepalanya.

Arline yang terdengar perkataan khawin terus meluru kearah mereka berdua. Anak matanya tajam melihat kearah lelaki tersebut. Seketika lelaki itu tergamam bila bertentangan dengan matanya.

Puan Kayla sudah sudah memberikannya pandangan maut. Dia benci jika ada orang yang melihat anaknya.

"Kau siapa?" soal Arline serius dan dingin. Anak matanya tidak lepas dari memandang wajah lelaki tersebut.

"Dia bakal suami aku! Kenapa? Ada masalah ke?" soal Puan Kaya kepadanya. Arline terdiam tapi matanya tidak lepas dari memandang kearah Amri.

"Aku nak kau batalkan perkhawinan kau dengan ibu aku." ujar Arline lalu disambut gelakan dari Puan Kayla.

"Hoi, anak setan! Kau siapa nak cakap macam tu? Suka hati akulah nak khawin dengan sesiapa pun." herdik Puan Kayla lalu mencerlung tajam kearahnya.

"Sayang, cuba elok sikit bercakap tu. Tak baik nak marah-marah." tegur Amri membuatkan Arline berasa menyampah pula.

"Oi, jantan kau jangan nak berlakon baiklah! Kau fikir aku tak tahu ke yang kau tu nak khawin dengan ibu aku sebab harta je kan! Jangan harap kau nak dapat harta ibu aku!" herdik Arline dengan wajah yang membengis. Naik gerun Amri melihat wajah tersebut. Seperti ada satu aura yang menyeramkan.

"Apa yang kau merepek ni setan! Kau jangan nak fitnahkan bakal suami akulah! Aku tahu kau cemburu dengan aku kan?" marah Puan Kayla kepadanya. Arline memicitkan kepalanya. Nak je dia hempuk kepala Puan Kayla.

"Ibu, jangan percayakan sangat jantan tak guna ni. Dia cuma mahukan harta ibu je. Tolonglah percaya ibu. Takkan ibu tak terfikir kenapa dia nak khawin dengan ibu walaupun ibu dah berusia? Tolonglah ibu kali ni je ibu dengar cakap Arline." rayu Arline kepadanya. Lelaki itu melihatnya dengan senyuman sinis.

"Kau nak suruh aku percayakan kau? Jangan harap!Dah aku taknak dengar apa lagi yang kau nak cakap. Sedar diri tu sikit, dahlah guna sihir lepastu nak menfitnah lagi," sinis Puan Kayla berkata.

"Sayang, cuba cakap elok sikit. Dia tu anak sayang, darah daging sayang." ujar Amri. Pandangan sinis diberikan kepada Arline.

Arline mendengus geram. Nak je dia tamatkan 'riwayat' lelaki tersebut. Tambah lagi dengan pandangannya membuatkan Arline berasa menyampah dan marah.

"Dengan anak setan ni, tak perlu nak cakap elok-elok." ujar Puan Kayla kepada Amri. Hatinya berasa marah bila Arline menfitnah bakal suaminya.

"Oi, jantan! Kau hasut ibu aku apa sial! Kau dengar sini, KAU JANGAN NAK BERANGAN DAPAT HARTA IBU AKU WALAU SEDIKIT PUN. DAN KAU JANGAN NAK BERANGAN NAK KAHWIN DENGAN IBU AKU!" ujar Arline dengan mata yang tajam setajam pisau melihat kearahnya.

"Dah, jangan nak dengar cakap anak setan tu ye. Awak pulanglah. Jangan risau sayang akan teruskan juga perkhawinan kita." ujar Puan Kayla lalu tersenyum manis. Amri menggangukkan kepalanya.

"Saya pulang dulu ye sayang, assalamualaikum." kata Amri. Sebelum dia melangkah keluar, sempat dia memberikan senyuman mengejek kearah Arline.

'Kau tunggu nasib kau sial, kau belum kenal siapa aku.' desis hati Arline

"Kau jangan nak masuk campur urusan aku. Kalau kau degil juga, tahulah apa aku buat dengan kau." ugut Puan Kayla serius.

"Ibu, kali ni je bu Arline minta ibu percayakan Arline. Lelaki tu bu kaki perempuan ibu. Dia nak khawin dengan ibu sebab harta je. Dia tak cintakan ibu pun seperti arwah ayah cintakan ibu dulu. Tolonglah ibu percayakan Arline." rayu Arline dengan sayu. Dia berharap agar ibunya akan mendengar kata-katanya.

"Tch! Kau nak suruh aku percayakan kau? Memang taklah! Aku tahu kau mesti cemburu dengan aku sebab lelaki tu kacak kan? Dan kau cemburu sebab harta aku tak diberikan kepada kau kan?" ujar Puan Kayla. Laju sahaja Arline menggelengkan kepalanya.

"Tak bu, line------"

"Dah aku dah taknak dengar. Keputusan aku muktamad. Aku tetap akan khawin dengan dia. Kau tu bukannya penting sangat. Kau tiada pun, aku masih boleh khawin," sinis Puan Kayla berkata sebelum dia meninggalkan Arline dan menuju ke biliknya.

"Arghhh!"

Jerit Arline melepaskan kemarahannnya. Matanya dipejamkan sebelum dia membukanya. Warna matanya sudah bertukar putih dan wajahnya sudah bertukar menjadi seram.

"Aku nak kau perhatikan jantan tu. Buat masa ni, korang jangan buat apa-apa. Biarkan je dia dulu. Tapi, bila tarikh perkhawinan mereka dah tiba, korang tahu juga kan apa yang korang patut buat?" soalnya kepada 'mereka'. Laju sahaja kepala dianggukan sebelum lenyap dari pandangan.

"Kau ingat kau berjaya? Jangan harap sial. Aku takkan benarkan kau khawin dengan ibu."

Kata Arline sendiri dengan senyuman penuh bermakna. Mata dipejamkan semula dan bila dia membukanya, matanya kembali normal.

Done update semua, jemputlah baca, jangan lupa vote dan komen ye sayang ii semua.

Yang benar
Sis Putri❤❤❤

𝐒𝐓𝐑𝐀𝐍𝐆𝐄 𝐖𝐈𝐅𝐄Where stories live. Discover now